Iran Tawar Pemindahan Teknologi Kepada Negara Negara Islam


Norlaile Abd Rahman Presiden Iran, Hassan Rouhani berucap pada Majlis Perasmian Summit Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM 
KUALA LUMPUR- Hubungan dan kerjasama di antara negara-negara Islam perlu dieratkan bagi menutup ruang ancaman dan penindasan pihak luar.

Presiden Iran Hassan Rouhani mencadangkan supaya pusat penyelidikan, teknologi maklumat dan ekonomi digital dapat ditubuhkan hasil permuafakatan yang dicapai menerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang sedang berlangsung ketika ini.

Katanya, negara-negara Islam amat lemah dalam bidang teknologi, maklumat dan komunikasi sehingga terpaksa bergantung kepada dunia barat.

“Beberapa isu besar seperti globalisasi ekonomi dan kekurangan perbincangan dalam menangani masalah-masalah ini serta kurangnya akses maklumat menyebabkan kita (negara-negara Islam) perlu membuat dasar yang lebih realistik.

“Ikatan negara-negara Islam juga tidak cukup kuat dari pelbagai sudut.

“Kerjasama dalam perbankan Islam sangat lemah, transaksi perdagangan di antara negara-negara Islam juga tidak menggunakan matawang sendiri.

“Malah kita juga tidak menggunakan sistem sendiri untuk melakukan pelaburan, jadi kita perlu mencari jalan untuk memastikan kerjasama di antara negara-negara Islam lebih kuat,” katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini.

Tambah Hassan, Iran berpengalaman luas di dalam menghadapi cabaran keganasan, konspirasi malah dikenakan sekatan antarabangsa sejak sekian lama.

Namun begitu, cabaran-cabaran tersebut menurut beliau berjaya membuatkan rakyat Iran lebih kuat, berdikari dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ia juga membuatkan rakyat negara tersebut menyedari kepentingan untuk menguasai bidang sains dan teknologi.

Dengan itu katanya, Iran bersedia untuk berkongsi kepakaran tersebut dengan negara-negara Islam yang lain.

“Mereka cuba menjadikan kami lemah kerana sekatan-sekatan sedemikian begitu memberi tekanan kepada negara kami tetapi kami berjaya mengatasinya sehingga pada 2018 apabila Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian nuklear serta sekatan-sekatan lain.

“Malah pertumbuhan ekonomi Iran juga semakin baik yang mana ketika ini kami sedang memikirkan cara untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak sahaja.

“Kami mahu meningkatkan ekonomi domestik, bidang sains dan teknologi kerana kami memang percaya ini adalah sumber pendapatan dan kekuatan Iran.

“Dengan itu, kami berhasrat untuk berkongsi dengan negara-negara lain termasuk melalui perpindahan teknologi,” katanya lagi.

Hassan turut menggesa semua negara Islam supaya tidak melupakan nasib rakyat Palestin, Yaman dan umat Islam lain yang sedang ditindas.

Katanya, pentadbiran kerajaan yang lemah, kemiskinan, pengangguran dan isu dalaman negara-negara Muslim menyebabkan mereka mudah diancam dan ditindas.

Katanya, setiap negara Muslim yang mempunyai kemampuan perlu terus membantu di samping berkempen supaya penindasan dapat dihentikan.

Bagaimanapun, mereka perlu berhati-hati supaya tidak mencampuri urusan dalam sesebuah negara itu ketika berusaha untuk menyelesaikan konflik berkenaan.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/iran-tawar-pemindahan-teknologi-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Islam Perlu Berdikari Kata Dr Mahathir

Negara Islam Perlu Berdikari Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 473 hits
Negara Islam perlu berdikari kata Dr Mahathir Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Dec 2019 11 35PM
Dr Mahathir Terbuka Cadangan Mata Wang Kripto Negara Islam

Dr Mahathir Terbuka Cadangan Mata Wang Kripto Negara Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 335 hits
Dr Mahathir terbuka cadangan mata wang kripto negara Islam Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Dec 2019 11 00PM
Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

Kl Summit 2019 Langkah Permulaan Kerjasama Negara U Islam A Hadi

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 660 hits
Abdul Hadi menegaskan kelemahan itu berkait masalah antarabangsa terutama di Asia Barat yang dilihat tiada penyelesaian Gambar failKL Summit 2019 OIC gagal Hadi AwangKL Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kua...
Pdip Usulkan Haluan Negara Berbasis Riset Inovasi Dan Teknologi

Pdip Usulkan Haluan Negara Berbasis Riset Inovasi Dan Teknologi

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 279 hits
Salah satu langkah PDIP adalah dengan melakukan penghijauan di Sungai Citarum Jawa Barat pada 2 Februari 2020
Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Bersatulah Negara Islam Hassan Rouhani

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 339 hits
Astro Awani HASSAN Kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesedia...
Negara Islam Mau Jadikan Emas Sebagai Alat Tukar Dolar As Dibuang

Negara Islam Mau Jadikan Emas Sebagai Alat Tukar Dolar As Dibuang

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 522 hits
Sejumlah negara islam seperti Iran Malaysia Turki dan Qatar sedang mempertimbangkan untuk membuka jalur perdagangan sendiri menggunakan emas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menjelaskan perdagangan akan menggunakan skema barter seb...
Malaysia Setuju Dengan Cadangan Iran Wujudkan Mata Wang Islam Sendiri Ganti As

Malaysia Setuju Dengan Cadangan Iran Wujudkan Mata Wang Islam Sendiri Ganti As

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 329 hits
Dalam Sesi Meja Bulat dan Perbincangan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2018 hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan cadangan dari Iran yang menyatakan penggunaan satu mata wang kripto dalam kalangan negara negar...
Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

Isytihar Islam Agama Persekutuan Kurangkan Sifat Sekular Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 389 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Punca kenapa Perkara 3 Perlembagaan kerap diserangBANGI Perkara 3 yang termaktub di dalam Perlembagaan meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan kini dilihat semakin kerap diserang selepas Pakatan Harapa...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page