Tulang Yang Dijumpai Tulang Manusia Polis Sahkan Tulang Manusia Di Gua Kandu


“Tulang Yang Dijumpai Tulang Manusia..” – Polis sahkan tulang manusia di Gua Kandu. Polis mengesahkan serpihan beberapa tulang termasuk tulang paha yang ditemukan oleh orang awam pada Sabtu lepas di kawasan Gua Kandu, Gopeng merupakan tulang manusia.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pengesahan itu dibuat selepas laporan bedah siasat ke atas serpihan tulang itu selesai dilakukan oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.
Hasil Bedah
“Hasil bedah siasat yang diperoleh melalui pengesahan awal mendapati tulang yang ditemui itu adalah tulang manusia dan menerusi pengesahan awal pihak forensik tidak menafikan keadaan serpihan tulang yang ditemui itu adalah tulang lama.
“Serpihan tulang telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor bagi tujuan asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusan mengenai itu boleh diketahui dalam tempoh sehingga dua bulan atau lebih awal daripada itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.
Penemuan Serpihan
Beliau berkata keputusan itu dilakukan berikutan kawasan penemuan serpihan tulang yang ditemui itu dalam kawasan pencarian berkaitan kes kehilangan seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lepas.
Dalam pada itu, Hasron Nazri berkata spesimen darah seorang daripada abang Mohammad Ashraf atau dikenali sebagai Acap dilakukan semalam di Hospital Kampar dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya bagi tujuan perbandingan DNA dengan serpihan tulang tersebut.
Masih lagi dalam proses siasatan
Pada Ahad lepas, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata beberapa serpihan tulang ditemukan penduduk kampung semasa usaha mencari dan menyelamat Mohammad Ashraf dilakukan.
Beliau berkata bagaimanapun hasil carian yang dilakukan oleh unit forensik polis di lokasi itu tidak menemui tengkorak, rangka atau tulang lain.Mohammad Ashraf, 29, hilang semasa menyertai larian GUT 2019 kategori 25km pada 23 Mac lepas.
Sumber: Bernama
The post “Tulang Yang Dijumpai Tulang Manusia..” – Polis sahkan tulang manusia di Gua Kandu appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tulang-yang-dijumpai-tulang-manusia-polis-sahkan-tulang-manusia-di-gua-kandu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serpihan Tulang Di Gua Kandu Sah Milik Manusia Polis

Serpihan Tulang Di Gua Kandu Sah Milik Manusia Polis

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 518 hits
Pengesahan forensik kata keadaan serpihan tulang adalah tulang lama Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata spesimen darah seorang daripada abang Mohammad Ashraf telah diambil dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling ...
Sah Tulang Manusia Di Gua Kandu Dna Ahli Keluarga Acap Diambil

Sah Tulang Manusia Di Gua Kandu Dna Ahli Keluarga Acap Diambil

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 725 hits
Semalam Harian Metro melaporkan penduduk kampung yang melakukan pencarian Mohamad Ashraf menemui serpihan tulang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu Gopeng kira kira jam 1 tengah hari kelmarin Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan H...
Polis Sahkan Serpihan Tulang Yang Ditemui Milik Manusia

Polis Sahkan Serpihan Tulang Yang Ditemui Milik Manusia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 448 hits
Berikutan dengan penemuan serpihan tulang seperti tulang paha oleh orang awam Sabtu lepas pihak polis mengesahkan bahawa ianya sah milik tulang manusia Tulang yang dijumpai di Gua Kandu Gopeng itu disahkan setelah bedah siasat dilakukan ole...
Seketul Tulang Ditemui Berhampiran Gua Kandu

Seketul Tulang Ditemui Berhampiran Gua Kandu

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 723 hits
GOPENG 21 April Seketul tulang yang belum dikenal pasti sama ada milik manusia atau haiwan ditemukan orang awam semalam semasa melakukan operasi mencari peserta Gopeng Ultra Trail Muhammad Ashraf Hassan 29 yang hilang dalam perlumbaan itu b...
Bau Belacan Disangka Bau Mayat Manusia Sampai Polis Serbu Rumah

Bau Belacan Disangka Bau Mayat Manusia Sampai Polis Serbu Rumah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 477 hits
Siapa sangka makanan Malaysia boleh mengundang perkara yang pelik pelik berlaku di luar negara Selalunya kita baca kisah mengenai reaksi orang asing yang menikmati durian Kebanyakan orang asing agak takut nak merasai durian Malaysia disebab...
Memang Sah Tulang Manusia Isu Penemuan Tulang Di Kawasan Acap Hilang

Memang Sah Tulang Manusia Isu Penemuan Tulang Di Kawasan Acap Hilang

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 514 hits
Tulang manusia yang dijumpai baru baru ini di Gua Kandu Gopeng di kawasan Acap hilang tempoh hari telah disahkan oleh pihak polis adalah tulang manusia BACA Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim memberitahu bedah siasa...
Sah Tulang Manusia

Sah Tulang Manusia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 332 hits
PENGESAHAN awal dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh melalui bedah siasat mendapati serpihan tulang ditemui di Gua Kandu Gopeng adalah milik manusia Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata...
Perghh Tindakan Disiplin Jika Ahli Pkr Terlibat Tahan Kereta Polis

Perghh Tindakan Disiplin Jika Ahli Pkr Terlibat Tahan Kereta Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 455 hits
Tindakan disiplin jika ahli PKR terlibat tahan kereta polis Saifuddin KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat akan mengambil tindakan disiplin jika terdapat bukti ahli ahli parti itu terlibat dalam insiden menahan dan memeriksa kereta peronda po...
Pkr Serah Sepenuhnya Kepada Polis Siasat

Pkr Serah Sepenuhnya Kepada Polis Siasat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 390 hits
KEADILAN SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA PIHAK POLIS UNTUK JALANKAN SIASATAN BERKENAAN INDIVIDU YANG TELAH MENAHAN DAN MEMERIKSA KERETA POLIS DI SJK CHUNG HUA DI RANTAU 1 Tindakan beberapa individu yang didakwa sebagai penyokong Pakatan Harapan ...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Awie Alif Ba Ta Chord

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Hilangkan Iklan Di Semua Hp Redmi

Biodata Imran Vokey

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka