Proton Bakal Bina Kilang Pemasangan Di Pakistan



Pengeluar kereta nasional, Proton, akan bekerjasama dengan syarikat tempatan Pakistan bagi mewujudkan kilang pemasangan pengeluaran di negara itu, sekali gus menjadi kilang pertamanya di rantau Asia Selatan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim berkata perjanjian di antara Proton dan rakan perniagaan dari Pakistan Alhaj Automotive, dibuat tahun lepas, dengan Proton mengunjurkan potensi yang besar untuk syarikat itu.

Loading...
“Dari segi potensi pasaran kenderaan di Pakistan, Proton rasakan potensinya amat besar. Itulah sebabnya Proton setuju bekerjasama dengan Alhaj Automotive untuk membina kilang pemasangan berhampiran Karachi di wilayah Sindh.

“Ia signifikan kerana ini akan menjadi kilang pertama Proton di Asia Selatan berdasarkan jumlah penduduk di negara ini sahaja sudah 210 juta,” katanya kepada media Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan di Islamabad.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan, dijangka menyaksikan acara simbolik majlis pecah tanah kilang Proton itu pada Jumaat.


Dr Mahathir akan mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan selama tiga hari bermula Khamis.

Ikram berkata pembinaan kilang itu merupakan elemen penting dalam perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara memandangkan Proton merupakan ilham Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri buat pertama kali dahulu.
Katanya sewaktu lawatan Dr Mahathir, kedua-dua perdana menteri itu juga akan berbincang lebih terperinci mengenai usaha mempertingkat hubungan dagang kedua-dua negara.

Pada 2018, jumlah dagangan dua hala Malaysia dan Pakistan bernilai RM5.91 billion atau meningkat 2.5 peratus berbanding RM5.76 billion pada 2017.

Pakistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.


Ikram berkata Pakistan merupakan negara destinasi terbesar eksport Malaysia di Asia Selatan dan ketiga terbesar bagi destinasi import Malaysia.
“Bagi Pakistan, Malaysia merupakan rakan dagang ke-16 terbesar pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata dari segi pelaburan, perangkaan State Bank Paskistan bagi tahun kewangan 2017/2018 merekodkan Malaysia sebagai negara asing ketiga terbesar di Pakistan selepas China dan United Kingdom. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/proton-bakal-bina-kilang-pemasangan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Harap Proton Bakal Tembusi Pasaran Pakistan

Tun M Harap Proton Bakal Tembusi Pasaran Pakistan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 374 hits
Astro Awani Dr Mahathir menyerahkan replika kunci kenderaan Proton X70 kepada Imran Khan pada upacara simbolik pecah tanah bagi kilang pemasangan pembuatan Proton di negara itu 22 Mac 2019 fotoBERNAMA ISLAMABAD Proton Holdings Berhad bakal ...
Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 430 hits
Malaysia s national carmaker Proton will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan its first in the South Asian region Malaysia high commissioner to Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim said an agre...
Proton X50 Disahkan Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan

Proton X50 Disahkan Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 451 hits
Selepas kejayaan Proton SUV X70 yang berjaya menarik ramai pembeli kini Proton tampil dengan SUV kedua mereka setelah Carlist melaporkan model X50 dalam kelas 12 telah sah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia Proton X50 ini juga...
Youtube Bakal Memaparkan Panel Informasi Untuk Menilai Kesahihan Fakta Berdasarkan Carian

Youtube Bakal Memaparkan Panel Informasi Untuk Menilai Kesahihan Fakta Berdasarkan Carian

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 363 hits
Internet merupakan platform terpantas untuk menerima informasi terkini namun adakalanya terdedah dengan penyebaran info dan berita palsu Banyak syarikat yang sedia menangani isu ini antaranya Facebook yang sedia memerangi berita palsu Youtu...
Jokowi Diserang Fitnah Bakal Larang Azan Itu Isu Sampah

Jokowi Diserang Fitnah Bakal Larang Azan Itu Isu Sampah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 378 hits
Jokowi Diserang Fitnah Bakal Larang Azan Itu Isu Sampah Jokowi menceritakan bahwa saat ini dirinya banyak diserang hoaks dan fitnah Salah satunya yakni Jokowi akan melarang azan berkumandang hingga melegalkan pernikahan sejenis atau LGBT
18 Finalis Miss Universe Malaysia 2019 Yang Mana Satu Bakal Mewakili Malaysia Di Pentas Dunia

18 Finalis Miss Universe Malaysia 2019 Yang Mana Satu Bakal Mewakili Malaysia Di Pentas Dunia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 485 hits
18 gadis telah terpilih sebagai finalis untuk menyertai bootcamp khas yang dianjurkan oleh Miss Universe Malaysia Organization bagi diuji kekuatan serta ketahanan mental dan fizikal sebelum beberapa orang peserta terbaik dibawa ke peringkat...
Ribuan Rakyat Venezuela Bakal Adakan Perhimpunan

Ribuan Rakyat Venezuela Bakal Adakan Perhimpunan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 323 hits
Ribuan rakyat Venezuela bakal adakan perhimpunan Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Mar 2019 8 00PM midd
Prabowo Janji Bakal Perkuat Polri

Prabowo Janji Bakal Perkuat Polri

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 377 hits
Prabowo Janji Bakal Perkuat Polri Indonesia butuh pemerintahan yang kuat dan bersih yang ditopang oleh lembaga penegak hukum yang kuat dan bersih
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia