Tujuh Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah Selain Daripada Diabetis


Tujuh Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah selain daripada Diabetis! || Siapa pernah? Nona pernahhhh! Tangan menggeletar dan menggigil. Rasa pelik dengan keadaan tu sebab time tu, dah beberapa minggu berdiet. So ada portion yang dikurangkan dalam pengambilan makanan. Dalam kepala otak ingatkan darah tinggi dah sampai. Tapi rupa-rupanya darah rendah weh! Seumur hidup, tidak pernah mengalami masalah darah rendah. Since diet tu baru jadi.
Haaa..ini maknanya, aku mengalami situasi dalam point nombor tujuh tu haaa... Jom Nona share kenapa takda sakit diabetis pun tetap mengalami gejala ini?
Keadaan diabetes kadangkala boleh menyebabkan hipoglisemia atau paras gula darah menjadi terlalu rendah. Namun, ada juga ketikanya di mana seseorang itu boleh mengalami gula darah rendah tanpa diabetes.
Apakah punca yang menyebabkan hipoglisemia selain penyakit diabetes?
Hipoglisemia: Keadaan gula darah rendah dalam badanSecara umumnya, hipoglisemia ialah satu keadaan yang berlaku apabila paras gula darah dalam badan menjadi terlalu rendah. Biasanya ia disebut sebagai hypo.
Keadaan gula darah rendah ini sering dikaitkan dengan penghidap kencing manis atau diabetes.
Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa keadaan hipoglisemia ini sebenarnya boleh juga berlaku dalam kalangan individu yang tidak menghidap diabetes.
Bagi penghidap diabetes, gula darah rendah atau hipoglisemia ini boleh berlaku sekiranya tubuh badan menghasilkan terlalu banyak insulin.
Insulin merupakan sejenis hormon yang memproses gula untuk digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga.
Seseorang penghidap diabetes juga boleh mendapat hipoglisemia sekiranya dia mengambil terlalu banyak suntikan insulin.
Namun, jika anda bukanlah penghidap diabetes, hipoglisemia boleh berlaku sekiranya badan anda tidak dapat menstabilkan paras gula darah.
Ia juga boleh berlaku selepas anda makan sekiranya tubuh badan anda menghasilkan terlalu banyak insulin.
Hipoglisemia dalam kalangan bukan penghidap diabetes agak kurang berlaku berbanding daripada mereka yang menghidap diabetes.

Simptom atau tanda hipoglisemia

Setiap individu mungkin akan mengalami reaksi atau tindak balas yang berbeza jika gula darah mereka jatuh.
Namun, simptom atau tanda-tanda keadaan hipoglisemia yang biasa berlaku ialah:
Sakit kepalaBerasa keliruBerasa peningBerasa terlalu laparBerpeluhBadan jadi menggeletarPenglihatan mula menjadi kaburTidak mampu untuk fokus atau memberikan tumpuanPerubahan mood atau emosiNamun, anda juga mungkin boleh mengalami hipoglisemia tanpa sebarang simptom.
Keadaan ini dikenali sebagai ketidaksedaran hipoglisemia (hypoglicemia unawareness).
7 keadaan yang boleh sebabkan gula darah rendahSelain penyakit diabetes, terdapat tujuh penyakit atau keadaan yang boleh menyebabkan paras gula darah menjadi terlalu rendah.
Tujuh keadaan penyebab hipoglisemia ini ialah seperti berikut:
#1. Kesan ubat-ubatan tertentu
Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan pesakit diabetes lain, ia sememangnya boleh menyebabkan hipoglisemia.
Selain itu, gula darah rendah juga boleh berlaku disebabkan ubat-ubatan penyakit malaria, sesetengah jenis antibiotik dan juga ubat-ubatan penyakit pneumonia.
Sesetengah kelompok individu turut mempunyai risiko peningkatan hipoglisemia yang disebabkan oleh ubat-ubatan, antaranya ialah kanak-kanak dan individu yang mengalami kegagalan buah pinggang.
#2. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol
Glukagon akan mengarahkan hati untuk menguraikan tenaga yang tersimpan. Hati kemudiannya akan melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah untuk menormalkan paras gula darah. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol boleh mengganggu fungsi hati.
Hati berkemungkinan tidak lagi dapat melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah, yang akhirnya boleh menyebabkan hipoglisemia.
#3. Penyakit hepatitis
Hepatitis ialah satu keadaan keradangan yang menjejaskan organ hati.
Jika anda menghidap hepatitis, ia boleh menghalang organ hati daripada berfungsi seperti yang sepatutnya.
Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan atau melepaskan glukosa yang cukup, ini boleh menyebabkan masalah yang berkaitan dengan kadar gula darah dan mencetuskan hipoglisemia.
#4. Gangguan kelenjar pituitari atau adrenal
Masalah atau gangguan yang berlaku pada kelenjar pituitari atau kelenjar adrenal juga boleh menyebabkan hipoglisemia.

Ini kerana bahagian tubuh ini boleh mempengaruhi hormon yang mengawal pengeluaran glukosa.
#5. Masalah buah pinggang

Sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka, ubat-ubatan yang diambil akan kekal berkumpul dalam aliran darah.
Sekiranya keadaan ini berlaku, ia dapat mengubah paras gula dalam darah dan menyebabkan gangguan hipoglisemia.
#6. Tumor pankreas
Tumor pankreas amat jarang berlaku, namun ia juga boleh menjadi antara punca gula darah rendah atau hipoglisemia.
Tumor di pankreas boleh menyebabkan pankreas menghasilkan terlalu banyak insulin.
Sekiranya tahap insulin menjadi terlalu tinggi, paras gula darah juga akan jatuh secara mendadak. Ini kemudiannya akan menyebabkan hipoglisemia.
#7. Anoreksia
Individu yang mempunyai gangguan pemakanan seperti anoreksia ini biasanya tidak makan dengan mencukupi.
Oleh itu, badan tidak menerima sumber makanan secukupnya untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.
Kesannya, paras gula darah juga akan menjadi terlalu rendah.
KesimpulanJika anda ada mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan anda.
Ini untuk menentukan sama ada anda mengalami hipoglisemia atau tidak.

Walaupun anda bukanlah penghidap diabetes, anda juga masih berisiko untuk mengalami hipoglisemia yang mungkin berpunca daripada tujuh sebab yang dinyatakan di atas.






Sumber: Hello Doktor
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/09/tujuh-keadaan-ini-juga-boleh-sebabkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sagu Gula Melaka 1 Adunan 2 Versi Boleh Makan Dengan Sos Kastard Atau Kelapa Parut

Sagu Gula Melaka 1 Adunan 2 Versi Boleh Makan Dengan Sos Kastard Atau Kelapa Parut

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 265 hits
Sagu gula Melaka antara makanan tradisi kegemaran ramai Lebih sedap jika dimakan sejuk sejuk Memang nikmat Jom cuba resipi sagu gula Melaka dua versi dengan hanya menggunakan satu adunan Sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi Nak makan dengan so...
Degil Bosan Atau Memang Sudah Tidak Boleh Tahan Lagi

Degil Bosan Atau Memang Sudah Tidak Boleh Tahan Lagi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 459 hits
DEGIL BOSAN ATAU MEMANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN LAGI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Tajuk macam marah sungguh la Nampak tak puas hatinya Garang Maaflah kalau nampak kasar juga Rasa yang bercampur...
Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari Allah Boleh dikatakan rata rata rakyat Malaysia dan dunia masih lagi dalam kebimbangan terhadap pandemik Covid 19 dan hampir lupa akan masalah kesihatan lain yang sebenarny...
Fun Fact Tentang Anemia Ternyata Bukan Darah Rendah

Fun Fact Tentang Anemia Ternyata Bukan Darah Rendah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 203 hits
Anemia ternyata berbeda dengan darah rendah Iya kalian nggak salah baca kok Setelah aku cari cari di internet tentang perbedaan anemia Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Berkuatkuasa 4 Oktober Suami Atau Waris Terdekat Boleh Masuk Teman Ibu Bersalin

Berkuatkuasa 4 Oktober Suami Atau Waris Terdekat Boleh Masuk Teman Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 242 hits
Pastinya ibu yang sedang hamil dan menunggu hari bersalin bersyukur kerajaan telah membenarkan suami atau waris terdekat menemani ketika proses kelahiran Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah keputusan ...
Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 268 hits
Bila anak dah masuk 6 bulan dah boleh mula makan mama papa tentu excited kan Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba tapi ingat ya Jangan tambahkan garam gula dalam makanan bayi Tapi kenapa Ikuti perkongsian ini KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI ...
Mana Kementerian Kepenggunaan Tak Mampu Atau Tak Boleh Buat Kerja

Mana Kementerian Kepenggunaan Tak Mampu Atau Tak Boleh Buat Kerja

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 181 hits
HAMZAH RIE NA Dah baru nak delete kedua dua posting tu Sebelum post tak boleh fikir ke sensitiviti rakyat yang dalam kesusahan Suruh support pasar raya besar Kat ceruk pedalaman kampung tu ada pasar raya ka Kalau beginilah sikap lepas tanga...
Betul Atau Tidak Air Mata Tidak Boleh Jatuh Sedikit Pun Ke Muka Jenazah

Betul Atau Tidak Air Mata Tidak Boleh Jatuh Sedikit Pun Ke Muka Jenazah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 373 hits
Setelah mak ayah mati mestilah kita nak cium jenazah arwah mak ayah Betul atau tidak air mata tidak boleh jatuh sedikit pun ke muka jenazah sebab apa Ada orang kata kita cium jenazah mak ayah kita air mata tak boleh jatuh atas mayat Dia tan...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu