Tubuh Jawatankuasa Siasat Kegagalan Sistem Di Klia


Putrajaya : Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan insiden gangguan sistem di lapangan terbang itu.
Kegagalan sistem TAMS di KLIA dikesan pada 21 Ogos (Rabu) hingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada penumpang selama empat hari ini, dan sistem itu distabilkan pada 24 Ogos (Sabtu).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata jawatankuasa yang ditubuh secara pentadbiran itu adalah bagi menyiasat punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengelak insiden itu berulang pada masa hadapan.
“Jawatankuasa ini diberi tempoh satu bulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman akan mempengerusikan jawatankuasa enam anggota itu.
Anggota lain jawatankuasa ialah Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Dr Nungsari Ahmad Radhi; anggota Suruhanjaya MAVCOM Datuk Seri Long See Wool; anggota Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) Afzal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Ahmad Nizar Zolfakar; Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Ir Md Shah Nuri Md Zain.
Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan akan bertindak selaku sekretariat.
Loke berkata, pihak kementerian merakamkan penghargaan kepada para penumpang di atas kesabaran serta berterima kasih kepada para petugas yang membantu semasa insiden itu.
“Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang KLIA dalam insiden ini amatlah dikesali,” katanya.
Pada Jumaat (23 Ogos) ketika sistem di KLIA masih mengalami gangguan, Loke telah meninjau keadaan di lapangan terbang itu sebelum berlepas ke Pulau Pinang.
Beliau berjaya tiba di destinasi untuk menghadiri program rasmi di Pulau Pinang walaupun  penerbangannya dilaporkan mengalami kelewatan.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/26/tubuh-jawatankuasa-siasat-kegagalan-sistem-di-klia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegagalan Sistem Di Klia Etiqa Bersetuju Bayar Pampasan

Kegagalan Sistem Di Klia Etiqa Bersetuju Bayar Pampasan

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 338 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Klia Mengalami Gangguan Sistem Sementara

Klia Mengalami Gangguan Sistem Sementara

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 300 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Klia Dan Klia2 Alami Gangguan Sistem

Klia Dan Klia2 Alami Gangguan Sistem

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 360 hits
Kedua dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini mengalami gangguan sistem sementara Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan wifi sistem paparan maklumat penerbangan kaunter kaunte...
Gangguan Sistem Di Klia Dan Klia2 Berterusan Ke Hari Kedua

Gangguan Sistem Di Klia Dan Klia2 Berterusan Ke Hari Kedua

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 382 hits
semalam mengakibatkan operasi di kedua dua lapangan terbang mengalami gangguan Proses daftar masuk penumpang dan sistem maklumat penerbangan kesemuanya dilakukan secara manual Tular di media sosial maklumat penerbangan dipaparkan pada papan...
Pemilihan Penerima Ppr Johor Bakal Tubuh Jawatankuasa Pemilihan

Pemilihan Penerima Ppr Johor Bakal Tubuh Jawatankuasa Pemilihan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 406 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 395 hits
Sejak malam Rabu lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengalami gangguan sistem sehingga mengakibatkan kelewatan penerbangan dan situasi tersebut berterusan sehingga pagi ini Setakat malam tadi 68 kelewatan penerbangan telah dil...
Sistem Lumpuh Di Klia Penumpang Disarankan Datang Empat Jam Lebih Awal

Sistem Lumpuh Di Klia Penumpang Disarankan Datang Empat Jam Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 299 hits
Sumber dari Arkitekmaa comMasalah gangguan sambungan Internet dan sistem daftar masuk penerbangan dilaporkan terjadi oleh satu ciapan Twitter oleh Malaysia Airport Turut dilaporkan bahawa gangguan berkenaan terjadi di kedua dua terminal KLI...
Gangguan Sistem Di Klia Beberapa Penerbangan Ditangguh

Gangguan Sistem Di Klia Beberapa Penerbangan Ditangguh

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 373 hits
SEPANG 22 Ogos Beberapa penerbangan ditangguhkan selepas kedua dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengalami gangguan sistem sementara Setakat 10 30 pagi tadi terdapat 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguh di terminal...
Jawatankuasa Disiplin Umno Siasat Hishammuddin

Jawatankuasa Disiplin Umno Siasat Hishammuddin

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 216 hits
Jawatankuasa Disiplin UMNO mengesahkan pihaknya kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Pengerusinya Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci termasuk punca bekas...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak

Bagaimana Cara Mencegah Konstipasi Pada Anak Sejak Dini