Tuduhan Kwsp Rugi Urus Niaga Saham Mahb Tak Berasas Pm Anwar


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjualan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai KWSP oleh Jabatan Ekuiti pada 2023 di Bursa Malaysia adalah dagangan aktif KWSP. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tuduhan mengatakan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sebagai tidak berasas.
Perdana Menteri berkata, tuduhan itu juga jelas ditolak KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Februari lalu, di mana mencatat keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan merekodkan jumlah pendapatan pelaburan bersih RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023.
“KWSP juga mengisytiharkan dividen 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah.

“Secara keseluruhan, sejak 2014 jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai nilai RM650 juta,” katanya melalui jawapan bertulis disiarkan melalui laman web Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai rasional yang mendorong KWSP menjual 163.36 juta sahamnya pada harga RM6 sesaham dan kemudian membeli semula pada harga lebih tinggi iaitu RM11.
Tambah Perdana Menteri, penjualan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai KWSP oleh Jabatan Ekuiti pada 2023 di Bursa Malaysia adalah dagangan aktif KWSP untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dan menjana pendapatan pelaburan jangka pendek.
Prestasi lebih baik pada suku ketiga 2024 dijangka memberi khabar gembira kepada para pencarum KWSP bagi 2024 yang dijangka diumumkan awal Mac ini.“Saham MAHB dijual pada harga antara RM6.70 sen seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.
“Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi ini,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan tahun ini adalah dua pelaburan berbeza iaitu dari segi matlamat pelaburannya serta dari segi jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan berkenaan.
Beliau berkata, tawaran sukarela oleh Konsortium yang dianggotai KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham merupakan pelaburan baharu jangka panjang KWSP.
“Penglibatan KWSP kali ini mengambil kira aspek penciptaan nilai tambah yang lebih strategik atau ‘value creation’ dan strategi baharu, serta pelaksanaan pelan pemulihan dan penambahbaikan MAHB yang akan memastikan MAHB berada landasan yang tepat untuk disenaraikan semula pada harga lebih tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan tahun ini adalah dua pelaburan berbeza. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Ini hanya boleh dikecapi melalui transformasi operasi MAHB. Sejurus penyahsenaraian ini selesai, Konsortium akan memberi sepenuh perhatian untuk meningkatkan infrastruktur, ketersambungan serta pengalaman penumpang.
“Mungkin secara kasarnya, perkara ini seperti tidak memainkan peranan penting kepada pemulihan MAHB, tetapi sebenarnya perubahan inilah yang menjadi asas kepada transformasi strategik MAHB,” katanya.
Dalam meningkatkan pelaburan dan menambah baik pengalaman penumpang, rakyat dan pelancong, Perdana Menteri berkata usaha tidak hanya tertumpu kepada lapangan terbang antarabangsa utama seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, tetapi akan turut dilaksanakan penambahbaikan di lapangan terbang lain antaranya di Tawau, Kota Bharu dan Ipoh.
KWSP amal tadbir urus tegas
“Sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP.

“KWSP mengamalkan proses tadbir urus tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai ‘Chinese wall’ yang merupakan amalan piawaian standard di kalangan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) dan institusi kewangan.
“Di bawah protokol perintang maklumat, Jabatan Pelaburan Strategik yang bertanggungjawab ke atas VGO MAHB ini dilarang sama sekali berkongsi maklumat sensitif dan bukan umum kepada Jabatan Ekuiti.
“Protokol ini memastikan pemisahan maklumat agar tidak berlaku sebarang percanggahan kepentingan yang boleh membawa risiko berlakunya ‘insider trading’ yang merupakan kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya.
Tegas Perdana Menteri, protokol perintang maklumat tidak sewajarnya diperlekehkan kerana ia langkah kawalan penting sebagai pertahanan terhadap ‘insider trading’ seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 190 CMSA.
Kesalahan ‘insider trading’ satu kesalahan jenayah yang jika disabitkan boleh membawa kepada hukuman mandatori penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

“Sekiranya KWSP menggunakan maklumat dalaman untuk membuat dagangan saham, ini boleh merosakkan integriti dan keadilan pasaran saham di Malaysia memandangkan penyertaan KWSP adalah sebanyak 38 peratus daripada keseluruhan pasaran ekuiti tersenarai domestik.
“Kawalan dalaman ketat yang diwujudkan dan dipraktikkan dengan penuh integriti oleh KWSP inilah yang menyumbang kepada keteguhan KWSP sebagai sebuah institusi pelaburan yang disegani sepanjang hampir 75 tahun penubuhannya.
“Sebagai institusi pelabur terbesar di Malaysia, KWSP mengambil berat peranannya dalam menyumbang kepada kestabilan pasaran kewangan. Apa-apa tindakan tidak wajar oleh KWSP bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan KWSP, malah boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan negara,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/tuduhan-kwsp-rugi-urus-niaga-saham-mahb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 205 hits
9 anak syarikat KWSP rugi 3 tahun berturut24 Feb 2025KWSP menjadi pemegang saham tunggal lapan syarikat subsidiari dengan satu daripadanya baharu ditubuh pada 2021 dan masih belum jana pendapatan mencukupi PETALING JAYA Sembilan syarikat su...
Metrologi Jaminan Kejujuran Dalam Urus Niaga Keselamatan Dan Hak Pengguna

Metrologi Jaminan Kejujuran Dalam Urus Niaga Keselamatan Dan Hak Pengguna

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 125 hits
Penulis Tc Ahmad Hidzir Bin Abdul Salam Pengurus Kanan Operasi di De Metrologi Sdn Bhd Saban hari boleh dikatakan kita berurusan dan terlibat dengan aktiviti sukatan timbangan dan ukuran tanpa disedari Sebagai contoh kita mengisi minyak ker...
Tergamak Betul Pmx Degree Sastera Saja Tak Layak Urus Kwsp Ir Ts

Tergamak Betul Pmx Degree Sastera Saja Tak Layak Urus Kwsp Ir Ts

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 127 hits
Seorang pemimpin Pas yang aktif di media sosial dilihat tergamak menempelak graduan universiti bidang sastera ketika mengkritik apa yang dianggapnya campur tangan Perdana Menteri dalam menentukan hala tuju pelaburan Kumpulan Wang Simpanan P...
Mana Ada Rugi Dalam Kwsp

Mana Ada Rugi Dalam Kwsp

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 141 hits
NAZRI HAMDANDari awal keluar isu KWSP ni saya dah cakap tak ada isu rugi kat sini Yang cakap rugi ialah seorang ketua dari parti politik yang dah tak relevan lagi Di parlimen baru baru ni Menteri Kewangan II cakap KWSP untung RM 102 juta ha...
Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

Dividen Kwsp 6 3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 210 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 202...
Anwar Pledges Aid For Al Quds University Madrasahs In Jerusalem

Anwar Pledges Aid For Al Quds University Madrasahs In Jerusalem

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 211 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and others performing mahgrib prayers at the Putra Mosque in Putrajaya The prayers were led by Al Aqsa Mosque imam Sheikh Dr Ekrima Sa id Sabri BERNAMA picPUTRAJAYA Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibr...
Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal Miskin Tegar

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 172 hits
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pasir pada 23 Februari 2025 Foto Facebook Ahmad Farhan FauziPERMATANG PAUH 24 Feb Perdana Ment...
Pmqt Tak Timbul Isu Pemilik Asal Hartanah Diusir Secara Paksa Pm Anwar

Pmqt Tak Timbul Isu Pemilik Asal Hartanah Diusir Secara Paksa Pm Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 120 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025 Foto ParlimenKUALA LUMPUR 25 Feb Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul sama sekali isu pem...
Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 113 hits
Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi jam 7 10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025 Foto Pejabat Perdana Menteri HANOI 25 Feb Perdana Menteri Datuk Seri A...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa