Tuan Ibrahim Apalah Ada Pada Nama


KOMEN


Cuplikan Kamus Dewan untuk rujukan.SEJAK malam tadi riuh mengenai penukaran nama baru untuk Kementerian Alam Sekitar dan Air, dengan singkatan yang agak jengkil dan melucukan. Singkatan itu disebut MEWA sebagai dhoman kepada Ministry of Environment and Water.

Perubahan nama itu diumumkan Menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu siaran akhbar yang diedar dan dipetik. Perubahan nama itu menurut siaran akhbar itu sudah mendapat kebenaran kabinet. Ertinya sudah muktamad.
Malangnya, ada hamba Allah yang rajin mencari pengertian perkataan itu dalam bahasa Melayu, dan menemuinya membawa maksud sebagai "bingung", "bodoh".

Perkataan itu rupanya perkataan Kl (Kelantan). Saya sendiri tidak pernah memahami kalau "Mewa" itu sebagai seburuk dan sejelek itu maksudnya. Setahu saya gemulah tok sdr saya Pak Chu Awang (al Fatihah) memanggil beruknya dengan sebut sebegitu, "Mewa", apabila beruknya membuat onar. Oh rupa-rupanya beliau marah dan kata kepada beruknya bingung dan bodoh.

Sebenarnya perubahan nama itu tidak memberi kesan besar pun melainkan ia ditimbulkan kerana rasa mual kepada menteri berkenaan mengenang beberapa kenyataanya sebelum ini. Mual juga dengan partinya yang mengaku Islam tetapi perangai dan pendirian dan sikap pemimpinnya tidak mencerminkan prinsip Islam sengoti. 
Bersekongkol dengan pencuri mencuri, apakah itu baik dan diajar Islam?

Tuan Ibrahim pula apabila dirujuk oleh media untuk mendapat penjelasan berhubung pertukaran nama itu, memberi tahu keputusan menggunakan nama Mewa itu masih belum muktamad dan ia akan dibincang di peringkat kementerian. Wah... biar benar sih, kok gitu dong Man. Ngomongnya berputar-putar bangat.

Kamu sudah buat kenyataan media, kemudian kamu suruh tarik pula. Apakah orang-orang di kementerian itu bekerja secara sambil lewa? Atau bekerja mengikut keadaan alam sekeliling dan keadaan cuaca? Sebelum umum sesuatu, fikir dalam-dalam dahulu jangan malukan menteri. Makanya kalau makan pisang sambil berjalan, kulitnya harus dibuang di belakang...bukan di depan takut terpijak tergelonsor jatuh nanti.

Di sini saya ada solusi buat Tuituman untuk selamat dan terus menggunakan nama singkatan itu. Perlu diketahui nama itu hanya dari kalangan orang Kelantan sahaja. Ia bukan perkataan yang populer, boleh dianggap sebagai perkataan purba. 
Maksud yang ditimbul dan dilumurkan kepada kementerian itu hanya kebetulan sahaja. Mungkin dalam bahasa lain "Mewa" menunjukkan makna yang baik dan mulia. Apalah ada pada nama, yang penting kualiti kerja. Sekuntum mawar kalaupun dinamakan bunga tahi ayam (lantana) ia tetap berbau wangi jua.

Selain itu, satu cara lagi Tuan Ibrahim boleh pohon kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertanggungjawab memasukkan perkataan itu sebagai entri dalam Kamus Dewan, agar dibuang atau dihilangkan. Tindakan membuang perkataan yang tidak baik atau memberi kesan kejiwaan ini bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah Kamus Dewan, Terbitan DBP dibawah naungan Menteri Pendidikan.

Seingat saya dua perkataan yang pernah dibuang oleh Kamus Dewan sebelum ini, perkataan "Darul Arqam", dan "Keling." Pembuangan perkataan itu kerana tidak mahu Darul Arqam sebagai sebuah gerakan sosio ekonomi, politik dan dakwah Islam dikenang dan diingat rakyat Malaysia, dan manakala perkataan Keling dibantah oleh orang India. Bagi masyarakat India perkataan itu menghina mereka.

Dua-dua perkataan itu pernah wujud dalam Kamus Dewan tetapi ia dilenyapkan kerana sebab-sebab atau memberi kesan tidak baik tadi.

Nah, perkataan Mewa itu juga boleh dipohon agar ia dibuangkan. Atau elok juga dikekalkan nama lama kementerian itu sebagai KAS, ia dekat-dekat bunyinya sebagai "perkakas". Horas. Trims. [wm.kl.1:00 pm 03/04/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/tuan-ibrahim-apalah-ada-pada-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Baru Kementerian Tuan Ibrahim Bermaksud Bingung Bodoh

Nama Baru Kementerian Tuan Ibrahim Bermaksud Bingung Bodoh

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 286 hits
ARIF ATAN Gara gara mahukan singkatan kementerian daripada bahasa Inggeris tanpa disedari nama baharu itu membawa maksud buruk pula dalam bahasa Melayu Kementerian Alam Sekitar dan Air yang diterajui Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini men...
Kurang Yang Lain Lagi Banyak Sindir Hanipa Kepada Tuan Ibrahim

Kurang Yang Lain Lagi Banyak Sindir Hanipa Kepada Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 289 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Mohamed Hanipa Maidin menyindir kenyataan Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan fasa pertama PKP bukan sahaja dapat memutuskan rantaian Covid 19 malah dapat m...
Covid 19 Dalam Pembetungan Tuan Ibrahim Salah Faham Hasil Kajian

Covid 19 Dalam Pembetungan Tuan Ibrahim Salah Faham Hasil Kajian

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 212 hits
Kredit Iswardy Morni ULASAN Menteri Alam sekitar buat lagi Lain orang cakap lain dia faham Kajian Rijksinstituut voor Volksgezondheid en Milieu atau Institut Nasional Kesihatan Awam dan Alam Sekitar sekali lagi disalah ertikan oleh Menteri ...
Pemandu Degil Ingkar Pkp Dijerit Polis Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen

Pemandu Degil Ingkar Pkp Dijerit Polis Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 489 hits
Sudah masuk hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ada lagi rakyat yang masih berdegil untuk keluar sesuka hati Malah perlu The post appeared first on
Dua Wajah Mewa Tuan Ibrahim

Dua Wajah Mewa Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 305 hits
Ketika kerajaan PH melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China pada 2018 Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik lantikan itu dengan mengatakan ia sebagai mengulangi langkah BN sebelum ini selain menyifatkannya suatu pemb...
Genius Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar Nih

Genius Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar Nih

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 835 hits
Virus corona mudah berjangkit Cara nak hapuskannya ialah kena putuskan rantaian penularan virus itu Kaedah yang diamalkan di seluruh dunia ialah lockdown orang tranung kata social distancing itu saja caranya Dan bagi yang terkena covid 19 s...
Hadi S Appointment Can Boost Diplomatic Ties Claims Tuan Ibrahim

Hadi S Appointment Can Boost Diplomatic Ties Claims Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 239 hits
The of PAS President Abdul Hadi Awang as the Prime Minister s special ambassador to the Middle East with ministerial status can be seen as an opportunity to strengthen diplomatic relations between Malaysia and countries in the region PAS de...
Pkr S Fahmi Fadzil Tries To Laga Tuan Ibrahim With Hadi Awang

Pkr S Fahmi Fadzil Tries To Laga Tuan Ibrahim With Hadi Awang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 389 hits
Fahmi Fadzil questions Hadi Awang s appointment as special envoy and asks Tuan Ibrahim for his views An MP has questioned the appointment of Marang MP Datuk Seri Dr Abdul Hadi Awang as Malaysia s special envoy to the Middle East According t...
Daftar Nama Dan Biodata Pemain Romantic Doctor Teacher Kim Terlengkap

Daftar Nama Dan Biodata Pemain Romantic Doctor Teacher Kim Terlengkap

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 912 hits
Biodata Pemain Romantic Doctor Teacher Kim Satu lg serial drama Korea terbaru yg siap ditayangkan oleh SBS Channel Romantic Doctor Teacher Kim ini nantinya akan berkisah spt apa yg tertera dlm judulnya yakni seputar dunia kedokteran Sementa...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran