Kelahiran Hawra Uqaira Kamal Adli Luah Rasa Sebak Dan Mohon Maaf Pada Uqasha


Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi detik penuh makna bagi setiap pasangan suami isteri. Saat indah ini juga sedang dirasai oleh pasangan pelakon terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Kelahiran puteri sulung mereka, Hawra Uqaira, bukan sahaja menjadi penguat cinta mereka tetapi juga membawa pengalaman baru bagi Kamal dan Uqasha dalam peranan sebagai ibu bapa. Walaupun pada fasa awal ini terdapat cabaran yang menguji kesabaran, Kamal tetap berusaha yang terbaik serta tabah dalam menguruskan anak kecil mereka dengan penuh kasih sayang.

Setiap tawa dan tangisan Hawra membawa makna baru, mengajarnya tentang cinta yang tak bersyarat dan pentingnya kehadiran cahaya mata dalam hidup. Proses menjadi ayah bukanlah perjalanan yang mudah, tetapi Kamal merasakan kedewasaan yang luar biasa. Ia bertekad untuk menjadi kekuatan buat puterinya dan menghadapi setiap cabaran dengan semangat baru. Bersama Hawra, ia menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih bahagia.

Setiap detik bersama Hawra mengajar Kamal erti cinta, kasih sayang, dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Lebih manis, Kamal turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial. Ikuti pengalaman dan luahan hati Kamal yang baru sahaja bergelar bapa.
Menurut Kamal, kehadiran anak perempuan Hawra Uqaira, telah membawa perubahan besar dalam hidupnya. Menjadi seorang bapa membuatkan Kamal lebih matang dan bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian.
Kata Kamal perjalanan untuk menjadi seorang bapa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia memberikan peluang kepadanya untuk membesar secara peribadi dan lebih dewasa dalam setiap tindakan.
Kamal tekad untuk menjadi sumber kekuatan buat anak perempuannya dan menghadapi setiap cabaran yang datang dengan semangat yang baru. Bersama Hawra, Kamal menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih cerah dan bahagia.
Mohon Maaf Pada Uqasha
Selepas Uqasha melahirkan anak, Kamal menjelaskan bahawa tidak menerima sebarang tawaran kerja selama tiga bulan bagi memberikan tumpuan penuh kepada Uqasha dan anak mereka. Kini, beliau baru sahaja memulakan semula aktiviti kerjanya. Walaupun jadualnya sangat padat, beliau tetap berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
“Selepas Uqasaha bersalin, saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ‘job’ selama tiga bulan untuk memberi tumpuan penuh kepada Uqasha dan anaknya. Kini saya baru nak mula kembali bekerja. Walaupun jadualnya sangat padat, saya sentiasa berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Dalam pada itu, Kamal mendedahkan Uqasha sangat menjaga anaknya, Hawra terutama aspek kebersihan untuk memastikan kesihatan anaknya yang masih kecil.
“Uqasha, akan memastikan sesiapa sebelum memegang Hawra, kena cuci tangan dulu.
Dalam pada itu, Kamal Adli mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada isteri tersayangnya tidak dapat bersama sepanjang masa dalam tempoh kehamilan anak sulungnya disebabkan faktor kerjanya.
“Saya ingin memohon maaf kepada isteri saya. Sepanjang tempoh kehamilannya, saya sering terpaksa outstation untuk penggambaran, menyebabkan Uqasaha sering ditinggalkan.

“Saya benar-benar minta maaf dan berterima kasih kepada Uqasaha kerana menjaga Hawra dengan begitu baik sepanjang dalam kandungan, walaupun ada masa-masanya dia mengalami emosi yang tidak menentu.
“Secara jujur, saya ingin memohon maaf. Saya yakin Uqasaha mampu menjadi ibu yang terbaik,” luah Kamal dengan telus.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga  pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, selain Uqasha juga sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama Uqasha keguguran ketika dia mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan yang kedua pula pada November 2022.
 
The post Kelahiran Hawra Uqaira, Kamal Adli Luah Rasa Sebak dan Mohon Maaf Pada Uqasha appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kelahiran-hawra-uqaira-kamal-adli-luah-rasa-sebak-dan-mohon-maaf-pada-uqasha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiara Pecah Rekod Rezeki Saya Selama 14 Tahun Dalam Masa 6 Tahun Achey Luah Sebak

Tiara Pecah Rekod Rezeki Saya Selama 14 Tahun Dalam Masa 6 Tahun Achey Luah Sebak

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 113 hits
Kasih tulus pelawak Achey bersama isteri Nor Hasanah Yahaya kepada Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada tandingannya Masih ingat lagi tak kira kira 6 tahun lalu peminat mendoakan terbaik buat Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan ister...
Fattah Luah Ungkapan Sayang Gambar Terakhir Undang Sebak

Fattah Luah Ungkapan Sayang Gambar Terakhir Undang Sebak

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 148 hits
Berita pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin yang hadir pada prosiding pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari telah mengundang rasa pilu dalam kalangan peminat mereka Siapa sangka cinta yang dahulu...
Semoga Jasad Ayah Ditemui Segera Anak Mangsa Pesara Felcra Luah Sebak

Semoga Jasad Ayah Ditemui Segera Anak Mangsa Pesara Felcra Luah Sebak

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 171 hits
Pilu hati apabila mendapat tahu ayah dicampak ke dalam sungai dengan kejam Tiada kata kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya dengan sikap kejam Muhammad Amir Hakimi Sabari 25 bagaikan hilang kata kata apabila dimaklumkan polis tentang ke...
Zarina Zainuddin Luah Rasa Rindu Anak Bongsu Kini Di Uitm

Zarina Zainuddin Luah Rasa Rindu Anak Bongsu Kini Di Uitm

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 135 hits
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila berjauhan dengan anak lebuh lagi anak bongsu Itulah yang dirasai oleh pelakon Zarina Zainuddin yang meluahkan rasa hati teringat kepada anak bongsunya Muhammad Adam Azrai yang kini bergelar mahasiswa U...
Uncle Mike Besarkan Tiga Beradik Yatim Piatu Undang Sebak

Uncle Mike Besarkan Tiga Beradik Yatim Piatu Undang Sebak

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 98 hits
Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong 55 bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi bapa kepada tiga anak lelaki yang berbeza bangsa dan agama Namun dalam perjalanan hidup yang penuh liku dan ti...
Selalu Rasa Tersisih Ni Sebenarnya Anak Sulung Mahukan Daripada Mak Ayah

Selalu Rasa Tersisih Ni Sebenarnya Anak Sulung Mahukan Daripada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 111 hits
Anak sulung sememangnya cukup istimewa di hati kita selamanya Penghuni rahim yang pertama bagi seorang ibu Biarpun anak sulung segalanya namun anak ini sering diabaikan Perkongsian Penulis Keibubapaan Hanis Athirah Rusli mengenai anak sulun...
Penantian 18 Tahun Pemuda Tahan Sebak Jumpa Semula Bibik Yang Jaga Waktu Kecil

Penantian 18 Tahun Pemuda Tahan Sebak Jumpa Semula Bibik Yang Jaga Waktu Kecil

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 197 hits
Seorang pemuda tahan sebak jumpa semula bibik yang jaga waktu kecil apabila diberi peluang bertemu di Indonesia Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Muhd Najmii dia akui tidak dapat menjawab pertanyaan bibik ke...
Tergerak Hati Tengok Cctv Ibu Sebak Tengok Pembantu Rumah Layan Anak

Tergerak Hati Tengok Cctv Ibu Sebak Tengok Pembantu Rumah Layan Anak

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 140 hits
Direzekikan untuk bertemu dengan orang yang baik baik sememangnya satu rezeki yang paling disyukuri Apa lagi bila melibatkan anak anak dan orang tersayang Dalam satu perkongsian di Tik Tok seorang ibu memuat naik video pembantu rumahnya yan...
Buang Ego Pohon Maaf Kalau Buat Silap

Buang Ego Pohon Maaf Kalau Buat Silap

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 79 hits
Kita semua pasti pernah melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tak Itu lumrah Namun yang membezakan seseorang itu ialah macam mana dia mengendalikan kesilapan tersebut Malangnya ego sering kali menjadi penghalang utama untuk kita ...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan