Tuduh Veveonah Menipu Abang Cabar Rahim Datang Ke Pitas



Wartawan MalaysiaGazette Veveonah Mosibin. Gambar Facebook KUALA LUMPUR – Abang Veveonah yang kecewa apabila Timbalan Menteri Kewangan 1, menuduhnya adiknya berbohong mencabar Datuk Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk turun padang melihat sendiri kemudahan di kampungnya di Pitas.
Mekvin Mosibin mendakwa Rahim bukan selalu ke Pitas untuk menjenguk rakyat di situ, lantaran itu tidak tahu kehidupan sebenar penduduk di sana.
Jelasnya, video tular yang dikongsikan oleh penutut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu hanya bertujuan untuk berkongsi kisah hidup bagaimana kesukarannya untuk belajar.
Mekvin menambah, adik dan keluarganya bukan meminta apa-apa, apatahlah memohon bantuan atau sumbangan. Bahkan minta kesian pun tidak.
Malah, Veveonah tidak tahu pun tindakannya itu menjadi isu besar.
”Di sini saya ingin memberi tahu bahawa Video yang Adik saya buat itu dan dimuat naik dalam youtube adalah untuk mengkongsikan suasana di kampung, kehidupan di kampung, cara anak muda yang susah untuk belajar macam mana dan belajar sesuatu yang benar dan berfaedah, Adik saya dan Family saya tidak cakap pun minta segala bantuan la,, sumbangan la minta kasian la,,, tidak,,, Tapi yang otak Politik dan Dengki itu ya,,, Mesti ada pada setiap manusia yang berkenaan,,, Tidak senang bila orang YB ka Timbalan Menteri ka,, atau pengikutnya tengok orang kampung yang dapat kejayaan,,, Haiii YB belum tentu kau boleh lawan Rakyat mu,,, Kerana Kuasa Mu ada di tangan Rakyat,,, Siapa rakyat,,, Rakyatlah yang menyokong mu jadi YB atau Timbalan Menteri.,,, Tetapi bila kau dah senang dan kayaraya,,, Kau dah lupa orang kampung yang masih memerlukan sesuatu,,,
”Ya YB dan Timbalan Menteri untuk Komunikasi dan Multimedia,,, Kerana urusan mu itu pilihkasih,,, Kalau kau YB,, turun padanglah,, masuk semua kampung pendalaman,,, Dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung,,, Baru kau tahu,,, bukan juga kau mau tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat,,, Kau YB,,, Tanggungjawab mu itu terlalu besar,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rahim mendakwa isu yang didakwa Veveonah adalah palsu dan menganggap pelajar terbabit hanya ‘membuat drama’ bagi mendapat perhatian.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara juga mendakwa perbuatan Vebeonah sekadar mahu meraih bilangan pengikut media sosialnya semata-mata.
Beliau berkata, hasil siasatan kementeriannya mendapati gadis itu tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.
Bagaimanapun selepas itu Zahidi mengakui dirinya mendapat maklumat tidak tepat dan meminta maaf kepada Veveonah.
Isu salah informasi mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet masih belum selesai.
Selepas beberapa hari memohon maaf, Zahidi sekali lagi mendedahkan bahawa maklumat yang diperolehinya itu diberikan oleh Rahim.
Dalam melahirkan isi hatinya, Mekvin berkata, video adiknya hanya berkongsikan tahap capaian Internet sahaja, belum lagi tentang bekalan air dan elektrik.
”Lai lai lai,,, mai mai mai … tapi jangan pilih kampung pula … mesti seluruh tempat kekuasan mu itu ,,, sampai lubang cacing kau datang turun padang… coba ambil pengalaman melayar internet di kampung pedalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri… Itu baru Internet belum lagi Bekalan air,, Bekalan elektrik,” ujarnya.
Katanya, Zainul sepatutnya menjadikan isu video adiknya untuk perbaiki rakyat dan bukan memperbesar dan menentangnya dengan mendakwa adiknya berbohong.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/tuduh-veveonah-menipu-abang-cabar-rahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mai Mai Mai Abang Veveonah Ajak Timb Menteri Tinjau Internet Pedalaman

Mai Mai Mai Abang Veveonah Ajak Timb Menteri Tinjau Internet Pedalaman

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 283 hits
Abang kepada Veveonah Mosibin mencabar dua timbalan menteri yang menuduh pelajar UMS itu berbohong demi meraih publisiti supaya berkunjung ke kampung Pitas untuk menyaksikan sendiri kemudahan yang ada di sana Pada hantaran Facebook lewat ma...
Warisan Janji Ubah Status Pitas Dan Bina Rumah Untuk Veveonah

Warisan Janji Ubah Status Pitas Dan Bina Rumah Untuk Veveonah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 361 hits
Parti Warisan akan membantu membina rumah sarang burung walit untuk membantu pelajar universiti Veveonah Mosibin sekiranya parti itu memenangi pilihan raya negeri yang akan datang Ini sehari selepas pelajar Universiti Malaysia Sabah itu men...
Syed Saddiq Kecam Rahim Walaupun Selepas Padam Catatan Berkait Veveonah

Syed Saddiq Kecam Rahim Walaupun Selepas Padam Catatan Berkait Veveonah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 376 hits
Beberapa ahli Parlimen membidas Ahli Parlimen Kudat Abdul Rahim Bakri atas catatan Facebooknya mendakwa pelajar Sabah Veveonah Mosibin memalsukan peperiksaan universiti atas talian yang sudah dipadamkannya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Sye...
Veveonah Tidak Menipu Ums Sahkan Pelajar Ada Exam Dalam Talian Pada Jun

Veveonah Tidak Menipu Ums Sahkan Pelajar Ada Exam Dalam Talian Pada Jun

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 454 hits
Malang bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang sebelum ini didakwa menipu dan tidak mengambil peperiksaan sebagaimana dipaparkan menerusi videonya di laman Youtube Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahid
Pkr Cabar Pn Kemukakan Bukti Pendaftaran Pertubuhan

Pkr Cabar Pn Kemukakan Bukti Pendaftaran Pertubuhan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 246 hits
KEADILAN mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan gabungan Perikatan Nasional telah didaftarkan sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah pada 12 September lalu Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri...
Blogger Wan Faudzin Cabar Mokhtar Senik Debat

Blogger Wan Faudzin Cabar Mokhtar Senik Debat

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 249 hits
MOKHTAR SENIK SUDAH MULA BERSUARA APABILA KESNYA DI DIAMKAN SAYA CABAR MOKHTAR SENIK BERDEBATSaya mulanya mahu menjawab persoalan yang beliau kemukakan di dalam FBnya secara terus di FBnya malangnya olamak bacul ini penakut Dia dah block sa...
Keadilan Cabar Muhyiddin Tunjuk Pn Sudah Didaftar

Keadilan Cabar Muhyiddin Tunjuk Pn Sudah Didaftar

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 338 hits
Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Saudara Syed Badlishah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ...
Pkr Cabar Tan Sri Muhyiddin Buktikan Status Pendaftaran Perikatan Nasional

Pkr Cabar Tan Sri Muhyiddin Buktikan Status Pendaftaran Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti pendaftaran Perikatan Nasional sudah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Penerangannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin b...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Kari Sardin Sedap

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Cikguku Paling Ohsem

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Locked Up In San Diego How Bail Bonds Get You Home Fast

Selamat Hari Guru

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Lukisan Asli Jauh Dari Pengaruh Ai Hasil Assignment Pelajar Tahun 1980 An Buat Netizen Kagum

Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam Berempah