Tular Detik Cemas Anakonda Jatuh Dari Siling Tandas
Tular Detik Cemas ‘Anakonda’ Jatuh Dari Siling Tandas
Setiap daripada kita pasti menyimpan rasa takut terhadap haiwan tertentu. Namun, ada sebahagian haiwan yang bukan sekadar menakutkan. Malah, digeruni ramai kerana boleh mendatangkan bahaya atau penyakit.
Antara haiwan yang paling ditakuti ramai sudah pastinya ular, terutama ular berbisa. Bayangkan saja, rumah kita yang selesa tiba-tiba didatangi reptilia panjang berbisa ini, tentu semua orang akan kelam-kabut.
“Wei anakonda wei…”
Baru-baru ini, satu insiden menakutkan berlaku di Sungai Petani. Seorang wanita dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat kira-kira 60 kilogram yang jatuh dari siling tandas rumahnya.
Kejadian ini kini tular di media sosial, terutamanya video yang memperlihatkan ular besar tersebut jatuh dari siling rumah. Disebabkan saiznya yang sangat besar, penghuni rumah itu sampai menyamakannya dengan anakonda.
Dikongsikan menerusi Threads @amey_deen, ramai yang menonton video tersebut mengaku seram sejuk, membayangkan jika insiden sama berlaku di rumah mereka sendiri.
“Bayangkan kau tengah berak, ular tu lapar dari atas ‘ngap’ kau. Seram…”
“Siling kita besar lubangnya. Tak boleh tidurlah overthinking mai bila tengok video…”
“Wei kalau aku trauma dah, terus ajak ‘caw’ keluar rumah eee geli besar siot…”
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, Rabu lalu. Insiden bermula apabila anak perempuannya menyedari siling tandas rumah pecah.
Pada mulanya, mereka agak pelik kerana terlihat sesuatu yang kelihatan seperti kain batik. Namun, selepas diperiksa menggunakan kamera telefon dan zoom pada siling, jelas kelihatan badan ular besar tergantung di siling.
Segera, wanita tersebut menghubungi talian kecemasan. Tidak lama kemudian, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba untuk menangkap reptilia berbahaya itu.
Peringatan
Kejadian ini menjadi peringatan kepada semua bahawa walaupun kita berada di rumah sendiri, tetap perlu berjaga-jaga. Siling rumah, ruang stor atau kawasan yang jarang diperiksa, boleh menjadi tempat reptilia bersarang tanpa disedari.
BACA: Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang, Pengusaha “Hoarder Clean Up” Kongsi Kisah Menyayat Hati
Sumber: Video tular Nur Izzatul Ain Ismail via Threads @amey_deen
The post Tular Detik Cemas ‘Anakonda’ Jatuh Dari Siling Tandas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/17/tular-detik-cemas-anakonda-jatuh-dari-siling-tandas/