BEBERAPA Anggota Hazamat melakukan siasatan susulan tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai sehingga menyebabkan dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman masing-masing, malam tadi. - Foto BERNAMA JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar berikutan puluhan penduduk mendapat simptom sesak nafas, loya dan hampir pitam berikutan menghidu bau busuk, malam tadi.
Hasil ujian peringkat awal pihak Hazamat mengesyaki tumpahan iaitu methyal alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan kepekatan 120 ppm., yang berlaku di anak sungai di Kampung Baru Sri Aman, Seelong. - Foto Ihsan BOMBA
BEBERAPA Anggota Hazamat melakukan siasatan susulan tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai sehingga menyebabkan dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman masing-masing. - Foto BERNAMAPenduduk kampung, Hafiz Badrul Hisham, 37, berkata bau kuat seakan-akan petrol mula dikesan sejak 8.30 malam menyebabkan ada yang tidak selesa dan berasa loya.
Rozyna Ahmad, 47, menerima bantuan oksigen daripada bomba ekoran sesak nafas dalam kejadian pencemaran kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, malam tadi. - Foto ihsan penduduk"Saya ternampak seorang wanita batuk sebelum pengsan. Saya terus beri bantuan dengan membawa masuk ke dalam rumah sementara tunggu bomba sampai," katanya ketika dihubungi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |