Tudung Yang Selalu Menjadikan Mood Perempuan Swing Swing
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati. lagi sedih bila lelaki yang akan kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.
Tapi, jangan risau. CCL nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.
1. Tudung konyokDah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.Lepas tu mula cakap perempuan ni siap,berjam-jam . Heheh .
2. Susah nak bentukMasalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!.Korang pernah alami tak ? Semestinya pernah bukan termasuklah CCL juga. Tapi sekarang rata-rata ada jual "spray pengeras tudung" function dia untuk awning terbentuk dengan elok .
3. Tudung comotPaling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyak. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa! . Kalau warna tudung tu sedikit gelap CCL tak kisahlah . Sebab takde nak nampak sangat kesan tepercik kuah laksa,mee kari bagai tue . Yang kisahnya kalau pakai tudung warna-warna nude . Alahaiiii ...
4. Tudung bau asapKeluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni? Sakit hatikan..So CCL nak tanya ada tak yang jual tudung anti asap .hahaha .
5. Kain tudung licinMaterial licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, CCL tetap cuba.tapi koleksi tusung jenis sarin ni tak berapa banyak CCL ada . Tak sampai 5 helai pun .Cuma tu la, bila pakai tudung satin ni sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, time suap makan ke mulut tudung mula kedepan . Alahaiii stresss uols . hmm boleh bikin mood swing jugak tu.
So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini puncanya .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2019/07/tudung-yang-selalu-menjadikan-mood.html