Tujuh Bintang Tiktok Terkaya
Ketika Presiden Donald Trump mahu mengharamkan TikTok di Amerika Syarikat (AS), tujuh anak muda ini mendapat pengiktirafan Forbes sebagai media sosial itu dengan pendapatan tertinggi tahun lalu.
Berdasarkan portal Forbes, remaja berusia 19 tahun Addison Rae Easterling yang memiliki 54.1 juta pengikut menduduki tempat teratas kerana meraih pendapatan AS$5 juta (RM20.99 juta).
Setahun lalu, remaja hanya menggunakan platform itu berjinak-jinak dalam bidang koreografi sebelum dia memuat naik kandungan tajaan untuk kedai pakaian wanita atas talian, Fashion Nova sebelum menjual barangan jenama sendiri dan jenama lain seperti Reebok dan Daniel Wellington.
Pada Julai lalu, dia menjadi jurucakap utama global untuk American Eagle, yang memberikannya peluang muncul di iklan televisyen dan media cetak untuk syarikat pakaian remaja sebelum tampil dengan podcast di Spotify dengan ibunya, Sheri Nicole.
Charli D'Amelio yang meraih pendapatan AS$4 juta (RM16.79 juta) pula mencipta nama di arena ini menerusi siri video tarian pada Jun tahun lalu sebelum penyanyi Bebe Rexha menjemputnya menari di konsert Jonas Brothers di Barclay Center, Brooklyn.
Dia menjadi tetamu jemputan dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon dan menghabiskan masa di Minggu Fesyen Paris untuk Prada sebelum ditawarkan perjanjian penajaan dengan syarikat seperti EOS Cosmetics selain muncul dalam iklan Super Bowl untuk Sabra Hummus.
Dixie D'Amelio pula mampu meraih pendapatan AS$2.9 juta (RM12.17 juta) hasil kemunculan bersama dengan kakaknya, Charli di platform itu.
Gandingan dua beradik ini menarik perhatian syarikat pakaian Hollister dan kosmetik, Morphe yang kemudian menggunakan wajah mereka.
Pada Jun, Dixie yang ada 32 juta pengikut mengeluarkan album solo pertama Be Happy yang meraih 58 juta penstriman dan ketika pelancarannya menjadi video pertama trending di YouTube walaupun video muzik, Kanye West-Travis Scott keluar pada hari sama.
Loren Gray, AS$2.6 juta (RM10.91 juta) mengikat kontrak dengan Virgin Records dan sejak itu mengeluarkan lapan album solo.
Dia bertuah kerana dibantu peminat sehingga mampu mengikat kontrak dengan syarikat jenama terkemuka seperti Skechers, Hyundai dan Burger King dan kini memfokuskan untuk bekerjasama dengan Revlon.
Anak muda ini, Josh Richards meraih pendapatan AS$1.5 juta (RM6.3 juta) menerusi kontrak dengan Reebok, HouseParty, pendapatan iklan di YouTube selain pembikinan lagu baharu bersama Warner Records.
Sementara itu, Michael Le pula mampu meraih pendapatan AS$1.2 juta (RM5.04 juta) dengan memanfaatkan sepenuhnya platform itu termasuk kontrak bersama minuman bertenaga, Bang.
Dua video dihasilkannya awal tahun ini memaparkan dia menari ketika eskalator turun bersama seorang adiknya, Jonathan berusia lima tahun.
Spencer X yang meraih AS$1.2 juta (RM5.04 juta) menghabiskan masa kecilnya dengan mempelajari klip YouTube, beatbox untuk menjadi seorang selebriti beatboxer.
Mula berjinak-jinak dengan TikTok pada Februari lalu sebelum memanfaatkan 10 juta pengikutnya di platform itu kepada kerjaya sebenar sebelum dilamar untuk Uno, Oreo and Sony.
Follow Tiktok: https://www.tiktok.com/@buletinmalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://artismeletop.blogspot.com/2020/08/tujuh-bintang-tiktok-terkaya.html