Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi


 

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenalpasti pendekatan lebih berkesan dalam meringankan tekanan ekonomi rakyat, susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai tokoh ekonomi dan kepimpinan daripada PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan serta parti komponen lain dalam PN.
“Saya tengok ia (kenaikan kadar SST) suatu beban kepada rakyat meskipun kerajaan kata ia (SST) tidak membebankan rakyat.
“Kenaikan kadar itu juga semua naik serentak pada bulan ini. Rakyat masih terasa dengan kos sara hidup sebelum ini.
“Jadi, Kita akan duduk bersama dan bincang langkah yang boleh diambil dalam masa terdekat, bukan hanya tekan kerajaan tetapi juga cari penyelesaian bantu rakyat hadapi situasi sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pas Teraju Pahang di Markaz Pas Paya Kecik, di Temerloh, malam tadi.
Tuan Ibrahim turut membidas pelaksanaan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus, serta peluasan skopnya yang didakwa memberi kesan terus kepada pengguna rakyat biasa.
“Kenaikan ini berlaku serentak dengan tarif elektrik dan harga barangan. Dua peratus itu besar impaknya. Rakyat memang terbeban walaupun kerajaan dakwa hanya barang import terlibat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim sekali lagi menekankan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu direhatkan sementara siasatan kes yang membabitkan beliau sedang berlangsung di Mahkamah.
Beliau turut memetik contoh situasi di negara Thailand yang membabitkan penggantungan Perdana Menterinya, Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu siasatan tatalaku.
“Kita pernah tegaskan dulu, sesiapa yang disiasat tidak patut pegang jawatan utama. Bila masih berjawatan, sukar untuk pegawai siasat secara bebas,” jelasnya.
Sebagai rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan 30 September depan sebagai tarikh pengurusan kes saman dikemukakan bekas penyelidik, Muhammad Yusoff Rawther terhadap Anwar berkaitan insiden yang dikatakan berlaku sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. #MalaysiaGazette


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/tuan-ibrahim-perikatan-nasional-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Iran Israel Rakyat Harus Bersatu Hadapi Krisis Ekonomi Geopolitik

Perang Iran Israel Rakyat Harus Bersatu Hadapi Krisis Ekonomi Geopolitik

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 324 hits
HarapandailyJune 24 2025Oleh FAIZ FADZILPerang Iran Israel yang tercetus sekarang berpunca daripada sikap imperialisme Israel yang mahu meluaskan kuasanya di Asia Barat sedangkan Israel sendiri adalah negara menduduki dengan merampas tanah ...
Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Satu jawatankuasa khas antara polis dan pihak Laluan Rel Pantai Timur ditubuhkan bagi menangani kes kecurian kabel di sepanjang laluan itu di Pahang Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata perbincangan telah dilakukan be...
Perikatan Nasional Mula Gerak Kempen Awal Pilihan Raya Umum Ke 16 Melalui Jelajah Teraju Pahang

Perikatan Nasional Mula Gerak Kempen Awal Pilihan Raya Umum Ke 16 Melalui Jelajah Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang sudah memulakan kempen awal menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 menerusi siri Jelajah Teraju Pahang 2 0 yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri ini Ketua Sekretariat PN Pahang Datuk Andansura Ra
Rosli Jabar Perikatan Nasional Bukan Lagi Healing Party Kerusi Bertambah Bukti Sokongan Meningkat

Rosli Jabar Perikatan Nasional Bukan Lagi Healing Party Kerusi Bertambah Bukti Sokongan Meningkat

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Pertambahan kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 15 menjadi bukti bahawa gabungan itu bukan sekadar healing party Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Rosli Abdul Jabar berkata sebaliknya jentera parti i...
Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan Pn Terajui Pahang Kami Ada Strategi Hadapi Bn Pada Pru 16

Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan Pn Terajui Pahang Kami Ada Strategi Hadapi Bn Pada Pru 16

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada Barisan Nasional malah berhasrat menawan Pahang pada PRU akan datang Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah mengingatkan PN d...
Anwar Ibrahim Lancar Kota Madani Bandar Pintar Mesra Rakyat Alam Sekitar Bernilai Rm4 Bilion

Anwar Ibrahim Lancar Kota Madani Bandar Pintar Mesra Rakyat Alam Sekitar Bernilai Rm4 Bilion

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA 26 Jun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar Projek bernilai RM4 bilion itu akan...
Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim

Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 289 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Semua jawatan kepimpinan PAS Pusat terbuka untuk dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang dijangka September ini kecuali jawatan Presiden Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahi...
Stop Downplaying Concerns Over Rakyat S Burdens Pm Told

Stop Downplaying Concerns Over Rakyat S Burdens Pm Told

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 226 hits
Opposition leader Hamzah Zainudin hits out at Anwar Ibrahim s dismissal of PN MPs criticisms as desperate gimmick Opposition leader Hamzah Zainudin accused Prime Minister Anwar Ibrahim of being thin skinned in response to criticisms from Pe...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu

Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini