Tulahan Yang Jadi Pembangkang Jadi Pembangkang Berkesan Yang Jadi Kerajaan Tak Macam Kerajaan


Assalam,


Penulis dah lama tak menulis tentang perjuangan , banyak artikel yang ditulis hanya berkaitan analisa tentang politik selepas langkah Sheraton.

Semasa mula-mula PKP  bukan penulis tak ada masa nak menulis tapi banyak dihabiskan membuat analisa secara terperinci peluang parti-parti politik dalam PRU 15. Ada empat artikel yang dapat dikeluarkan berdasarkan analisa yang dibuat.

Hari ini ada masa nak menulis , dah masuk dalam tempoh beberapa kali PKPP. Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan pengkhianat pun dah masuk 10 bulan.

Selepas kerajaan tanpa mandat ini ditubuhkan, penulis kembali kepada pekerjaan asal, gajinya sama dengan jawatan pertukaran sementara. Cuma masa penulis untuk parti terhad tidak sama semasa berjawatan pertukaran sementara.


Kerja pun dekat dengan rumah tapi masih berulang buat kerja di kawasan. Setiap minggu balik kawasan sejak mula-mula PKP. Walaupun dah tak jadi kerajaan , rakyat dalam kawasan perlu dibantu terutama mereka yang terkesan dan menjadi susah semasa PKP.

Sudah lama berpengalaman jadi pembangkang, bila jadi pembangkang semula dah jadi macam biasa. Dah tak ada peruntukan buat cara tiada peruntukan, kena usaha cari dana supaya rakyat dapat dibantu.

Semasa mula PKP , setiap minggu bantuan disalur melalui cawangan untuk diberi kepada keluarga yang terkesan. Barang keperluan dapur, ikan , siput dan sayur segar  dan paling tidak ada apa yang boleh dibantu hanya telur setengah papan diberi kepada keluarga terkesan.

Bayangkan sepapan telur terpaksa dipotong separuh kerana dana yang berkurang untuk membantu. Walaupun setengah papan telur, itu pun sudah cukup buat keluarga yang terkesan dengan PKP.

Setiap hari Isnin, orang ramai beratur mendapatkan bekalan barangan dapur . Dulu ramai kata orang Cina tidak datang meminta bantuan. Kali ini tidak, orang Cina turut datang beratur mendapatkan bantuan kerana orang Cina sangat terkesan apabila kedai-kedai mereka ditutup akibat PKP.

Kenapa penduduk tidak pergi ke pejabat parti-parti yang menerintah? Semuanya tutup , alasannya PKP. Hanya pejabat ahli parlimen yang buka, ahli parlimen kena habiskan lebih ratus ribu simpanan peribadi semasa PKP.  

Bukan hanya bantuan melalui cawangan , bantuan kepada frontliners juga disalurkan . Sarapan, makan tengahari, facemask dan sanitizer diberi kepada frontliners secara berkala. Semasa PKP, setiap hari sarapan dimasak dan diberi kepada frontliners.

Masuk bulan Ramadan , selain bantuan barangan dapur , setiap minggu diberi sumbangan juadah berbuka melalui cawangan-cawangan kepada keluarga terkesan. Sebelum Hari Raya, sumbangan kueh raya diberi melalui cawangan juga kepada frontliners.

Sehingga hari ini, usaha mencari dana diteruskan untuk membantu penduduk memerlukan. Bila datang perayaan Deepavali , 200 orang India diberi sumbangan. Bila datang perayaan Krismas, 50 keluarga penganut Kristian diberi sumbangan. Datang pula PKPB, diberi pula bantuan barang keperluan dapur melalui cawangan-cawangan.

Minggu depan , majlis penyerahan bantuan pakaian sekolah pula akan dibuat. Fasa pertama 220 pelajar, fasa kedua 400 pelajar, fasa ketiga pelajar yang tercicir menerima bantuan. Bulan Februari ini kena cari dana untuk sumbangan sempena Tahun Baru Cina pula.

Memanglah semasa kerajaan jatuh , ada sedikit kekecewaan kerana selama 22 bulan jadi kerajaan banyak penduduk yang dapat dibantu. Malah bantuan yang diberi kepada penduduk dalam kawasan parlimen tidak mengira sesiapa , semuanya merasa. Tidak seperti kerajaan terdahulu , bantuan diberi hanya kepada yang terpilih dikalangan mereka yang kuat menyokong.

Kini , bantuan yang diberi tidaklah sebanyak semasa menjadi kerajaan tapi sekurang-kurangnya , keluarga yang memerlukan bantuan tetap diberi bantuan untuk meringankan beban. Sekurang-kurangnya dapatlah juga penduduk merasa hasil usaha dana yang kita cari.

Dulu semasa berjuang dalam parti lama, usaha mencari dana ini memang penulis buat bersama sahabat-sahabat jamaah. Tapi , sejak penulis masuk parti baru dan menjadi kerajaan sehinggalah menjadi pembangkang semula. Penulis tidak nampak bantuan seperti baju sekolah dilakukan parti lama kawasan penulis.

Sudah menjadi kerajaan pun, parti lama kawasan penulis macam pembangkang hanya mengharap bantuan dari kerajaan melalui wakil rakyat pengkhianat.

Parti Ubn lagilah teruk , hanya bergantung kepada kerajaan untuk membantu. Sebab itu parti ini terpaksa berpaut dengan dalam kerajaan tebuk atap sebab tidak boleh bergerak jika menjadi pembangkang.
Walaupun parti lama dah jadi kerajaan, dah ada ahli majlis , dah ada dalam jadi JK Kampung tapi, kelibat mereka tidak kelihatan. Pejabat parti sepatutnya, ditukar menjadi pusat khidmat sebab dah jadi kerajaan. 
Tapi itu tidak berlaku, sudah ada penduduk yang serik ke pejabat parti lama kerana tiada penyelesaian untuk masalah yang mereka bawa. Begitu juga dengan parti Ubn, tiada beza semasa jadi pembangkang. 

Di kampung-kampung pun ada macam-macam masalah, orang kampung merungut kerana dalam satu kampung ada tiga kepala ikut parti. Selama 10 bulan Ketua Kampung masih tidak dilantik . Penghulu pun pening kerana bila sampai bantuan terpaksa bahagi tiga.
Bila Ubn dah jadi MB, pastinya akan dilantik Ketua Kampung dan majoritinya pasti dari Ubn. Bagus sangat la macam tu sebab orang kampung memang meluat dengan Ketua Kampung dari Ubn. Mereka dah merasa perit selama 60 tahun berketua kampung orang Ubn. 
Bila jadi pembangkang , ada yang menyangka parti baru ini akan lemah. Sebenarnya tidak, malah usaha penulis dan parti baru menambah ahli dan cawangan terus berjalan. Tahun 2020 sahaja, 12 cawangan baru ditubuhkan. Sama banyak dengan tahun 2019 semasa jadi kerajaan.

Bilangan cawangan dah makin hampir menyamai bilangan cawangan parti lama. Dulu target setiap Daerah Mengundi kena ada cawangan, hari ini target setiap lokaliti perlu ada cawangan. Dulu hanya biar parti kawan bergerak dalam Dun yang diwakili parti kawan. Tapi sekarang tak boleh biarkan kerana parti kawan terlalu lemah untuk bergerak.

Kena buat sesuatu untuk dekati penduduk dalam Dun parti kawan. Sebab itu, dibuka pusat komuniti parti dalam Dun parti kawan. Bukan hendak bersaing dengan parti kawan tapi itulah caranya untuk menambah kekuatan parti yang bertanding kerusi parlimen.

Pilihanraya mungkin tidak lama lagi, justeru masa semakin terhad. Kena ada usaha dekati pengundi, kena ada usaha menambah sokongan pengundi terutama orang Melayu. Berusaha bukan macam PRU 14 untuk 3 penjuru, tapi berusaha untuk 2 penjuru walaupun mungkin 3 penjuru.

Setakat ini culaan dari cawangan-cawangan sudah 60 peratus diperolehi. Ada Daerah Mengundi dah capai target undi sasaran , ada yang kena berusaha lagi. Bila sudah ada banyak cawangan, culaan menjadi lebih mudah. Hanya di kawasan perumahan , pengundi yang ramai memerlukan strategi untuk dapatkan culaan.

Penulis berharap rakan-rakan parti baru dalam kawasan penulis terus berusaha mengerakkan parti bagi mencapai undi sasaran. Gerak kerja kebajikan diteruskan, gerak kerja pilihanraya perlu digandakan. Selamat berjuang……..

Wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2021/01/tulahan-yang-jadi-pembangkang-jadilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Masa Kerajaan Pembangkang Pertimbang Kabinet Bayangan

Tiba Masa Kerajaan Pembangkang Pertimbang Kabinet Bayangan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 185 hits
Astro AwaniDisember 25 2020 Felo penyelidik Policy Research Group Nashril Abaidah berkata cadangan itu seiring usaha political reset yang diusahakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang ketika ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan dan pembang...
Grand Coalition Sepatutnya Tambah Ahli Parlimen Pembangkang Jadi Kerajaan

Grand Coalition Sepatutnya Tambah Ahli Parlimen Pembangkang Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 230 hits
Grand Coalition yang masih diperbincangkan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan seharusnya mencanangkan idea membentuk Kerajaan Persekutuan dengan penambahan sokongan Ahli ahli Parlimen pro PH Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdu...
Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 247 hits
Perdana Menteri sedia mengumumkan sebelum ini yang mana vaksin Covid 19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia Selari dengannya kini Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 telah diumumkan dimana ia adalah harus dan wajib diambil ole...
Mengintip Realitas Film The Crown Kenapa Suami Istri Di Kerajaan Inggris Tidur Di Kamar Terpisah

Mengintip Realitas Film The Crown Kenapa Suami Istri Di Kerajaan Inggris Tidur Di Kamar Terpisah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 279 hits
Tidur pisah ranjang di kalangan bangsawan Inggris bukan berarti lagi berantem sama pasangannya lo D
Tarif Elektrik Kekal Kerajaan Beri Rebat 2 Sen

Tarif Elektrik Kekal Kerajaan Beri Rebat 2 Sen

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 224 hits
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menunjukkan menunjukkan purata tarif elektrik asas Tenaga Nasional Berhad kekal bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2021 di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Kuala Lumpur f...
Beranikah Pas Bersuara Menyatakan Kegagalan Kerajaan

Beranikah Pas Bersuara Menyatakan Kegagalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 288 hits
Tahun lalu bila dividen ASB sebanyak 5 50 sen Pas kata ia sebagai kegagalan kerajaan tapi tahun ini di mana Pas sendiri berada dalam kerajaan dividennya cuma 4 25 sen saja atau rekod terendah dalam sejarah Beranikah Pas bersuara mengatakan ...
Kerajaan Pusat Hapus Kira Pinjaman Rm2 1 Bilion Untuk Pahang Naik Taraf Bekalan Air

Kerajaan Pusat Hapus Kira Pinjaman Rm2 1 Bilion Untuk Pahang Naik Taraf Bekalan Air

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Pahang selepas bersetuju melaksanakan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air membabitkan kos keseluruhan RM2 1 bilion Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri ...
Kerajaan Mesti Wajibkan Hanya Syarikat Milik Islam Diberi Lesen Import Daging Halal

Kerajaan Mesti Wajibkan Hanya Syarikat Milik Islam Diberi Lesen Import Daging Halal

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 305 hits
Sejak terdedahnya berita berkenaan daging import yang dicampur antara lembu yang disembelih dengan tidak disembelih berikutan serbuan terhadap sebuah gudang baru baru ini ramai kini mengharamkan diri mereka daripada memakan daging sebagai h...
Kerajaan Pertimbang Jadikan Feri Pp Restoran Terapung Muzium

Kerajaan Pertimbang Jadikan Feri Pp Restoran Terapung Muzium

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 205 hits
KERAJAAN akan mempertimbangkan beberapa cadang untuk menjadikan feri ikonik Pulau Pinang sebagai restoran terapung muzium atau pelayaran pelancongan selepas tidak lagi beroperasi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah