Melihat gambar ini sudah dapat mengambarkan perasaan kosong, hambar dan ingin bersendiri
Gambaran sekeping hati yang sunyi.Teringat saya perkongsian ustaz Ebit Liew, katanya jika kita ada Allah, kita ada segalanya...Allahuakbar
Alam kelihatannya begitu sunyi jika kita sedang bersedih kan.Allah selalu ingatkan kita, Dia tidak pernah menzalimi diri hambaNya, melainkan kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri-
Perjalanan kita mungkin tidak sejauh ini jika kita bersendirian, tetapi bila Allah takdirkan perjalanan dan langkah kita tidak berakhir dengan gembira, pasti Allah juga sudah sediakan yang terbaik untuk kita lalui perjalanan itu
Allah meminjamkan kita masa.Masa yang kita isi menjadi moment dan kenangan.Apa sahaja moment yang kita lalui, suka atau duka, ia tetap hal yang sudah berlalu, yang tak dapat kita ulangi untuk kenangan yang sama.Ia hanya akan menjadi pengajaran untuk kita cipta moment yang lebih baik
Allah tidak akan biarkan kita tanggung kesukaran, kesedihan atau kesakitan jika kita tidak kuat menghadapinya.Semuanya Dia sudah atur, tinggal kita tabah dan sabar untuk melaluinya sahaja.Pasti ada sinar bahagia menanti dilaluan berliku ini-|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |