Tuduh Umno Sabah Tidak Laku Abdul Latiff Diingatkan Jangan Biadab


 KHAIRULANUAR YAHAYA


ADUL LATIFF AHMAD Pemimpin dan ahli UMNO tidak dapat menerima kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dr. Abdul Latiff Ahmad bahawa UMNO sudah tidak lalu di Sabah.
Ketua Penerangan UMNO Shahrir Sufian Hamdan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bersatu itu sebagai cukup biadab, angkuh dan tidak mencerminkan realiti.
SHAHRIR HAMDANJelas Shahrir, kenyataan Ahli Parlimen Mersing dan bekas pemimpin UMNO itu tidak langsung membantu kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang masih baru dan belum sempurna.
“Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di Bersatu mahu memperkecil parti yang menang 54 kerusi di PRU14 termasuklah kerusi Mersing?
“Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di Bersatu tiada rasa segan silu setelah melompat meninggalkan kapal sewaktu susah, malah tidak langsung berterima kasih kepada jentera dan institusi yang memenangkan beliau di Mersing?” tanya Shahrir.
Dalam video yang viral di media sosial bekas Ketua Bahagian UMNO Mersing itu berkata, UMNO di Sabah tidak lagi laku dan ramai ahlinya yang telah menyertai Bersatu.
“Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu. Kalau tak nak tak payah masuk politik. Saya tak ada Facebook, Instagram, Twitter jadi orang tak boleh hentam saya. Kalau dia hentam saya pun saya tak tahu, sebab saya tak ada.
“Orang Sabah dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah. Biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO, UMNO sekarang ini tak laku lagilah. UMNO di Sabahlah. Itu realitinya. Kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu,” kata Abdul Latif dalam video itu.
Abdul Latif antara enam ahli Parlimen UMNO yang keluar daripada parti itu dan menyertai Bersatu pada 12 Februari tahun lalu selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Sementara itu, Shahrir berkata, UMNO telah banyak berkorban dan berjiwa besar setelah kejatuhan Pakatan Harapan.
“Tidak perlu disenarai disini tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik akan tahu bahawa UMNO memaparkan keikhlasan dan meletak ego ketepi demi kepentingan rakyat yang dianggap lebih besar dari kepentingan parti.
“Tetapi jangan uji kesabaran UMNO seolah-olah kami hanya penumpang yang boleh dicemuh sesedap rasa. Sebaliknya, PPBM perlu juga memaparkan keikhlasan yang sama,” kata Shahrir.
Ketua Penerangan UMNO itu berharap ada dalam kalangan pemimpin Bersatu yang boleh menegur Abdul Latif dan memperbetulkan keadaan.
Menurutnya, jika pimpinan Bersatu mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan isu itu berlalu tanpa tindakan maka UMNO tiada pilihan selain menganggap kenyataan Abdul Latif mewakili Bersatu dan bukan sekadar kesilapan besar seorang individu.
“Di saat itu, pimpinan Bersatu boleh congak sendiri apa potensi kesannya jangka pendek dan panjang.
“Kepada sahabat-sahabat UMNO Sabah, kita satu keluarga. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
“Percayalah bahawa UMNO di seluruh negara amat menghormati segala pengorbanan anda yang kekal istiqamah dalam perjuangan meskipun ramai lain yang memilih jalan lebih mudah. Teruskan usaha dan komitmen anda yang menjadi inspirasi kami di Semenanjung,” kata Shahrir.-SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/tuduh-umno-sabah-tidak-laku-abdul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Umno Sabah Tak Laku Dr Latiff Perlu Letakkan Jawatan

Dakwa Umno Sabah Tak Laku Dr Latiff Perlu Letakkan Jawatan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai sebuah parti yang tidak laku disifatkan sebagai satu penghinaan yang diungkapkan oleh seorang pengkhianat yang lari darip...
Umno Dah Tak Laku Atau Dr Abdul Latiff Yang Tak Malu

Umno Dah Tak Laku Atau Dr Abdul Latiff Yang Tak Malu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 329 hits
Bercakap dengan suara yang lantang dan berani memang sifat yang dituntut ke atas seorang pemimpin atau ahli politik Kerana keberanian bersuara dengan lantang akan menggambarkan kualiti kepada prinsip perjuangan seseorang pemimpin atau ahli ...
Mulut Celupar Umno Tak Laku Di Sabah

Mulut Celupar Umno Tak Laku Di Sabah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 459 hits
DALAM P N SEKARANG INI RAMAI YANG TERKENA RASUK MEREKA SEOLAH OLAH BEKERJA SEBAGAI AGEN MUSUH HARAP P N TUMBANG CEPAT INI GARA GARA LIDAH TAK BERTULANG CAKAP MACAM SIAL DIA BAGI BOLA TANGGUNG BAGI P H SMASHHHH HMMM AMBIL KAUUU Tak laku di S...
Umno Tak Laku Jual Jangan Tak Jual

Umno Tak Laku Jual Jangan Tak Jual

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 571 hits
Kecoh bila Dr Latiff Ahmad kata UMNO sudah tak laku Dr Latiff ni dulunya menang bertanding sebagai MP Mersing atas tiket UMNO BN Bila BN kalah PRU 14 dia jadi katak Ramai yang menjerit suruh Dr Latiff letak jawatan menteri dalam kerajaan PN...
Selepas Di Kecam Latiff Ahmad Mohon Maaf Kata Umno Tak Laku

Selepas Di Kecam Latiff Ahmad Mohon Maaf Kata Umno Tak Laku

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Selepas menerima bidasan demi bidasan dari pemimpin UMNO akhirnya anggota parlimen Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad mengakui kesilapannya Sambil mengingatkan UMNO musuh sebenar adalah pihak lawan dan mereka tidak sepatutnya bercak...
Pemimpin Umno Diingatkan Tidak Ubah Nada Kerana Jawatan Shahrir Abdul Samad

Pemimpin Umno Diingatkan Tidak Ubah Nada Kerana Jawatan Shahrir Abdul Samad

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan diingatkan agar tidak mudah berubah pendirian disebabkan sudah memegang jawatan Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad berkata mereka yang memegang jawatan dala...
Calon Pm Pn Kalau Bukan Dari Mulut Presiden Umno Tak Laku

Calon Pm Pn Kalau Bukan Dari Mulut Presiden Umno Tak Laku

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 274 hits
Isu calon perdana menteri Perikatan Nasional terus menjadi perdebatan hangat Kali ini Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi pula berkata pengumuman calon jika bukan dari mulut Presiden Umno Zahid Hamidi tidak diterima Katanya seb...
Apa Cerr Jangan Uji Kesabaran Umno Pimpinan Ppbm Perlu Segera Perbetul Keadaan Shahril Hamdan

Apa Cerr Jangan Uji Kesabaran Umno Pimpinan Ppbm Perlu Segera Perbetul Keadaan Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 316 hits
Kuala Lumpur Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan membidas kenyataan yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai tidak laku dan menganggap kenyataan ini adalah cukup biadap angkuh dan tidak mencerminkan realiti Katanya kenyataan yang telah dikeluar...
Zahid Umno Tetap Tuntut Mersing Tak Endah Maaf Latiff

Zahid Umno Tetap Tuntut Mersing Tak Endah Maaf Latiff

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 458 hits
Umno tetap akan menuntut kerusi parlimen Mersing yang kini disandang Menteri Pembangunan Luar Bandar Dr Abdul Latiff Ahmad Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian ini pada hantarannya di media sosial malam ini Minta maaf ke sa...
Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

What Is Brics Good For

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Travel Youtuber Reveals 5 Favorite Features Of His Campervan Oyen

Effort To Teach Taliban On Women S Rights An Exercise In Futility

Dinner Tema Kampung Pelikat Batik Di Elissa Garden Alor Setar

Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Aswan Anwar Its Okay Chord

Surah Al Qiyamah Ayat 1 10

Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan

Fresh From Heiwa Mc A Modern Triumph Scrambler 900 With Retro Style

Sarapan Dengan Tetamu Pagi

Nasi Kerabu Ikan Tongkol