Tular Video Bersama Anak Anak Di Pusara Isteri Pilu Hati Baca Coretan Suami Ni


Tular Video Bersama Anak-anak Di Pusara Isteri, Pilu Hati Baca Coretan Suami Ni
Selepas seorang lelaki menyanjungi insan bernama ibu, tidak ada wanita lain yang lebih bermakna dalam hidupnya melainkan seorang isteri.
Isteri bukan sahaja teman hidup, tetapi juga tempat berkongsi suka duka, susah senang, serta bahu untuk bersandar kala penat dengan kehidupan.
Namun, apabila seorang lelaki kehilangan isteri tercinta, luka itu bukan sesuatu yang mudah ditanggung. Hanya yang pernah merasai, mengerti betapa peritnya kehilangan itu.
“Tepat jam 12.00 malam. Sepatutnya aku dengar ucapan Selamat Hari Lahir darinya. Tetapi hari ni hanya ucapan hari lahir dari anak-anak sahaja.” Itulah yang dialami seorang pengguna Threads, @azemskema, apabila beliau berkongsi kisah hidupnya yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta.
Coretan pendek itu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya terasa sebak.
Bayangkan, pada hari ulang tahun kelahiran sendiri, ucapan yang paling dinanti daripada insan tersayang kini tidak lagi kedengaran.
Isteri disahkan menghidap brain tumor Menurut perkongsian, isterinya sebelum ini disahkan menghidap kencing manis. Namun, pada tahun lalu, doktor mengesahkan bahawa wanita itu menghidap tumor otak (brain tumor).
Pada awal bulan September tahun ini, beliau sempat menjalani pembedahan besar untuk membuang tumor tersebut. Malah, pada 9 September, si isteri sudahpun dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari dirawat.
Malangnya, pada 20 September, keadaan kesihatannya kembali merosot. Dia terpaksa dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan.
Segala usaha dilakukan, tetapi Allah SWT lebih menyayanginya. Pada 23 September 2025, wanita itu menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan suami dan anak-anak.
Momen sayu di pusara Dalam salah satu video yang dimuat naik, kelihatan si suami membawa anak-anaknya yang masih kecil menziarahi pusara arwah isteri.
“Sepetang bersama anak-anak bermain di rumah abadi mama. Heroin dah start demam. Harap aku kuat lagi,” tulisnya.
Rakaman itu mengundang rasa pilu warganet, lebih-lebih lagi apabila melihat anak kecil mereka masih belum mengerti hakikat kehilangan seorang ibu.
Lebih menyayat hati, si suami turut berkongsi video memaparkan momen bersama arwah isterinya, dengan coretan penuh makna.
“Sekarang kau dah kembali ke negeri abadi. Akanku sematkan kasih sayang pada anak-anakmu ini. Semoga taat, setiamu bersamaku dibalas dengan syurga.
“Aku halalkan semua makan minum, aku maafkan segala salah dan silapmu. Semoga kita bersatu lagi di alam sana nnti,” tulisnya.
Pemergian insan tercinta sememangnya pahit untuk ditelan. Namun, pengorbanan, kasih sayang serta kenangan indah yang ditinggalkan akan terus menjadi penguat semangat untuk meneruskan hidup, terutamanya demi anak-anak.
Al-Fatihah buat arwah, semoga si suami dan anak-anak terus cekal menghadapi ujian berat ini.
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah
BACA: Terkejut Dengar, Mat Saleh Dedah Perkara Ia Paling Tak Suka Soal Malaysia
Sumber: Threads @azemskema
The post Tular Video Bersama Anak-anak Di Pusara Isteri, Pilu Hati Baca Coretan Suami Ni appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/29/tular-video-bersama-anak-anak-di-pusara-isteri-pilu-hati-baca-coretan-suami-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Folder Deleted Isteri Sedang Sarat Hamil Jumpa Video Suami Dengan Wanita Lain Dalam Rumah Keluarga

Dalam Folder Deleted Isteri Sedang Sarat Hamil Jumpa Video Suami Dengan Wanita Lain Dalam Rumah Keluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 3189 hits
Perkongsian seorang wanita bergelar isteri tentang episod dalam rumah tangganya mencuri perhatian ramai di mana dia menyifatkan situasi tersebut titik terendah dalam hidupnya Menerusi Threads wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia ternamp...
Wajib Baca 10 Fakta Kelam Dampak Fatherless Pada Hubungan Asmara Anak Di Masa Depan

Wajib Baca 10 Fakta Kelam Dampak Fatherless Pada Hubungan Asmara Anak Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 942 hits
Ketiadaan figur ayah bukan hanya soal kekosongan fisik dampaknya menembus relasi cinta menumbuhkan rasa takut ketergantungan dan potensi mengulang luka ke generasi selanjutnya Dalam artikel ini kamu akan menemukan 10 fakta kelam dampak fath...
Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 153 hits
ASLIZA MUSAPASANGAN suami isteri warga emas ditemukan maut di kediaman mereka di Desa Lang Indah Ipoh hari ini IPOH Sepasang suami isteri warga emas berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Desa Lang Indah di sini ha...
Lelaki Ditegur Merokok Serang Suami Isteri Di Restoran Ditahan

Lelaki Ditegur Merokok Serang Suami Isteri Di Restoran Ditahan

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2422 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis telah menahan seorang lelaki berhubung kejadian serangan membabitkan sepasang suami isteri di sebuah restoran minggu lalu Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim memberitahu FMT bahawa suspek ditahan di Shah Ala...
Isteri Berleter Tidak Cukup Wang Suami Curi Mesin Atm

Isteri Berleter Tidak Cukup Wang Suami Curi Mesin Atm

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 594 hits
Isteri berleter tidak cukup wang suami curi mesin ATM SEBUAH mesin ATM diseret kenderaan pikap Foto Facebook Pusat Berita Tawan Khon Kaen BANGKOK Seorang lelaki Belanda di Thailand ditangkap selepas cubaan pelik mencuri sebuah mesin teler a...
Baru Kahwin Belum Ada Gelaran Mesra Fattah Amin Dedah Anak Panggil Isteri Aunty Mira

Baru Kahwin Belum Ada Gelaran Mesra Fattah Amin Dedah Anak Panggil Isteri Aunty Mira

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2700 hits
Pelakon popular Fattah Amin dedah bahawa anak perempuannya Nur Fatima Aisya memanggil isterinya Amira Othman dengan gelaran Aunty Mira Perkara tersebut dimaklumkan oleh Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin bagi menjawab pertan...
Fattah Amin Rakam Isteri Syurga Memasak Video

Fattah Amin Rakam Isteri Syurga Memasak Video

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 868 hits
Fattah Amin Rakam Isteri Syurga Memasak VIDEO Baru baru ini tular satu video yang memaparkan Fattah Amin merakam Isterinya iaitu Amira Othman yang sedang memasak ketika mereka berada di luar negara Isteri syurga B Sayang Yang Abang mcm ek p...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture