Tuduhan Terhadap Muhyiddin Macam Mi Segera Hadi Awang


agendaily.com12/03/2023
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran PN di Dewan Dato' Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur, malam tadi (11 Mac 2023). - Gambar Agenda Daily
Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), termasuk pihak berkuasa, dinasihatkan supaya menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum mengheret seseorang itu ke mahkamah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Islam melarang tindakan mendakwa seseorang di mahkamah dengan mudah, sebaliknya ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.

“Dalam Islam tak boleh diheret ke mahkamah, mudah-mudah begitu. Ada proses kehakiman yang betul. Bukan secara segera macam mi segera… buat begitu sahaja.

“Dia pakai kenyataan media… heret orang ke mahkamah… mudah-mudah… rakyat dikelirukan oleh media,” katanya dipercayai merujuk kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang secara tiba-tiba sahaja didakwa di mahkamah atas pertuduhan kononnya menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran PN di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur, malam tadi (11 Mac 2023).

Ini adalah kali pertama Abdul Hadi mengulas mengenai pertuduhan terpilih bermotifkan politik yang dikenakan terhadap Muhyiddin.

“Orang yang benar dianggap bohong. Pembohong dianggap benar, orang yang amanah dianggap pengkhianat… pengkhianat dianggap amanah. Orang yang bebal mendabik dada bercakap perkara-perkara yang besar,” kata Abdul Hadi lagi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata keadaan sekarang sudah jadi terbalik apabila orang yang tidak tahu agama mula bercakap benda yang besar.

“Masa bentang bajet baru-baru dibaca ayat Nabi Yusof… Nabi Yusof kata jadikan saya penjaga khazanah Mesir. Saya seorang yang mahir yang amanah. Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baca ayat ini.

“Ayat yang sama dibaca tahun 90-an dulu… saya masih ingat lagi masa dia menjadi Menteri Kewangan… ayat yang sama… Syok sendiri. Anggap aje macam Nabi Yusof. Nabi Yusof siapa yang lantik? Tuhan lantik. Dia siapa lantik? Rakyat Tambun lantik dia… tu pun hampir-hampir nak kalah,” kata Abdul Hadi.

Beliau menegaskan bahawa jika seseorang itu meminta untuk duduk di atas maka Tuhan akan membebankan mereka.

Pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata negara sedang menyaksikan berlakunya kezaliman yang wajib dicegah bagi menyelamatkan negara.

Beliau mengingatkan bahawa bencana akan menimpa bukan sahaja terhadap orang yang zalim itu, tetapi juga mereka yang baik, tetapi berdiam diri.

“Kalau kita tidak bertindak bencana akan menimpa semua. Bukan sahaja mereka yang zalim, termasuk mereka yang baik yang mendiamkan diri. Berlakunya perkara ini berpunca daripada berlaku tahun-tahun yang menggoda dan menipu manusia.

“Ini keadaan yang berlaku di negara kita… walaupun sudah berlaku ada jalan untuk buat perubahan. Tak lama lagi pilihan raya negeri akan diadakan.

“Kelantan, Terengganu, Kedah. Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang. Ubah kerajaan beri Perikatan Nasional untuk ambil alih negeri-negeri ini. Insya-Allah kita akan buktikan apa yang kita nak buat? Kita tak takbur dan bahawa Allah Taala tidak sia-siakan orang yang dizalimi.

“Doa orang yang kena zalim tak ada dinding dengan Allah. Disebutlah hadis yang lain walaupun orang kena zalim itu orang bukan Islam. Tuhan terima doa dia. Tuhan tolong dia… ini bahayanya zalim ini,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/tuduhan-terhadap-muhyiddin-macam-mi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beria Ia Mahu Jatuhkan Kerajaan Adakah Hadi Awang Sedang Cuba Menonjolkan Dirinya Sebagai Calon Pm

Beria Ia Mahu Jatuhkan Kerajaan Adakah Hadi Awang Sedang Cuba Menonjolkan Dirinya Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 115 hits
BAGI AKU TAK ADA KOT YANG YAKIN KECUALI WALAUNWalaupun semua orang tahu penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim sekarang adalah atas titah Yang Dipertuan Agong namun Presiden Pas Hadi Awang tetap bernafsu besar mahu me...
Gelaran Tan Sri Abdul Hadi Awang Bakal Ditarik Balik

Gelaran Tan Sri Abdul Hadi Awang Bakal Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 150 hits
Gelaran Tan Sri Abdul Hadi Awang Bakal Ditarik Balik Pemuda Amanah memohon pertimbangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah supaya menarik semula gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepada Presiden PA...
Untuk Hadi Awang Yang Tak Mahu Move On Siap Nak Bubar Pas Aku Dah Letak Countdown Pas Dibubarkan

Untuk Hadi Awang Yang Tak Mahu Move On Siap Nak Bubar Pas Aku Dah Letak Countdown Pas Dibubarkan

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 121 hits
Serius wei Makin lama makin suka lak aku kat MB Selangor ni Dia cakap ada style Harap dia istiqamah bersama PH Jangan ikut jejak langkah Azmin dah le Ayat paling best kamu yang tidak kenapa kamu yang koyak Hahaha Terbaik MB Guane boh
Penubuhan Perbadanan Kelantan Utara Satu Cadangan Bernas

Two Custom Vyatka Scooters Fresh From The Butcher S Block

Hans Isaac Perlu Letak Jawatan

Jdt Juara Piala Malaysia 2023

Senarai Terkini Pakej Harga Kereta Sewa Murah Kuala Terengganu

Kongsi Foto Fitting Baju Syafiq Kyle Amp Mimi Lana Bagi Hint Akan Berkahwin Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama

Tular Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan

Dividen Asb 2023 Tarikh Agihan Kadar Bonus Semakan



5 Perkataan Biasa Yang Sebenarnya Mewakili Jenama Produk

Kenapa Lelaki Ramai Jadi Botak Berbanding Wanita

Info Penuh Peserta Juri Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 2024 Musim 4

10 Fakta Biodata Amir Ahnaf Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah Astro Ria Gandingan Anna Jobling

Memahami Ungkapan Holier Than Thou Dari Aspek Bahasa


Diperpusip Kubu Raya Undang Forum Tbm Temu Silaturahim Perdana

Panduan Lengkap Pengeluaran Sdy Cara Mengetahui Angka Keluaran Togel Sdy

Pakistan Afghanistan Kecam As Guna Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata Di Gaza

Jeritan Meminta Tolong Ketika Maghrib

Umno Confirms Isham Sacked From Party

Saya Rasa Tak Sepatutnya Rasa Serba Salah Makcik Kemboja Menangis Mohon Maaf Pada Anak Lelaki