Tuduh Amanah Terima Dana Dap Zahid Perlu Kemuka Bukti Asmuni


MALAYSIAKINI


    Tuduhan yang mendakwa punca kewangan Parti Amanah Negara (Amanah) dibiayai oleh DAP, perlu disertakan bukti sebelum dilakukan penafian

Bendahari Agung Amanah, yang juga Pengerusi Amanah Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, tuduhan itu disifatkan berniat jahat dan usaha berterusan pihak tertentu untuk memburukkan imej parti berkenaan pada masyarakat.

"Kalau ada bukti baru boleh nafi tuduhan itu. Saya berpegang kepada prinsip apabila melemparkan tuduhan mestilah disertakan dengan bukti dan bukan cakap sahaja," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Negeri Perak Kali ketiga di Ipoh, hari ini.

Asmuni mengulas tindakan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar Presiden Amanah Mohamad Sabu untuk menafikan bahawa punca kewangan parti itu sebenarnya dibiayai oleh DAP bagi menepis dakwaan tentang pembabitan DAP pada awal penubuhan Amanah.

"Zahid yang telah berkawan dengan PAS sepatutnya mesti tahu (hukum). Dia tidak boleh sesuka hati tuduh tanpa bukti, paling tidak, ada bukti-bukti prima facie," katanya.

Katanya, tuduhan tanpa bukti juga boleh dilakukan pihaknya sekiranya ingin menuduh Umno menerima dana haram dan kemudian meminta bukti untuk penafian.

Terdahulu, Asmuni dalam ucapannya turut mengingatkan para perwakilan supaya tidak leka dan memandang rendah terhadap gabungan Umno-PAS yang boleh memberi cabaran pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Jika dilihat atas kertas gabungan Umno-Pas memang boleh menumbangkan beberapa kerusi kita tetapi keadaan sebenar hanya diketahui pada pilihan raya jadi kita kena bersedia dari sekarang dan jangan berlengah merangka strategi yang terbaik untuk berhadapan pihak lawan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, terpulang kepada kebijaksanaan ahli parti untuk memilih barisan kepimpinan negeri dan tidak pernah menggunapakai sistem cai dalam membuat pemilihan calon sama ada di peringkat negeri atau nasional.

Beliau, yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri berkata, pihaknya lebih selesa menggunakan istilah semangat berpasukan pada pemilihan Pemuda Amanah yang sedang berlangsung ketika ini.

Hasnul berkata, isu itu timbul selepas kem Pemuda Bekerja di bawah pasukannya memperkenalkan senarai calon yang diketengahkan yang mana sebahagiannya calon kepimpinan di peringkat Pemuda Amanah Nasional.

"Kita memberi ruang kepada perwakilan dalam tempoh tiga bulan sebelum pemilihan (calon kepimpinan Pemuda Amanah Nasional) untuk menilai sejauh manakah kemampuan senarai calon yang dikeluarkan.

"Jadi, tidak ada sistem cai kerana istilah itu lebih kepada 'terpaksa memilih' (calon) seterusnya tidak diberi peluang kepada ahli parti untuk membuat pemilihan," katanya.

Amanah dijangka mengadakan pemilihan parti tahun ini, yang dimulakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat kawasan bermula 1 Julai lepas sehingga 31 Ogos ini.

Buat masa ini, sayap pemuda Amanah dilihat berpecah kepada tiga kem iaitu Pemuda Bangkit, Pemuda Bekerja dan Pemuda Wibawa yang mempunyai pemimpinnya sendiri.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tuduh-amanah-terima-dana-dap-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 344 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Zahid Cabar Mat Sabu Nafi Dap Biayai Amanah

Zahid Cabar Mat Sabu Nafi Dap Biayai Amanah

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 322 hits
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dicabar untuk menafikan bahawa punca kewangan parti tersebut sebenarnya adalah dibiayai oleh DAP Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penafian itu perlu dilakukan bagi menepis dakw...
Amanah Seeks Proof On Allegation It Gets Funding From Dap

Amanah Seeks Proof On Allegation It Gets Funding From Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 355 hits
The claim that Amanah is funded by DAP is made with malicious intent and aimed at tarnishing the party s image said Amanah treasurer general Asmuni Awi He said if there was any truth in it those who hurled such an allegation should provide ...
Zahid Umno Will Not Cooperate With Parties Working With Dap

Zahid Umno Will Not Cooperate With Parties Working With Dap

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 319 hits
The Umno Supreme Council has unanimously agreed to cooperate with PAS based on the principle of taawun siyasi said president Ahmad Zahid Hamidi According to Ahmad Zahid the two parties will issue a joint statement on the cooperation through...
Zahid Hamidi Should Look At The Mirror Before He Criticizes Dap

Zahid Hamidi Should Look At The Mirror Before He Criticizes Dap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 393 hits
UMNO President Ahmad Zahid Hamidi faces almost 54 charges in the Sessions Court for various corruption offences Zahid Hamidi should actually be looking at the mirror before he could criticize DAP UMNO has from the onset has been criticizing...
Zahid Smacks Anwar Over Dap Again Says Will Reject Cooperation

Zahid Smacks Anwar Over Dap Again Says Will Reject Cooperation

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 344 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has taken another shot at PKR president Anwar Ibrahim over the latter s ties with DAP Umno will reject any offer to cooperate with Anwar as long as he is in cahoots with DAP full stop I have to say this rep...
Zahid Anwar Needs Dap

Zahid Anwar Needs Dap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 341 hits
Anwar is too indebted to DAP Everything that DAP does is right as they are now the backbone of their political partnership Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has hit out at PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim for using DAP to advance his o...
Zahid Indebted Anwar Needs Dap For His Goal Sees Them As Always Right

Zahid Indebted Anwar Needs Dap For His Goal Sees Them As Always Right

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 270 hits
Anwar Ibrahim needs DAP in order to realise his political ambitions and therefore considers the party to be always right said Umno president Ahmad Zahid Hamidi He was responding to the PKR president asking him to cite reasons for branding t...
Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 561 hits
Parti Gerakan melahirkan rasa syukur atas komitmen ramai pemimpin akar umbi DAP termasuk yang berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi khususnya di sekolah vernakular Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip