Tukar Nama Jalan Depan Kuil Kepada Jalan Muhammad Adib



BANGI - Bagi memperingati jasa dan pengorbanan Muhammad Adib Mohd Kassim yang nyawanya diragut selepas dipukul perusuh, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mencadangkan supaya nama pegawai bomba berkenaan diabadikan di jalan, tempat berlaku rusuhan itu.

Setiausaha Agung Pemuda Isma, Eqwan Roslan (foto) mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menukarkan nama jalan depan Kuil Sri Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, kepada Jalan Muhammad Adib, dan wang pampasan pemindahan kuil itu diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Beliau juga mencadangkan pampasan tanah kuil iaitu wang sebanyak RM1.5 juta diserahkan kepada keluarga Allahyarham Adib.

“Ini bagi memperingati pengorbanan dan perjuangan Adib. Jasanya bukan biasa-biasa, akan dikenang dalam lipatan sejarah negara.

“Pampasan tanah kuil dan wang RM1.5 juta mesti dipulangkan semua dan diberikan kepada keluarga Allahyarham Adib.

“Beliau dipukul ketika menjalankan tugas demi keamanan negara sehingga terkorban nyawa,” katanya.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.41 malam tadi, selepas bertarung nyawa selama 22 hari, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil itu.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, Kuala Kedah, selepas solat Zohor, tengah hari tadi.

Pada 27 November lalu, Muhammad Adib diserang perusuh di kuil berkenaan tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugas membantu orang ramai.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan, sehingga cedera parah.

Rusuhan berlaku disebabkan perbalahan mengenai perpindahan kuil berkenaan ke tapak baharu.

Difahamkan, pemindahan kuil itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014, menerusi penghakiman persetujuan (consent judgement), selepas empat pihak bersetuju menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya.

Empat pihak terbabit ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Bagaimanapun Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari meminta pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25 memulangkan semula wang pampasan RM1.5 juta dan tapak tanah seluas 0.405 hektar (satu ekar) yang diterima sebelum ini.

Kerajaan negeri berpandangan, tapak tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang telah diberikan oleh pemaju haruslah dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/tukar-nama-jalan-depan-kuil-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Muhammad Adib Diabadikan Di Tugu Peringatan Wira Merah

Nama Muhammad Adib Diabadikan Di Tugu Peringatan Wira Merah

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 787 hits
Nama Muhammad Adib diletakkan di tugu berkenaan dalam satu majlis Apresiasi Wira Merah bagi memperingati jasa danpengorbanan beliau kepada negara KUALA LUMPUR Nama Muhammad Adib Mohd Kassim diabadikan pada Tugu Peringatan Fallen Heroes di A...
Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau

Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 381 hits
Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati BeliauNama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau
Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 403 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara konsisten dengan p...
Fazura Tawar Bantuan Kepada Tunang Arwah Muhammad Adib

Fazura Tawar Bantuan Kepada Tunang Arwah Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 492 hits
Pemergian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam insiden rusuhan di depan Kuil Sri The post appeared first on
Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib

Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 412 hits
Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan media mengumumkan penubuhan Tabung Wira Merah iaitu tabung khas untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 Allahyarham ya...
Pakaian Muhammad Adib Ketika Operasi Terakhir Pada Malam Kejadian Masih Tergantung Di Rak Pakaian Di Balai

Pakaian Muhammad Adib Ketika Operasi Terakhir Pada Malam Kejadian Masih Tergantung Di Rak Pakaian Di Balai

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 419 hits
Pakaian Muhammad Adib ketika operasi terakhir pada malam kejadian masih tergantung di suatu sudut rak pakaian di balai SUBANG JAYA Nombor 17476 pasti akan menjadi kenangan kepada rakan rakan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mening...
Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 408 hits
18 Disember 2018 5 39 PM PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan berita anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib
Murtabak Kulit Popia

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As