kasih anakibu... 💖💖💑💑
ya, dugaan Allah beri tanpa ada salam perkenalan... dalam perjalanan bila check angin tayar keta ni semacam ada yang tak kena jer... maklumlah nak berjalan jauh, so pergilah tanya kat petrol station tu kalau derang boleh tolong check kan... tapi tak de pulak peralatan dan derang soh masuk toll tapah dan cari kedai tayar kat sana... so memang nak kena belai dulu sebelum meneruskan perjalanan... bayangkan barang kecik yang cuma berharga 6 ringgit tu boleh melumpuhkan perjalanan sebuah kereta. gantikan valve dan off we go meneruskan perjalanan melalui lebuh raya timur barat.
jam 2.30 petang kami melalui lebuh raya timur barat Gerik ni dan kami terjumpa dengan kepulan kabus yang tebal... agak jauh jugak perjalanan dengan kabus tebal macam ni...melindungi pandangan ditengah lebuhraya hutan tu...masa ni ada sedikit drizzle. tapi Alhamdulillah lepas tu cuaca cerah dan panas semula sehinggalah kami tiba di simpang paglima bayu menuju ke rantau panjang. kami disambut degan hujan yang sangat sangat lebat... Allahhu Akbar...
cuaca redup masa kami tiba di post immigresen sungai golok ni... tak ramai orang masa ni, maklumlah weekdays dan sekejap jer urusan kat sini dah settle... passport, insurance dan custom clearance untuk bawak kereta masuk... dan sebelum meneruskan perjalanan kena lah beli sim card dan tukar currency dulu... 1thb=0.13rm...rm1,300 for 10,000tbh 😭😭 bila rm ni nak naik balik kan???
talian hayat untuk kami berhubung bila berada diseberang.
dan bila dah selesai semunya, kami meneruskan perjalanan menuju ke hospital dimana MIL warded... Rajanakarin Hospital Narathiwat... dan kami terus berada bersama MIL hingga lah discharge pada hari kempat warded.. nasib baik dapat single beded room yang luas dan selesa untuk kami bertunggu dan jaga dia dan Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan mil kembali sihat dan cergas selepas kes keracunan makanan yang menyebabkan dia cirit birit hingga terpaksa admitted. dan ada hari ke lima kami tinggalkan mil untuk kembali semula ke shah alam...semuga mil sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan lindungan Allah sentiasa. Aamiin|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |