Tujuh Komunis Mati Bergelimpangan Ditembak Lelaki Tua Ini


Syahril A. Kadir
Temubual bersama Pegawai Waren Bersara, Mahmor Said pada Majlis Perjumpaan bekas komando siri pertama iaitu Malaysia Special Service Unit di Kampung Tunku, Petaling jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 
PETALING JAYA – Orangnya kurus tinggi. Sekali imbas tidak ada sebarang keistimewaan pada lelaki berusia lebih separuh abad ini.

Namun tak ramai tahu, lelaki tua berjanggut putih ini mempunyai kisah yang tercatit kemas dalam sejarah perjuangan negara dalam era penentangan gerila komunis.

Pegawai Waran 2 (B) Mahmor Said, anak jati Johor ini sebenarnya adalah antara anak muda terawal yang terpilih untuk menjadi seorang anggota komando dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau mendapat latihan asas komando daripada Rejimen 40 Komando British yang berpangkalan di Kem Majidee pada tahun 1965.

Setelah berjaya terpilih, beliau diserap ke pasukan komando yang ketika itu dikenali sebagai Malaysia Special Service Unit (MSSU).

Kisah kehebatan Mahmor menjadi sebutan apabila beliau dan sekumpulan anggota komando telah diarahkan ke Kompleks Gunung Gading, Lundu Sarawak pada pagi 3 Mac 1967.

Mereka ketika itu ditugaskan memburu sekumpulan lapan hingga 15 pengganas Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS).

Segalanya bermula pada satu tengah hari rembang ketika beliau sedang membancuh teh tarik untuk diminum bersama-sama rakannya di khemah rehat mereka di kawasan gunung tersebut.

Sedang asyik menarik teh, tiba-tiba beliau mendengar daun kering dipijak orang.

Sangkaan Mahmor itu adalah bunyi rakan-rakannya yang pulang dari meronda. Tetapi tidak pasti siapa dan dari kumpulan mana kerana pandangannya terhalang oleh sebatang pohon rimbun.

Alangkah terkejutnya beliau apabila kemudian ternampak segerombolan musuh sedang berjalan laju hanya kira-kira lapan meter di depannya.

Seorang pengganas lelaki yang berada di depan sekali tergamam sebaik sahaja terpandang Mahmor tercegat di depannya dan berhenti secara tiba-tiba.

Disebabkan musuh masih lagi tergamam, Mahmor lantas bertindak dengan melompat segera ke arah senjatanya, kira-kira enam meter dari tempat beliau berdiri.

Baginya musuh mesti ditumbangkan terlebih dahulu sebelum bertindak mengambil perlindungan.
Temubual bersama Pegawai Waren Bersara, Mahmor Said pada Majlis Perjumpaan bekas komando siri pertama iaitu Malaysia Special Service Unit di Kampung Tunku, Petaling jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI” Sebaik sahaja senjata dicapai, saya terus angkat ke aras pinggang dan mencekahnya. Kemudian saya tolak kunci selamat senjata ke automatik dan terus memuntahkan peluru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette dalam majlis ‘reunion’ bekas pegawai dan anggota MSSU di sini hari ini.
Bekas-bekas komando bergambar kenangan pada Majlis Perjumpaan bekas komando siri pertama iaitu Malaysia Special Service Unit di Kampung Tunku, Petaling jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZITembakan 30 butir peluru 7.62 mm dari kelopak pertama berjaya mencederakan empat atau lima musuh.

Melihatkan mereka masih bergerak di samping ada yang sempat membuat tembakan balas, Mahmor segera mengambil kelopak dari pouches miliknya.

Tiga puluh butir lagi ditembak dan diikuti kelopak ketiga yang mempunyai kira-kira 25 butir peluru.

Mahmor betul-betul melepaskan geramnya terhadap musuh negara itu.

Satu demi satu pengganas rebah. Segala-galanya berlaku dengan pantas dan tidak sampai tiga minit.

Pada masa yang sama, beliau tidak sedar sebutir peluru musuh nyaris membunuhnya apabila ia singgah pada sebatang pokok kecil kira-kira sejengkal darinya.

” Selesai menembak, baru saya perasan yang pokok sebesar ibu jari itu patah akibat terkena tembakan musuh,” katanya.



Sebaik pertempuran selesai, Mahmor dan beberapa rakan yang tiba ke situ tidak berapa lama kemudian membuat operasi penggeledahan.

Malam itu, Mahmor dan rakan-rakannya terpaksa bermalam dengan mayat-mayat tersebut.

Esoknya, barulah mereka keluar dari kawasan operasi menggunakan helikopter.

Kejayaan anggota komando ini menewaskan musuh pada usia 25 tahun bukan sahaja membuktikan kehebatannya, tetapi turut melakar tiga sejarah penting kepada Regimen Gerak Khas (RGK).



Pertamanya, beliau menjadi anggota RGK yang pertama berjaya membunuh pengganas sejak rejimen itu ditubuhkan pada tahun 1965.

Keduanya, jumlah musuh yang dibunuh adalah yang teramai pernah dilakukan oleh seorang anggota komando dalam satu operasi dan rekod itu belum dipecahkan sehingga kini.

Di samping itu, anak keempat dari 12 orang adik-beradik ini turut memegang rekod berjaya membunuh tujuh musuh dalam tempoh yang singkat selain hanya memerlukan 85 butir peluru sahaja untuk berbuat demikian – satu kejayaan yang cukup membanggakan pasukan elit berkenaan.

Ekoran sifat keberanian serta kebolehannya itu, beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 5 Jun 1968.

Malah kisah beliau turut tercatat dalam buku ‘Demi Negara’ tulisan bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Kerana kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas juga, Mahmor akhirnya berjaya menjawat pangkat Pegawai Waran II setelah berkhidmat selama 21 tahun dalam RGK.
Temubual bersama Pegawai Waren Bersara, Mahmor Said pada Majlis Perjumpaan bekas komando siri pertama iaitu Malaysia Special Service Unit di Kampung Tunku, Petaling jaya, Selangor foto AFFAN FAUZI” Kita dilatih untuk memusnahkan musuh, jadi istilah takut itu tak timbul. Alhamdulillah, lepas peristiwa itu tak adalah orang kata kena badi ke apa ke. Cuma saya ada langkah dan sepak sedikit mayat komunis tu, kata orang untuk elak badi, sambil berkata kau ni menyusahkan orang sahaja,” katanya sambil tersenyum. – Malaysia Gazette

LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tujuh-komunis-mati-bergelimpangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Residivis Begal Motor Asal Lampung Ditembak Mati Polisi

Residivis Begal Motor Asal Lampung Ditembak Mati Polisi

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 473 hits
Empat tersangka ini merupakan kelompok residivis pencurian kendaraan motor asal Lampung Tercatat mereka sudah sebanyak 10 kali melakukan aksi pencurian sepeda motor di wilayah DKI Jakarta
Gempar Seorang Lelaki Cuba Rampas Pesawat Berjaya Ditembak Mati Komando

Gempar Seorang Lelaki Cuba Rampas Pesawat Berjaya Ditembak Mati Komando

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 361 hits
Semalam digemparkan dengan cubaan seorang lelaki yang mencuba untuk merampas pesawat penerbangan ke Dubai Walaubagaimanapun dilaporkan cubaan lelaki terbabit berjaya digagalkan dan telah ditembak mati komando Bangladesh Suspek merupakan seo...
Bnn Tembak Mati Bandar Sabu Jaringan Malaysia Aceh

Bnn Tembak Mati Bandar Sabu Jaringan Malaysia Aceh

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 367 hits
Badan Narkotika Nasional menggagalkan upaya penyelundupan narkotika jenis sabu jaringan Malaysia Aceh Dari operasi tersebut satu bandar tewas ditembak
Lirik Setengah Mati Merindu Judika

Lirik Setengah Mati Merindu Judika

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 437 hits
Aloha Apa khabar korang Baik Sihat Harap harap semua sihat belaka Oraits Minggu ni Jess sibuk sangat dengan aktiviti aktiviti kat kampus Jess Macam2 aktiviti lah Minggu lepas Karnival I Fest baru habis Minggu ni Jess sibuk dengan Minggu Tek...
Kenapa Pahlawan Mat Kilau Terpaksa Berpura Pura Mati Ini Jawapannya

Kenapa Pahlawan Mat Kilau Terpaksa Berpura Pura Mati Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 852 hits
Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani semasa pelariannya dengan nama Mat Siam Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau ma ti kepa...
Sering Tembak Mati Warga Pendatang Opm Kaum Rambut Lurus Musuh Kami Mereka Polisi Yang Menyamar

Sering Tembak Mati Warga Pendatang Opm Kaum Rambut Lurus Musuh Kami Mereka Polisi Yang Menyamar

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 312 hits
Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat Organisasi Papua Merdeka mengeluarkan ultimatum kepada warga sipil non Papua agar meninggalkan wilayah Kabupaten Nduga per tanggal 23 Februari 2019 Ultimatum tersebut disampaikan pentolan TPNPB OPM Eg...
Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan Sementara Dia Pergi Berparti Selama Seminggu Dengan Rakannya

Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan Sementara Dia Pergi Berparti Selama Seminggu Dengan Rakannya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 324 hits
Polis menahan seorang wanita berusia 21 selepas menghadiri parti selama seminggu bersama rakannya sehingga menyebabkan anak perempuan berusia tiga tahun mati kelaparan lapor Daily Mail nbsp Maria Plenkina meninggalkan anaknya bersendirian d...
Kisah Pilu Para Korban Brenton Tarrant Sebelum Ditembak Malah Ucapkan Halo Saudaraku

Kisah Pilu Para Korban Brenton Tarrant Sebelum Ditembak Malah Ucapkan Halo Saudaraku

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 429 hits
Tragedi penembakan brutal di dua masjid di Selandia Baru Jumat masih menyisakan duka bagi publik dunia Brenton Tarrant seorang pria kulit putih asal Australia secara biadab menembaki jamaah Salat Jumat di masjid Sebanyak 49 orang meninggal ...
Tanda Indahnya Islam Lelaki Sapa Hello Brother Kepada Pengganas Sebelum Ditembak

Tanda Indahnya Islam Lelaki Sapa Hello Brother Kepada Pengganas Sebelum Ditembak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 355 hits
Tragedi hitam yang menimpa umat Islam ketika solat Jumaat di Masjid Christchurch semalam telah memberi tamparan hebat buat New Zealand yang selama ini dikenali sebagai antara negara paling selamat di dunia Namun di sebalik tragedi berdarah ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip