Tular Tak Bersalam Dengan Menteri Ceo Madacorp Mohon Maaf Kepada Mohamad Sabu


hmetro.com.my
M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]
TANGKAP layar video tular di media sosial.
Alor Setar: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang MADA (MADACorp) mengemukakan permohonan maaf atas kekhilafannya tidak bersalam dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Abdullah Ismail berkata, beliau sudah bersalam dengan Mohamad sebaik menteri tiba di Program Sentuhan Madani yang diadakan di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar dekat sini, Isnin lalu.

"Saya ingin merujuk kepada video yang tular mengenai isu saya tidak bersalaman dengan Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika beliau membuat lawatan kerja di Kedah pada Isnin, 30 September.

"Untuk makluman semua, saya telah bersalaman dengan menteri sebaik saja beliau keluar dari kereta. Kemudian saya mengiringi beliau bersalaman dengan pegawai yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdullah berkata, ketika mengiringi Mohamad bersalaman dengan pegawai lain, menteri itu menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengannya.

Katanya, oleh kerana sudah bersalaman dengan Mohamad sebelum itu, beliau menjadi terkedu dan terkhilaf apabila tidak bersalaman sekali lagi dengan menteri terbabit.

"Justeru saya dengan rasa rendah diri mengakui kesilapan saya kerana tidak menyambut salam sekali lagi menteri dan ingin memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.

"Akhir sekali, saya harap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya," katanya.

Terdahulu tular video memaparkan Abdullah dilihat enggan bersalaman bersama Mohamad yang melakukan lawatan kerja ke Kedah pada Isnin lalu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Kedah, Firdaus Shater dalam kenyataan, melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang dianggap sebagai tidak cermat dan tidak profesional dilakukan Abdullah.

Katanya, insiden itu tidak selari dengan etika profesionalisme yang mengutamakan sikap hormat-menghormati, kerjasama dan komunikasi beradab malah ia bertentangan nilai Islam yang menuntut adab terhadap pemimpin serta sesama insan.

"Sebarang tindakan yang memperlekehkan atau tidak menghormati pemimpin, apatah lagi secara terbuka, adalah satu perbuatan yang tidak sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan sikap hormat dan adab.

"Amanah Kedah berpandangan bahawa sekiranya terdapat sebarang perbezaan ideologi politik, seharusnya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk saling menghormati antara satu sama lain, terutamanya dalam kalangan Melayu Islam," katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyiasat insiden itu bagi mendapatkan cerita sebenar daripada pegawai yang berada di lokasi serta dari Abdullah sendiri.
Disiarkan pada: Oktober 2, 2024 @ 1:46pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/tular-tak-bersalam-dengan-menteri-ceo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceo Mada Corp Kedah Enggan Bersalaman Yb Menteri Mad Sabu Kpkm

Ceo Mada Corp Kedah Enggan Bersalaman Yb Menteri Mad Sabu Kpkm

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 59 hits
Live Panas Berkaitan Ceo Lembaga Pengarah Mada Corporation Kedah Apabila Yb Menteri Mohammad Sabu Mahu Bersalaman Bersama Beliau Terus Beliau Buat tidak Tahu Malah Tidak Melayani beliau Hanya Senyum Sahaja Sangat Tidak Patut Dibuat Begitu T...
Tak Sambut Salam Mat Sabu Ceo Mada Mohon Maaf

Tak Sambut Salam Mat Sabu Ceo Mada Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 64 hits
FMT ReportersAbdullah Ismail menjelaskan beliau sebenarnya terlebih dahulu bersalaman ketika menyambut Mohamad Sabu Tangkap layar video tular menunjukkan CEO Mada Abdullah Ismail seolah olah enggan bersalaman dengan Mohamad Sabu ketika lawa...
Nasihat Panas Lokman Adam Kepada Kebiadapan Ceo Madacorp Di Kedah

Nasihat Panas Lokman Adam Kepada Kebiadapan Ceo Madacorp Di Kedah

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 39 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perniagaan Peladang MADA mengemukakan permohonan maaf atas kekhilafannya tidak bersalam dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu Abdullah Ismail berkata beliau sudah bersalam...
Tindakan Ceo Mada Corp Tak Mahu Salam Dengan Menteri Adalah Sikap Kurang Ajar

Tindakan Ceo Mada Corp Tak Mahu Salam Dengan Menteri Adalah Sikap Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 70 hits
Tak mahu salam dengan menteri AMANAH Kedah akan siasat henti buli siberHarapandailyAMANAH Kedah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghentikan serangan buli siber terhadap Ketua Pegawai Eksekutif MADA Corp susulan tidak bersalama...
Ph Sajakah Perlu Minta Maaf Umno Tak Nak Minta Maaf Juga Ke

Ph Sajakah Perlu Minta Maaf Umno Tak Nak Minta Maaf Juga Ke

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 86 hits
1 October 2024Kalau mahu dibuat persamaan UMNO sekarang ini tak ubah seperti lelaki yang mudah terangsang dan mudah pula klimaksnya Baru menang dua PRK Nenggiri dan Mahkota sudah bertebaran kenyataan mengatakan sokongan orang Melayu telah k...
Umno Tak Layak Dapat Permohonan Maaf Patut Syukur Dapat Talian Hayat

Umno Tak Layak Dapat Permohonan Maaf Patut Syukur Dapat Talian Hayat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 71 hits
malaysiakini comSelepas disingkirkan daripada tampuk kuasa pada pilihan raya umum 2018 Umno mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya negara empat tahun kemudian tetapi masih berjaya kembali ke dalam pentadbiran selepas menjalin kerjas...
Lelaki Mohon Maaf Tidak Sedar Anjing Diikat Di Belakang Kereta

Lelaki Mohon Maaf Tidak Sedar Anjing Diikat Di Belakang Kereta

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 61 hits
Oleh Syeikh Baran Pemilik kereta yang tular membawa anjing dalam keadaan terikat di belakang kereta di lampu isyarat Jalan Kulim Taman Sentosa Bukit Mertajam di sini semalam mendakwa tidak menyedari kejadian tersebut Ketua Polis Daerah Sebe...
Kelahiran Hawra Uqaira Kamal Adli Luah Rasa Sebak Dan Mohon Maaf Pada Uqasha

Kelahiran Hawra Uqaira Kamal Adli Luah Rasa Sebak Dan Mohon Maaf Pada Uqasha

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 95 hits
Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi detik penuh makna bagi setiap pasangan suami isteri Saat indah ini juga sedang dirasai oleh pasangan pelakon terkenal Kamal Adli dan Uqasha Senrose Kelahiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira bukan ...
Ouch Secures Rm5 Million Amid Extended Bnm Sandbox Approval

11 000 Tentara Terluka Israel Persenjatai 120 000 Warga

Roti Jala Dan Kari Daging

Redone Mobile Introduces New 5g Postpaid Devicepro Plan In Collaboration With Vivo Malaysia

Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

Pegawai Kanan Polis Wanita Ditahan Dipercayai Bersekedudukan

Startup Business Ideas

Sanggup Jadi Isteri Sementara Demi Duit Wanita Kahwini Hampir 15 Pelancong Asing


echo '';
5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36


Chicken Wrap Tortilla

Doa Dapat Membezakan Benar Atau Fitnah

Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan

Raden Patih Aku Tiada Gigi Chord

Fazura Feat Fattah Amin Bertahan Demi Cinta Chord

Di Setiap Rezeki Yang Allah Berikan Kepada Kita Ada Bahagian Rezeki Orang Lain