Tulahan Melaksanakan Islam Dengan Kuasa Bukan Slogan





Salam,
Lagi dua hari masuk tahun 2020, penulis ambil masa untuk menulis berkaitan perjuangan. Baru habis program Tanweer , kehadirannya baik walaupun sekarang musim ambil padi.

Kehadiran yang ramai menambah semangat kepada penulis kerana yang hadir selalunya yang aktif,. Bila ramai ahli yang aktif, bermakna parti akan semakin kuat. Dulu penulis yang anjur program Liqa’ parti lama, kehadirannya kurang sedangkan cawangan dah banyak.

Penulis tertarik ucapan SU Kawasan semasa sesi soal jawab yang penulis akan kongsi di sini. Katanya, parti lama hanya bermegah dengan slogan Islam tapi tidak melaksanakannya. Yang ada hanya fitnah yang ditabur ahli parti lama terhadap kerajaan baru. Sedangkan parti baru tidak bermegah dengan  slogan Islam tetapi melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat........(HR. Muslim)
Minggu ini juga baru selesai program back to school. Dulu semasa parti lama dan semasa parti baru belum menjadi kerajaan, jumlah pelajar menerima kelengkapan sekolah paling tinggi 200 orang sahaja. Bila dah memerintah, lebih 2000 pelajar terima manfaat. Bukankah dengan kuasa kita ada telah melapangkan kesusahan 2000 ibu bapa kurang mampu . 

Pelajar bukan sahaja terima kelengkapan sekolah sumbangan agensi kerajaan tetapi ketiga-tiga wakil rakyat ini telah berusaha mencari dana melalui ahli korporat dan dermawan bagi menambah jumlah pelajar kurang mampu menerima kelengkapan sekolah. Dok tengok juga parti lama, taka da pun program back to school yang dianjur. Tak tahu la , mungkin penulis tak jumpa berita.

Jumlah manfaat yang rakyat terima sejak PH menjadi kerajaan sangat banyak. Namun, parti lama tidak dapat terima hakikat ini. Sebab tu parti lama tuduh parti baru macam-macam, tamak kuasa la, kerja Putrajaya la. Sedangkan parti lama tahu, dengan kuasa yang ada inilah rakyat terima pelbagai manfaat.

Jika kerajaan Ubn masih memerintah, sejarah telah membuktikan setiap kali hujung tahun hanya beberapa orang pelajar terima sumbangan kelengkapan sekolah. Itu pun diberi kepada kroni mereka sahaja.

Setahun 2019, penulis berkhidmat sepenuh masa menyelia peruntukan parlimen. Alhamdulillah, kad laporan peruntukan parlimen pun dah dibentangkan. Ahli Parlimen kawasan penulis adalah Ahli Parlimen kedua yang membentangkan kad laporan ini selain Ahli Parlimen Bakri.   .

Walaupun peruntukan parlimen tidak sebanyak jumlah yang diterima semasa zaman Ubn , peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk manfaat penduduk di parlimen. Hampir 70 % daripada peruntukan Projek Mesra Rakyat digunakan untuk menurap dan membaikpulih jalan-jalan kampung. Semasa Ubn memerintah, jalan-jalan kampung ini berlubang-lubang dan berlopak-lopak sehingga menyukarkan pergerakan penduduk. Penduduk di tebuk-tebuk sendiri dapat merasa perbezaan ini.

Sekolah-sekolah melalui PIBG tidak pernah dikecewakan untuk terima peruntukan yang dipohon. Setiap permohonan pasti ada peruntukan diberi walaupun tidak terima peruntukan penuh seperti dipohon. Guru-guru sendiri memberitahu semasa zaman Ubn,  PIBG tidak mendapat peruntukan seperti yang diterima sekarang.

Tidak ketinggalan masjid dan surau, semua akan terima peruntukan jika membuat permohonan. Hanya sebuah dua surau dan masjid tidak terima peruntukan tahun ini, akan diusahakan terima tahun hadapan. Banyak lagi manfaat yang diterima penduduk sejak PH memerintah , yang jika ditulis terlalu panjang.

Walaupun sibuk dengan tugasan rutin, kerja-kerja membangunkan parti tetap jadi keutamaan terutama kerja-kerja menambah ahli dan cawangan baru. Tahun ini sahaja 12 cawangan baru berjaya ditubuhkan dan kemasukan ahli baru berlaku setiap bulan.

Penubuhan Maufakat Nasional memang memberi kesan kepada penambahan ahli baru. Ahli dan penyokong parti lama peringkat akar umbi tidak dapat menerima kerjasama dengan Ubn. Penulis jumpa ramai ahli parti lama yang menyatakan rasa kecewa mereka kepada parti lama. Sebab itulah setiap kali program Sembang Santai bersama Ahli Parlimen dianjurkan , ramai ahli dan penyokong parti lama hadir untuk mendengar penerangan isu-isu semasa yang biasa mereka dengar sebelum ini.

Parti lama dan Ubn pun ada buat ceramah bersama, tapi jika diperhatikan yang ramai hadir adalah ahli-ahli Ubn dan sangat kurang ahli parti lama yang hadir. Penulis tahu la sebab, penulis kenal muka-muka ahli parti lama.

Penulis ada bersama dalam mesyuarat pimpinan parti baru peringkat negeri. Penulis ada memberi pandangan bahawa kerjasama parti lama dan Ubn perlu dihadapi secara positif dan berstrategi. Hanya dengan penambahan undi Melayu kepada PH akan mengagalkan kerjasama ini dalam Pru 15.

Bagaimana hendak menambah undi Melayu? Salah satu caranya ialah menambah ahli dan cawangan baru. Peranan ini perlu dilaksanakan semua parti dalam PH. Jangan mendabik dada kononnya partinya kuat sedangkan hanya ada dua cawangan didaftarkan.

Tahun 2020, penulis akan teruskan usaha mengembeling semua organisasi parti menambah ahli  dan cawangan baru. Masih ada lima cawangan dalam proses penubuhan , penulis yakin kelima-lima cawangan dapat didaftarkan pada tahun 2020.

Semoga parti baru di kawasan penulis terus berkembang walaupun menerima pelbagai tohmahan dari parti lama. Teruskan perjuangan…..

Wassalam




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2019/12/tulahan-parti-baru-berkuasa-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Slogan Anti Islam Diconteng Berhampiran Masjid Di London

Slogan Anti Islam Diconteng Berhampiran Masjid Di London

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 310 hits
Bangunan Pusat Islam Brixton Utara PETALING JAYA Sebuah bangunan berhampiran masjid dan pusat kebudayaan di Brixton selatan London diconteng dengan slogan anti Islam pada Rabu Memetik laporan Alaraby polis Metropolitan London berkata siasat...
Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 228 hits
Astro Awani HASSAN Kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesedia...
Negara Islam Perlu Berdikari Kata Dr Mahathir

Negara Islam Perlu Berdikari Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 363 hits
Negara Islam perlu berdikari kata Dr Mahathir Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Dec 2019 11 35PM
Iran Tawar Pemindahan Teknologi Kepada Negara Negara Islam

Iran Tawar Pemindahan Teknologi Kepada Negara Negara Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 211 hits
Presiden Iran Hassan Rouhani berucap pada Majlis Perasmian Summit Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM KUALA LUMPUR Hubungan dan kerjasama di antara negara negara Islam perlu dieratkan...
Dr Mahathir Terbuka Cadangan Mata Wang Kripto Negara Islam

Dr Mahathir Terbuka Cadangan Mata Wang Kripto Negara Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 242 hits
Dr Mahathir terbuka cadangan mata wang kripto negara Islam Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Dec 2019 11 00PM
Makna Rezeki Dalam Islam

Makna Rezeki Dalam Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 266 hits
Dari Whatsapp Group SRJKG12Dulu saya fikir solat Dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki dan dulu juga saya fikir Rezeki itu berupa wang gaji yg besar banyak order banyak job urusan kerja lancar banyak simpanan di Bank banyak asset...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri