Tulahan Psyche Mengerunkan Orang Beragama Berselindung Di Sebalik Kedudukan



Assalam,


Penulis mendengar temubual seorang mufti sebelah utara yang memberi ulasan tentang pengkhianatan politik kerajaan baru PN. Bila mendengar ulasan mufti penulis terus teringat satu perkataan iaitu psyche.

Psyche (baca saiki) adalah dari perkataan Greek membawa erti kehidupan dan ruh dalaman yang menggambarkan diri seseorang atau 'self' .

Perkataan ini kemudiannya dipakai untuk menjelaskan keseluruhan keadaan minda manusia secara sedar atau tidak. Ia juga mewakili aspek minda kelompok yang mempunyai kuasa mempengaruhi pemikiran, tingkah laku dan keperibadian seseorang.

Psyche dengan itu boleh dianalisis dari kata-kata, tingkah-laku yang menterjemahkan apa yang didalam diri seseorang hasil minda dalamannya yang berlaku samada secara sedar atau tidak.

Tingkah laku dan pertuturan adalah secara zahir boleh menggambarkan pscyhe individu yang mewakili kelompok yang punya psyche yang sama. Ini adalah Psyche kelompok.


Menilai psyche sesetengah kelompok kepada respons politik tanahair boleh menggerunkan kita. Tutur kata, tingkah laku adalah terjemahan dari satu minda yang terpahat secara sedar dan tidak sedar berpotensi menyebabkan keseimbangan sosial dan nilai kepelbagaian masyarakat terjejas.

Pschye bahaya ini bukan datang dari calang-calang orang. Ia mewakili kelompok yang berpengaruh dalam masyarakat dan dipandang tinggi mewakili keperluan agama dalam masyarakat Melayu.

Apabila ia berbicara seolah bicaranya mewakili psyche yang terpendam dan corak berfikirnya seolah senada dengan pihak yang bertindak tanpa berfikir panjang.

Pscyche individu ini menterjemahkan satu set pemikiran yang terlalu simplistik berbeza dengan karakter luarannya yang kononnya dari latar akademik yang tinggi dan kompleks.

Hujahannya tentang politik semasa betul-betul atas permukaan malah tak berpijak pun atas permukaan langsung, malah mungkin khayalan yang diciptanya sendiri.

Individu yang tak sepatutnya mewakili set pemikiran yang simplistik membuat rumusan tentang hubungan antara agama di negara ini berpandukan teori-teori konspirasi 'Islam terancam' tanpa apa-apa bukti substantif malah itu lah satu-satunya alasan dia menolak Pakatan Harapan.

Amat menggerunkan lagi diwajarkan hanya dengan satu ayat Al Quran tanpa memberi keadilan kepada keseluruhan konsep kemanusiaan dan kedamaian yang lebih besar yang menjadi agenda utama Pakatan Harapan.

Menggerunkan juga psyche ini meletakkan gaya selektif (memilih mana yang sesuai dengan kehendaknya) dalam membuat rumusan-rumusan penting negara untuk mewajarkan sikapnya.

 Segala episod 'mungkir perjanjian' , penipuan dan masalah moral lain digelapkan dalam mindanya walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.

Membuat satu penilaian 'murahan' kepada parti-parti tertentu sebagai sebab Islam terancam dan menuduh tunduk kepada parti lain yang 'berleluasa' menghina Islam' adalah satu lagi yang menggerunkan kita .

Betapa simplistiknya minda yang sepatutnya lebih berstruktur dalam berfikir daripada individu yang menjadi rujukan dalam kehidupan beragama masyarakat.

Ia bukan sahaja simplistik tetapi andaian 'plastik' yang tiada kebenaran untuk membuat satu rumusan besar dan membabitkan kepentingan kepimpinan parti tersebut dan seluruh anggotanya.

Menggerunkan apabila psyche ini lahir dari individu berpengaruh dengan label agama, ia menjadi ikutan kepada satu fahaman sempit yang boleh mencetuskan kebencian sesama kaum muslimin apatah lagi permusuhan antara kaum dalam negara ini.

Inilah psyche sebahagian kelompok di timur tengah yang membawa kepada peperangan dan permusuhan tidak kesudahan. Menggerunkan jika psyche ini sudah menular di kalangan individu yang menjadi ikutan ramai.

Mungkin ada yang mengatakan, itu sekadar pandangannya dan tak perlu kita terlalu emosional. Pandangan bagi penulis hanyalah luaran, tetapi jika diteliti apa yang terkandung dari psyche pandangan itu, kita akan temui sisi gelap dan sikap kepuraan orang beragama yang berselindung di sebalik kedudukan hanya untuk menjadi macai politik murahan. Gerun lagi menggerunkan!

Wassalam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2020/06/tulahan-psyche-mengerunkan-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upm Lonjak Kedudukan Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia

Upm Lonjak Kedudukan Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR 11 JUN Kedudukan Universiti Putra Malaysia dalam QS World University Rankings 2021 melonjak ke tangga 132 universiti terbaik di dunia berbanding tangga 159 tahun lepas Menurut Naib Canselor universiti itu Datuk Dr Aini Ideris i...
Agong Jangan Sedih Pelajari Hikmah Di Sebalik Covid 19

Agong Jangan Sedih Pelajari Hikmah Di Sebalik Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat jangan gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti kelaziman sebaliknya mengambil peluang itu untuk mempela...
Pentaksiran Pisa Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Literasi Matematik Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara

Pentaksiran Pisa Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Literasi Matematik Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 474 hits
Oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah Hayati Nazirwan Kumaresan Pumalai Nor Hidayah Mohd Amir Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia 1 0 Pengenalan Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dilihat daripada segi pemban...
Baru Tak Layak Komen Kedudukan Gps Dalam Pn Kata Pemimpin Pbb

Baru Tak Layak Komen Kedudukan Gps Dalam Pn Kata Pemimpin Pbb

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 478 hits
Ia selepas Baru Bian mengkritik pemimpin GPS yang menafikan mereka adalah sebahagian daripada kerajaan PN
Kedudukan 111 Vs 111 Akan Berubah Bila Ahli Parlimen Pkr Dijangka Melompat Siapa Mereka

Kedudukan 111 Vs 111 Akan Berubah Bila Ahli Parlimen Pkr Dijangka Melompat Siapa Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 407 hits
Amiruddin AhmadAda laporan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Alor Setar akan melompat Tapi masih khabar angin Tetapi kemungkinan yang lain juga akan turut melompat kalau nak ikutkan Sivarasa Maria Chin dan juga Tebrau Yang kena gantung selalu...
Dalang Di Sebalik Tuduhan Membunuh Altantuya Inikah Bul

Dalang Di Sebalik Tuduhan Membunuh Altantuya Inikah Bul

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 299 hits
Dari portal Spekulasi bahawa Datuk Habibul Rahman Kadir Shah sebagai Bul yang meminta Raja Petra Kamaruddin membuat akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Saaribu adala...
Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 890 hits
Siapa yang lahir tahun 70an 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu Tentunya ketika masih kanak kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal usul ...
Menag Sebut Kegiatan Beragama Di Rumah Ibadah Boleh Asal Lingkungan Bebas Covid 19

Menag Sebut Kegiatan Beragama Di Rumah Ibadah Boleh Asal Lingkungan Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 306 hits
Kegiatan keagamaan sosial di rumah ibadah berdasarkan situasi riil terhadap pandemi Covid 19 di lingkungan rumah ibadah tersebut Bukan hanya berdasarkan status zona yang berlaku di daerah
Tulahan Ke Sana Ke Sini Apa Pilihan Muhyiddin

Tulahan Ke Sana Ke Sini Apa Pilihan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 433 hits
Assalam Tarikh 18 Mei telah berlalu sidang Dewan Rakyat hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di Pertuan Agong Notis baru sidang akan dikeluarkan mungkin berlaku bulan Julai ini Mungkin juga akan berla...
Isu Ketua Hakim

Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Bara Sengketa Masih Menyala

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Urus Niaga Dibatalkan Surat Baharu Dihantar Menuju Ke Arah Kekacauan Perdagangan Kalendar Pedagang Untuk 7 9 Jun

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cipta Identiti Visual Yang Kuat Dengan Bantuan Designer Profesional

Lelaki Melompat Ke Dalam Enjin Pesawat Bergerak

Lirik Lagu Gtt Benzooloo

Kenapa Bajet Bulanan Anda Bocor Ini 5 Punca Utama

Zahid Apologises For Angel Remark Says It Was Emotionally Driven

Video Of Exchange At Zebra Crossing Sparks Debate On Road Manners