Tuduhan Cuepacs 400 000 Penjawat Awam Tertekan Tidak Ada Asas Jpa


PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa terdapat kira-kira 400,000 penjawat awam mengalami tekanan sebagai data yang tidak mempunyai bukti berasas.
Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr Abdul Jalil Hassan berkata, data itu merupakan anggaran CUEPACS semata-mata berdasarkan kajian yang tidak melibatkan penjawat awam secara menyeluruh.

Tanpa menafikan terdapat penjawat awam yang tertekan, menurut beliau kajian CUEPACS itu adalah berdasarkan sampel mudah melalui libat urus dan pergaulan antara pelajar-pelajar universiti dan segelintir penjawat awam.

CUEPACS sebelum ini dilapor mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam mengalami tekanan emosi sehingga ada yang memiliki kad psikiatri, dengan punca utama masalah berkenaan ialah kos sara hidup serta tekanan kerja.

Abdul Jalil dalam taklimat media berhubung isu 400,000 penjawat awam tertekan di sini hari ini, berkata, definisi tekanan juga perlu difahami dengan jelas kerana ia terbahagi kepada dua kategori iaitu tekanan negatif dan tekanan positif.

"Tekanan negatif (distress) berlaku apabila sesuatu perkara yang dihajati tidak berlaku manakala tekanan positif (eustress) mampu meningkatkan perkhidmatan dan prestasi penyampaian kepada rakyat," katanya.
Ditanya jumlah sebenar penjawat awam mengalami masalah tekanan, Abdul Jalil berkata JPA tidak mempunyai data itu dan bercadang melakukan satu kajian untuk mengenal pasti jumlah sebenar.

Menurutnya, pihaknya dapat menangani tekanan dalam kalangan penjawat awam dengan baik melalui penyediaan pegawai psikologi di setiap kementerian, jabatan dan negeri.

Mengulas dakwaan CUEPACS terdapat penjawat awam yang memiliki kad psikiatri, Abdul Jalil berkata kad berkenaan adalah satu perkara peribadi di antara pesakit dan doktor, dan tidak didedahkan kepada pihak lain kecuali didedahkan sendiri oleh pemilik.

"Kad psikiatri itu sebenarnya bukan diberikan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah mental sebaliknya ia bagi memudahkan pemilik kad berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan bantuan," katanya. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/tuduhan-cuepacs-400000-penjawat-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Tertekan Ada Yang Miliki Kad Psikiatri Cuepacs

Penjawat Awam Tertekan Ada Yang Miliki Kad Psikiatri Cuepacs

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mendedahkan ada penjawat awam terlalu tertekan dengan kerja sehingga mengalami gangguan mental bahkan ada yang diberikan kad psikiatri Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda be...
Penjawat Awam Sedia Ada Tidak Akan Diberhentikan Jpa

Penjawat Awam Sedia Ada Tidak Akan Diberhentikan Jpa

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Jabatan Perkhidmatan Awam menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 hingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian penjawat awam atau pengisian sedia ada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Se...
Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam

Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1460 hits
Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam Jikalau anda merupakan salah seorang daripada 1 6 juta penjawat awam di Malaysia yang sedang mencari cari pelan medical card di malaysia boleh cuba cuepacs care medical card Deng...
400 Ribu Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi Kerana Kos Sara Hidup

400 Ribu Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi Kerana Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 531 hits
Lebih 400 000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30 peratus daripada warga sektor itu didapati mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri demikian dedah Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam...
Mengapa Integriti Penting Kepada Penjawat Awam

Mengapa Integriti Penting Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 454 hits
Mengapa Integriti Penting Kepada Penjawat Awam Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang kepentingan INTEGRITI ini kita perlu tahu apakah maksud integriti itu sendiri adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada indivi...
Gempar Penjawat Awam Bakal Kena Berhenti Ini Jawapannya Viralhancing

Gempar Penjawat Awam Bakal Kena Berhenti Ini Jawapannya Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 523 hits
TerkiniJabatan Perkhidmatan Awam dalam Proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1 62 juta kakitangan Awamsebelum PRU mereka janji begini2019 1 bermakna 16 200 orang a...
Penempatan Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikaji Semula Elak Pembaziran Pm

Penempatan Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikaji Semula Elak Pembaziran Pm

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 498 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengecilan saiz penjawat awam tidak bererti akan berlaku pengurangan peluang pekerjaan Beliau menegaskan Dasar Penswastaan yang dilaksanakan pada tahun 1983 me...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi

Oval House Jorgelina Tortorici Asociados Nicol S Lanza Argentina

Trump Threatens To Send Military To San Francisco

Will Madani Caning Students End School Violence