Tun M Cipta Sejarah Lancar Bersatu Di Sarawak


KUCHING: Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di Dewan Suarah Bintulu, esok turut mencipta sejarah baharu di mana parti disertai Perdana Menteri, buat pertama kali bertapak di Sarawak.
Sebelum tumbangnya UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, parti UMNO yang mendominasi kerusi Perdana Menteri sejak enam dekad, tidak ‘dibenarkan’ masuk di Bumi Kenyalang.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, terus memecahkan tradisi apabila dijadualkan melancarkan penubuhan BERSATU, parti yang diasaskannya, masuk ke Sarawak, sekali gus melengkapkan kehadiran semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dr Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri buat kali pertama sebagai Presiden UMNO, selama 22 tahun, bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Beliau sekali lagi dilantik sebagai ‘MO1’, pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan PH menumbangkan UMNO/BN sebagai Kerajaan Persekutuan, buat pertama kali.
Kehadiran BERSATU ke negeri ini tidak boleh dipandang remeh kerana sebelum ini parti berkenaan secara terbuka mengumumkan tidak akan bertapak di Sarawak, andai tiada sambutan daripada rakyat tempatan.
Pada September lalu, penyelaras penubuhan BERSATU Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, dalam kunjungan ke negeri ini berkata, BERSATU masuk sekiranya ‘tuan rumah’ menjemput mereka.
Mengikut data terkini, jumlah keahlian tidak rasmi BERSATU Sarawak kini sudah mencapai angka 30,000 ahli di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak.
Hanya selepas enam bulan berakhirnya PRU-14, barulah BERSATU bersetuju melancarkan parti itu di Bumi Kenyalang, dengan membawa agenda lebih ‘niche’ untuk membela sosio ekonomi masyarakat luar bandar, termasuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil.
Walaupun begitu, BERSATU tidak mahu tergesa-gesa mensasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mahu ditandinginya, menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada 2021.
Namun, pastinya parti itu tidak mahu mensia-siakan kelebihan politik dimilikinya selepas ahli parlimennya menguasai tiga kementerian utama yang cukup bermakna kepada pembangunan Sarawak, selain membawa cogan kata, BERSATU adalah parti bagi semua rakyat Malaysia, termasuk di Sarawak.
Tiga kementerian dikuasai BERSATU adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar, diterajui Datuk Seri Rina Mohd Harun; Kementerian Pembangunan Usahawan (Mohd Redzuan) dan Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik).
Ketiga-tiga kementerian sangat berkait rapat dengan kehidupan rakyat Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pastinya kelebihan itu berpotensi menggugat kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang PRN-12 kelak, selepas PH dilihat masih kukuh menguasai kawasan bandar.
The post Tun M Cipta Sejarah Lancar BERSATU Di Sarawak appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/tun-m-cipta-sejarah-lancar-bersatu-di-sarawak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Lancar Bersatu Sarawak Rileksmedia

Dr Mahathir Lancar Bersatu Sarawak Rileksmedia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 389 hits
BINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sarawak di Dewan Suarah Bintulu di sini Dr Mahathir berkata beliau kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan bahawa r...
Bersatu Sarawak Launched

Bersatu Sarawak Launched

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 339 hits
Branch set up on the request of Sarawakians says Dr Mahathir Dr Mahathir waves to the crowd upon his arrival at Bintulu Civic Centre BINTULU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sarawak was officially launched by the Prime Minister Tun Dr Mahathi...
Tun Mahathir Lancarkan Ppbm Sarawak Di Bintulu Malam Tadi

Tun Mahathir Lancarkan Ppbm Sarawak Di Bintulu Malam Tadi

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 422 hits
BINTULU Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi melancarkan PPBM Sarawak di Dewan Suarah Bintulu Dr Mahathir kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan rakyat Sarawak ingin PPBM melebarkan sayapnya ke negeri ini Turut hadir ...
Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 439 hits
Dr Mahathir menghadiri Taklimat Kemajuan Projek Pembangunan Persekutuan di Negeri Sarawak hari ini Foto oleh BernamaBINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira k...
Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 459 hits
BINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sarawak adalah atas kehendak rakyat pribumi negeri yang merasakan hanya parti itu yang memahami tahap kehidupan dan melindungi hak mereka Be...
Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 384 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak tuduhan sesetengah pihak kononnya jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak sebagai janji kosong sem...
Can Bersatu Change The Equation In Sarawak

Can Bersatu Change The Equation In Sarawak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 357 hits
A slew of federal ministers including Prime Minister Dr Mahathir Mohamad landed in the quiet town of Bintulu over the weekend to inaugurate the party s foray into Sarawak Throughout the decades Umno had never spread its wings to Sarawak The...
Bn Yakin Rakyat Sarawak Tolak Bersatu

Bn Yakin Rakyat Sarawak Tolak Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 547 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional yakin rakyat Sarawak akan menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mula bertapak di Bumi Kenyalang itu Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti yang tidak memenuhi ...
Tips Spm 2018 Sejarah

Tips Spm 2018 Sejarah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 499 hits
TIPS SEJARAH TINGKATAN 4BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA1 Kegiatan Kerajaan Agraria kepentingan bahasa Sanskrit dan pencapaian masyarakat awal yang menjadi kebanggaan hari ini 2 Kerajaan Agraria faktor perkembangan Kerajaan Angkor 3 Cara pe...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4 Graduan Uum Bersyukur Hadiri Majlis Konvokesyen

Shazmi Misran Madu Tiga Chord

Concreto House Dayala E Rafael Arquitetos Associados Brazil

Butterworth Ktm Station To Undergo Rm30mil Upgrade Says Loke

Bn Mahu Bikin Balik Sabah Untuk Rakyat Negeri Kata Zahid