Tular Tentang Neelofa Berpurdah Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu Ini Kisahnya


Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata jadi perhatian ramai pihak. Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.  
Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik. “Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
 
“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. “Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa. Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti. Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.
Sumber: Media Hiburan
Dah Mula Pakai Stokin Tangan Dan Kaki. Penampilan Terkini Neelofa Jadi Buah Mulut Orang Ramai. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Luahkan Susuatu Buat Warganet Terkedu. Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menegaskan bahawa penampilannya terkini mengenakan stokin kaki dan tangan adalah pilihan sendiri, bukan atas paksaan sesiapa. “Mengenai aurat kaki… ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.
“Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.
“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya kepada Harian Metro. Bersyukur penampilannya menerima respons positif daripada orang ramai, Neelofa berharap agar dirinya terus istiqamah. “Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah.
“Malah, saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah,” ujarnya. Bagaimanapun, Neelofa tidak kisah jika ada pihak berpendapat sebaliknya. Semoga Neelofa terus istiqamah, ya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: cari
Bila Ada Masalah Sampai Ada Yang Keluar Dari Group. Mengejutkan Neelofa Bongkarkan Sesuatu Bila Urus Bisnes Bersama Keluarga. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Yang Terjadi. Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014. Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihan faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.
“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi. “Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.
“Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.
Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil. “Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencri, dikhanati dan sebagainya.
“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. “Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik. “Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Noor Nabila Serba Salah Ramai Salah Anggap Lepas Video Neelofa Dan Pu Riz Jadi Tular Sebab Dia. Akhirnya Noor Nabila Tampil Dedahkan Sebab Pu Riz Ada Masa Majlis Nikah Tu. TINDAKAN Noor Nabila memuat naik video di Instastory memperlihatkan adiknya pelakon Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sedang berbual disertai emoji hati mencetus spekulasi dalam kalangan warganet. Mengakui perkongsiannya itu tidak disengajakan, Nabila, 36, berkata, dia berasa serba salah apabila pengacara popular itu terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada peminat.
“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya. Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula… nak padam pun benda dah tular. “Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa.
“Semua tetamu mengenakan baju berwarna biru… keluarga, kawan, semua kecuali dulang boys!, ” katanya kepada mStar.Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata dia menerima sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi pilihan adiknya.
Dia turut mengakui selesa sepanjang mengenali PU Riz dan mengagumi ilmu agama yang dimiliki aktor filem Ada Apa Dengan Dosa itu. “Tak kisahlah sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.
“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan. “Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya. Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu, ” ujarnya.
Pada 20 September lalu, kehadiran pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief menarik perhatian warganet. Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki. Malah, Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.
Neelofa Terima Surat Terbuka Dari Bekas Kekasih PU Riz. Mengejutkan Bekas Kekasih PU Riz Bongkarkan Sesuatu. Ini Reaksi Neelofa Saat Terima Surat Terbuka Itu. Tak sampai sebulan berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa bersama dengan PU Riz yang sebelum ini hangat diperkatakan di laman sosial, timbul pula cerita lain. Baru-baru ini, seorang gadis yang dikatakan bekas kekasih kepada PU Riz bernama Amal Syahmina telah memuat naik satu foto menerusi ruangan Instagram Story miliknya mengatakan:-
Secara kebetulan, Neelofa sebelum itu turut memuat naik foto atau video menunjukkan stokin yang baru dibeli.
Namun, pada 24 September Amal telah tampil menulis sepucuk surat terbuka untuk dirinya dan orang awam yang  mengambil berat tentangnya. Menurutnya, surat berkenaan ditulis supaya dirinya dapat meneruskan hidup seperti biasa selepas banyak perkara yang tidak benar telah berlegar di ruangan sosial. Selain itu, Amal menyatakan ia adalah kali terakhir dirinya memberi kenyataan selain mahu membersihkan namanya.
Menerusi surat tersebut, Amal mengakui bahawa dia bersalah kerana menuduh seseorang yang berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Namun, menjadi seorang manusia biasa itu, dia berhak untuk berasa sedih. “Some of you are coming at me and dissing me, telling me I am not good enough. This, this is where it has to stop. You weren’t the one in a relationship with him for 5 years, you weren’t the one who grew so close to my family, and most importantly, it wasn’t you who had promised my family and me that you would marry me.”
“What is meant to you will find its way to you. I only want to wish everyone well from now on. I want a fresh start, for my own good. I am going to be happy for myself, for them. I don’t regret knowing him. He was a part of my life that made me who I am. But now, it’s time to let go. I deserve my best, he deserves his best. We’re just not each other’s best. Redha.”
Bagaimanapun, ruangan komen pada gambar berkenaan telah ditutup namun menerusi laman Twitter, ramai yang memberi sokongan terhadap gadis itu dan tidak kurang juga terdapat individu yang memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki.
Sumber :HotFM
 
 
 
Kecoh Neelofa Pakai Baju Sedondon Dengan PU Riz. Akhirnya Neelofa Dan PU Riz Tampil Bongkarkan Hubungan Mereka. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Hubungan Mereka Selama Ini. Keberadaan pelakon dan pendakwah bebas PU Riz di majlis perkahwinan adik Neelofa pada Ahad mencetuvskan spekvlasi warganet. Lebih menghairankan apabila PU Riz tampil mengenakan baju Melayu sedondon dengan keluarga Neelofa.
Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji ‘love’. Tampil menjawab spekvlasi tersebut, kata PU Riz keberadaannya di majlis tersebut sekadar untuk memenuhi undangan untuk membacakan doa.
“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” jelasnya kepada Gempak. Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan warganet apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.
Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja. Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Tergamam Neelofa Muatnaik Gambar Yang Mendedahkan Aurat Di Ig Nya. Mengejutkan Ini Tindakan Neelofa Tak Lama Selepas Itu. Hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa ada memuat naik kembali foto yang telah disunting baru menerusi Instagram, baru-baru ini. Malah difahamkan, ruangan kapsyen juga turut diubah menerusi foto yang merakamkan aksinya yang sedang berposing dengan teropong.
“When you’re looking for love and beauty in each other and ( swipe ) Allah Almighty blessed you with more than what you asked for,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, ada peminat yang perasan akan perubahan foto tersebut yang mana ia telah disunting kembali pada bahagian lengan figura asal Kelantan itu.

 
Malah, ada di antara mereka yang memuji tindakan yang diambil Neelofa.

Terdahulu, penampilan bekas hos program MeleTop itu yang dikatakan sudah mula kerap mengenakan ‘inner’ dan stoking selain bertudung menutupi dada menerima respon positif ramai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Sumber : MH
Sama Sama Doakan Semua Dapat Jodoh Yang Baik. Akhirnya Setiah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Semuanya Tentang Hubungan Pu Riz Dan Neelofa. Rupanya Ini Hubungan Mereka Selama Ini. “Orang bertudung… kita hargai usaha murni untuk menutup aurat,” demikian jawab pendakwah bebas dan pelakon PU Riz ketika diasak pertanyaan adakah Neelofa punyai ciri-ciri wanita idamannya. Tambah PU Riz lagi, dia lebih memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya.
“Mana-mana wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan baik kita hargai. Kita tak mahu ada kontroversi apabila membuat kerja-kerja agama. “Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya.
“Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan. Kita tengok ini satu usaha dakwah sahaja. “Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik. Kita menyeru orang untuk buat benda baik bukan melalaikan…
“Maka sama-samalah doakan semua mendapat jodoh baik dan paling penting mengutamakan agama. Sesungguhnya agama akan membantu kita,” jelasnya. Kata bintang filem Ada Apa Dengan D0sa itu, dia tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak untuk mengaitkannya dengan Neelofa.
“Kalau warganet nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat. “Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Lisa Surihani dan ramai lagi artis lain. Kita membantu sesama orang seni. Mana saya mampu saya nasihatkan, kalau tak saya minta orang lain tolong nasihatkan.
“Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah,” ujarnya. Ditanya tentang status terkini dirinya, jawab PU Riz secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan. “Belum kahwin lagi… Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita,” tegasnya.
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan PU Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular Neelofa sejak Ramadan lalu. Dalam perkembangan lain, filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa bakal ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara bermula 10 September ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : GEMPAK
Ada Yang Pertikai Soal Rezeki. Neelofa Tampil Beri Nasihat Untuk Masyarakat Umum Untuk Ubah Mentaliti Diri Masing Masing Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan setiap individu di muka bumi ini mempunyai perjalanan hidupnya yang tersendiri. Menurut Neelofa, Allah telah mengurniakan rezeki buat seseorang itu dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita tidak patut mempertikaikannya.
“Janganlah kita suka mempertikaikan rezeki orang lain. “Ada orang, belajar tak cemerlang, alam pekerjaan top employee, business jual benda biasa je, tapi sebab usaha, boleh cecah juta-juta. “Nyanyi okay, tapi sebab atittude dan rezeki dapat lagu yang best, lagu jadi meletop. Begitulah,” tulisnya.
Kenyataan tersbut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter miliknya. Melihat pula di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Neelofa itu selain turut berharap agar kita semua belajar untuk mengenal erti bersyukur.
Terdahulu, program Next To Neelofa kini telah pun memasuki episod ke-7 yang menampil chef tersohor negara, Chef Wan sebagai tetamu undangan. Next To Neelofa boleh ditonton pada setiap Khamis jam 9.00 malam eksklusif di Astro Ria (123) dan Ria HD (104). Sumber: Twitter Neelofa
Neelofa Dedah Aktres Wanita Sanggup Tolak Pelawaannya Yang Satu Ini. Ramai Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Aktres Tersebut Biarpun sering menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama fesyen antarabangsa, pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, masih mengekalkan hubungan baik dengan pereka fesyen tempatan. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini masih mengingati momen awal ketika dia mula menceburkan diri dalam dunia hiburan.
“Hampir 10 tahun saya dalam industri. Di awal pembabitan, saya sendiri yang yang mengetukpintu butik pereka fesyen tempatan, meminjam busana, buat ‘follow up’, hantar balik sehinggalah zaman sekarang, saya mempunyai penata gaya sendiri.
“Mereka pula yang mengambil tanggungjawab tersebut. Jadi, hubungan dan kerjasama saya dengan pereka tempatan sudah lama berlaku. “Secara tidak langsung, saya memahami daripada mana mereka datang, usaha mereka dalam keinginan untuk meletakkan jenama masing-masing di tahap tersendiri,” katanya Gempak.
Neelofa ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya pada Jumaat. Memahami usaha pereka fesyen tempatan dalam menaikkan jenama mereka, Neelofa tidak memandang rendah dengan segala inisiatif yang telah dilakukan.
“Malah ada di antara majlis antarabangasa, saya kenakan busana persalinan rekaan pereka fesyen tempatan juga. Bezanya kalau jenama antarabangsa, ia hanya ‘sample model’ sahaja yang mana ia tidak boleh diubah-ubah. “Tapi, jika saya mengenakan busana pereka tempatan, kita boleh sesuaikan baju yang nak dipakai bergantung dengan majlis apa yang ingin dihadiri.
“Jadi janganlah kita tidak memandang terus mereka… Setiap majlis konsepnya berbeza-beza. Usah pandang rendah atau abaikan kerana kita tidak tahu bila kita perlukan khidmat mereka,” katanya. Neelofa memberikan respon terhadap sesuatu pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi yang terkilan dengan sikap angkuh seorang pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasmi sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.
Dedah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja. Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi wajah bagi koleksi Rico Rinaldi Summeraya 2018.
Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Neelofa wajah rantau Asia Tenggara Pengacara popular, Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu. Neelofa ketika ditemui berkata, dia mengaku terharu dan bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.
“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna. “Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.
“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.  “Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, hari ini.
Menurut Neelofa, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar. “Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.
“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita. “Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” katanya.
Neelofa bercerita tentang PU Riz, banyak memuji – “Saya pilih dia sebab…” Cerita kononnya selebriti Neelofa menjalinkan hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz bukan sesuatu yang baru khususnya dalam kalangan warganet. Namun menurut Neelofa, dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.
“Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi. “Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam Neelofa hijab,” katanya kepada mStar.
Neelofa tampil dengan program terbaharu berjudul Next To Neelofa. Neelofa ditemui ketika sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada Jumaat. Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus. “Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata Neelofa lagi.Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.
Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan persepsi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Dalam pada itu, pelakon drama popular Red Velvet itu menjelaskan hubungan mereka kelihatan rapat disebabkan Riz kini banyak terlibat dalam menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Sekarang ini penglibatan dia lebih banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa kerja dengan dia dan ustaz Tarmizi. Tapi jadual ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar. “Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah memandangkan, saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas,” ujarnya.
Episod pertama Next To Neelofa menampilkan selebriti terkenal Datuk Hans Isaac. Berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, Neelofa mengakui dia berasa gemuruh untuk mengendali program bual bicara berjudul Next To Neelofa yang menampilkan tetamu undangan yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing.
“Memang rasa berdebar dan kecut perut juga. Perasaan itu berbeza dengan mengacara program MeleTOP. Tapi Alhamdulillah, untuk episod pertama pada malam Khamis, saya rasa bersyukur dan berpuas hati. “Setiap episod ada vibe dan energy yang berbeza. Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza. Tujuan program ini untuk memberi kata-kata positif dan inspirasi kepada penonton,” ujarnya. Rakaman program istimewa yang berdurasi selama 60 minit sepanjang 12 buah episod ini juga akan bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
 via apampink   
Kredit : Buletin Media
The post Tular tentang Neelofa berpurdah. Akhirnya Neelofa tampil buka mulut dedahkan sesuatu…ini kisahnya.. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/17/tular-tentang-neelofa-berpurdah-akhirnya-neelofa-tampil-buka-mulut-dedahkan-sesuatu-ini-kisahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syukur Atas Hidayah Untuknya Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Dengan Imej Berpurdah

Syukur Atas Hidayah Untuknya Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Dengan Imej Berpurdah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 787 hits
Selebriti popular tanah air Neelofa 31 tampil dengan imej baharu berpurdah sekaligus mengejutkan industri hiburan dan peminat terutamanya yang menyambut baik keputusan tersebut Menerusi kiriman di IG story Neelofa sebentar tadi beliau memin...
Memang Tak Sangka Punca Neelofa Berpurdah Didedahkan Selepas Jadi Buah Mulut Netizen

Memang Tak Sangka Punca Neelofa Berpurdah Didedahkan Selepas Jadi Buah Mulut Netizen

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Selebriti dan pengacara popular Neelofa 31 mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata dia selesa berhadapan dengan orang ramai...
Selepas Neelofa Ramai Selebriti Wanita Tanah Air Turut Berpurdah Semoga Terus Istiqamah

Selepas Neelofa Ramai Selebriti Wanita Tanah Air Turut Berpurdah Semoga Terus Istiqamah

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 1681 hits
Ambil berkat Gara gara Neelofa beberapa selebriti wanita tanah air tidak ketinggalan memuat naik foto dalam media sosial dengan mengenakan purdah Antara selebriti wanita tersebut ialah Ifa Raziah Linda Rafar dan Yatt Hamzah Mereka memuat na...
Sarah Hildebrand Buka Tudung Neelofa Pula Kini Berniqab

Sarah Hildebrand Buka Tudung Neelofa Pula Kini Berniqab

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 872 hits
The ReporterKeputusan pelakon Sarah Hildebrand membuka tudung mengejutkan ramai terutama peminatnya apabila dia memuat naik gambar dirinya tidak bertudung dengan suami Otto Gillen di Instagram kelmarin Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah M...
Baru Buka Tudung Didakwa Pernah Kecam Neelofa Ini Komen Sarah Hildebrand

Baru Buka Tudung Didakwa Pernah Kecam Neelofa Ini Komen Sarah Hildebrand

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 1401 hits
Beberapa hari lalu pelakon dan pengacara Neelofa membuat keputusan untuk memakai niqab Penghijrahan beliau telah mendapat perhatian ramai peminat dan juga rakan artis Malah pengacara kesayangan ramai ini turut menerima pelbagai reaksi yang ...
B0ngkar Kisah Cinta Sembunyi Neelofa Amp Pu Riz Netizen Dedahkan Teka Teki Perhubungan Mereka

B0ngkar Kisah Cinta Sembunyi Neelofa Amp Pu Riz Netizen Dedahkan Teka Teki Perhubungan Mereka

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 931 hits
Sebelum ini tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas iaitu Haris Ismail atau PU Riz Ini kerana banyak hint hint kecil yang diberikan oleh kakaknya Noor Nabila ...
Berpurdah Tapi Penampilan Neelofa Curi Perhatian

Berpurdah Tapi Penampilan Neelofa Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 585 hits
KUALA LUMPUR Penampilan terbaharu selebriti terkenal Neelofa yang kini berniqab terus mencuri perhatian di media sosial Neelofa yang berusia 31 tahun memuatnaik gambar penampilan yang santai namun elegan walaupun dalam keadaan berpurdah itu...
Hiburan Hanya Hari Jumaat Dan Bulan Ramadhan Ifa Raziah Tampil Berniqab Akui Bukan Kerana Pengaruh Neelofa

Hiburan Hanya Hari Jumaat Dan Bulan Ramadhan Ifa Raziah Tampil Berniqab Akui Bukan Kerana Pengaruh Neelofa

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 405 hits
Personaliti TV dan juga penyanyi Ifa Raziah baru baru ini ada memuat naik foto memaparkan dirinya berniqab menerusi ruangan Instagram miliknya pada Jumaat lalu Berikutan dengan perkara itu peminat mula membuat spekulasi bahawa Ifa kini suda...
Netizen Kecewa Sarah Hildebrand Buka Hijab Siap Petik Nama Neelofa

Netizen Kecewa Sarah Hildebrand Buka Hijab Siap Petik Nama Neelofa

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 1525 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand 30 mempunyai alasan tersendiri dengankeputusannya yang kini tidak lagi bertudung Semalam Sarah membuat kejutan apabila memuat naik sekeping foto dia tidak bertudung bersama suami Otto Gill...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation