Tsundoku Istilah Jepun Untuk Buku Buku Yang Dibeli Tapi Tak Dibaca Ada Manfaatnya



Setiap kali mahu keluar kawasan dengan menaiki kapal terbang di KLIA 2, saya akan pergi awal 2 jam sampai di lapangan terbang itu.
Masuk awal, lepasi bahagian x-ray badan dan semua bagasi, lalu turun ke bawah. Sebaik saja turun escalator tu, di sebelah kiri ke belakang sikit ada sebuah kedai buku. 
Sepanjang yang saya ingat, tak pernah sekalipun saya dapat menahan diri dari pusing kiri dan berjalan menuju masuk ke dalam kedai tu. Mula belek satu persatu mana-mana buku baru menarik yang disusun bahagian depannya.
Bial ada buku baru, menarik, mula berlaku perlawanan minda. Antara nak beli untuk dijadikan teman perjalanan. Atau tangguh dulu untuk dibeli satu masa nanti bila balik nanti.
Biasanya pergaduhan minda dalam kepala tu berlaku agak lama. 
Jika keinginan dapat ditahan, saya akan keluarkan telefon, snap gambar buku tu dan keluar. Teruskan jalan kaki ke tempat menunggu di gate yang ditetapkan untuk penerbangan.
Bagi mereka yang suka baca buku tentu akan hadapi masalah sama sebagaimana yang sering berlaku pada saya di atas tadi.
Masalah orang kaki baca buku adalah tak dapat tahan dari keinginan untuk masuk kedai buku setiap kali terserempak dengannya.
Kalau masuk ke Pusat Membeli Belah yang ada kedai buku, tentu akan singgah masuk ke dalam kedai buku tersebut.
Sama juga jika ada pameran atau jualan istimewa buku dilakukan di ruang legar pasaraya atau di mana-mana saja. Keinginan untuk pergi ke jualan tersebut amat tinggi.
Bila dah mula belek buku yang baru. Atau jumpa buku menarik yang masih belum ada dalam koleksi di atas rak buku di dalam rumah, akan muncul masalah.
Masalah nak beli buku tu dan nak balik baca… kononnya.
Beli buku lebih dari kemampuan bacaSejak dulu lagi, saya mengidap penyakit yang sama. Penyakit suka masuk kedai buku, suka belek buku baru dan seterusnya suka beli bawa balik rumah.
Bila buku dah jadi satu benda yang bertindak semacam magnet, di mana saja adanya timbunan buku, tentu akan menarik perhatian.
Bau buku macam bau vanilla tu, warna warni yang indah pada kulit buku, keterujaan membuka buku dan membaca tajuk, baca ringkasan di belakang buku, memegang buku baru, dan lain-lain seumpamanya, dapat timbulkan rasa lazat yang tak dapat digambarkan.
Punca utama habiskan duit yang ada, untuk beli buku baru yang tak pernah dibaca adalah disebabkan timbul rasa ingin tahu yang mendalam.
Juga berpunca dari kesedaran diri bahawa apa yang dibahaskan atau dituliskan dalam buku tersebut adalah sesuatu yang menarik. Di mana diri ini tak tahu lagi tentang topik atau bahan tersebut. Masih jahil tentangnya.
Timbul juga kesedaran bahawa terlalu banyak yang saya masih tak tahu dan ingin nak tahu.
Semua itu membuatkan aktiviti beli buku jadi amat laju.
Malangnya, kemampuan untuk luangkan masa yang ada untuk habis baca kesemua buku yang dibeli adalah terhad.
Hasilnya, buku yang di bawa balik, dibaca sedikit, tak sempat habis, lalu disusun atas rak. Kononnya nak sambung nanti. Dan akhirnya terlekatlah buku itu kat situ tak baca baca.
Antara punca tak baca adalah disebabkan ada lagi buku lain yang masih belum habis di baca. Sedang cuba habiskan yang itu dulu.
Tak lama kemudian, beli pulak buku baru dan begitulah pusingannya yang membuatkan koleksi buku tak habis baca bertambah di atas rak kat rumah.
Malah ada buku yang dah dibeli, tak pernah dibuka lansungpun untuk dibaca. Hanya tersimpan begitu saja untuk tontonan.
Istilah khas buku tak bacaSebenarnya ada satu istilah khas dalam Bahasa Jepun tentang buku yang dibeli lalu disusun atas rak dan belum di baca.
Mereka panggil "Tsundoku".
Saya pasti tak ada istilah yang sama dalam Bahasa Malaysia. Kita terpaksa guna ayat panjang untuk terangkan buku macam tu.
Kalau dalam Bahasa Inggeris, penulis dan ahli statistik terkenal Nassim Nicholas Taleb namakan koleksi buku sebegitu sebagai ‘Antilibrary’.
Tapi, kalau semua itu berlaku pada diri anda. Kalau kat rumah ada tempat yang besar jadi simpanan Antilibrary atau Tsundoku ini, jangan risau.
Ia bukanlah satu petanda yang tak baik.
Bukan petanda yang anda pemalas atau tidak bijak.
Ada manfaatnya.
Manfaat adanya Tsundoku kat rumahManfaat paling besar, kalau sudah berkeluarga dan punya anak-anak, adalah kesan positif yang timbul pada anak-anak anda.
Kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada jumlah buku yang banyak, antara 80 hingga 350 buah buku, kat rumah mereka, jauh berupaya dari segi pembacaan, penguasaan nombor dan berkeupayaan tinggi dalam memahami teknologi bila mereka besar nanti.
Kalau anda beli banyak buku, susun kat rumah lebih dari 80 buah, bagus untuk anak-anak kat rumah tu.
Sekalipun tak semuanya habis dibaca, persekitaran itu membantu anak anda untuk membesar dengan lebih bijak.
Jadi itulah manfaat besarnya, pada keluarga.
Beli buku tak baca jadi peringatanApa manfaatnya pulak pada diri sendiri, yang beli buku banyak-banyak tapi tak habis di baca?
Kalau anda rasa bersalah selama ini, hentikan saja rasa bersalah itu.
Perhatikan jumlah buku-buku yang tersusun rapi kat atas rak tu.
Banyak kan!
Itulah himpunan ilmu atau maklumat atau pengetahuan yang anda masih jahil lagi tentangnya. 
Kat rumah saja dah ada terlalu banyak. Cuba bayangkan pulak kat kedai buku, kat perpustakaan, kat rumah orang lain, kat gedung buku besar diluar negara, kat serata dunia….
Perlu sedar bahawa terlalu banyak maklumat dan pengetahuan yang anda masih jahil terhadapnya.
Jadi, kalau ya pun anda dah baca banyak buku, yang tak dibaca sentiasa ratusan juta kali jauh lebih banyak.
Jangan nak sombong.
Merendah dirilah dan sentiasa mengaku jahil dan banyak perkara lagi yang anda perlu belajar.
Doakan anda panjang umur, diberikan kesempatan dan kelapangan untuk istiqamah belajar kembangkan pengetahuan anda sebelum mati.
Harapannya supaya anda menjadi manusia yang lebih baik, bermanfaat untuk manusia lain dan berguna untuk agama, negara dan bangsa.
Peringatan!
Jangan pula selepas ini asyik beli buku, simpan kat rak dan lansung tak baca sebuahpun !
Bacalah. Teruskan membaca, teruskan beli buku, ada banyak nikmat yang anda dapat kecapi darinya, Insyaallah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/08/tsundoku-istilah-jepun-untuk-beli-buku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kek Batu Marmar Bukan Sekadar Cantik Tapi Memang Sedap

Resipi Kek Batu Marmar Bukan Sekadar Cantik Tapi Memang Sedap

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 261 hits
Menarik betul resipi kek batu marmar yang dikongsikan oleh di facebook ni Sesuai dijadikan menu minum petang ataupun jualan jika inginkan pendapatan sampingan lagi lagi untuk surirumah yang suka membuat kek Cara pembuatan resipi kek batu ma...
Jiran Cina Sambut Birthday Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal Diberi Kfc Sebagai Gantian

Jiran Cina Sambut Birthday Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal Diberi Kfc Sebagai Gantian

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 391 hits
Hidup berjiran ni sangat penting untuk kita semua saling hormat menghorm4ti antara satu sama lain kerana mereka adalah orang yang paling terdekat dengan kita Mengekalkan hubungan baik antara jiran mampu memupuk keharmonian dalam masyarakat ...
Nak Tipu Tapi Bodo

Nak Tipu Tapi Bodo

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 251 hits
HAMDAN TAHAMCA Selangor dalam program BN selangor berkata jika bagi BN memerintah kita akan jadikan harga rumah di selangor 50 peratus akan di turunkan Saya baca kenyataan tu bukan nak bagi BN ini ayat nak bagi BN kalah ejen Dap agaknya MCA...
Hiburan Noor Nabila Padam Habis Foto Suami Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui

Hiburan Noor Nabila Padam Habis Foto Suami Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 284 hits
Kecoh media hiburan sejak hujung minggu lalu apabila timbul spekulasi mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa Noor Nabila yang didakwa sedang mengalami masalah Ini berikutan hasil carian netizen yang mengatakan ba...
Pemimpin Pkr Dakwa Pas Kini Bukan Kingmaker Tapi Pencari Laba

Pemimpin Pkr Dakwa Pas Kini Bukan Kingmaker Tapi Pencari Laba

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 210 hits
B Nantha KumarSeorang pemimpin PKR mendakwa PAS yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat gagal bertindak sebagai kingmaker seperti yang dirancang mereka selama ini Bercakap kepada Malaysiakini Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismai...
Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 190 hits
Firdaus AzilJulai 29 2022 Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU dengan majoriti melebihi dua pertiga Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR Biarpun tindakan Ahli ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam aktiviti lomp...
Kafe Dengan Konsep Unik Tapi Ser4m Pengunjung Nikm4ti Makanan Sebelah Kubvr

Kafe Dengan Konsep Unik Tapi Ser4m Pengunjung Nikm4ti Makanan Sebelah Kubvr

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 225 hits
UNIK dan lain daripada yang lain Itulah konsep yang diketengahkan oleh sebuah kafe yang mana ia menawarkan kepada pelanggannya suasana makan di dalam kawasan perkubvran Menerusi klip video yang dimuat naik di akaun TikTok anakpelosokkaliman...
Pertama Kali Beli Perfume Mahal Tapi Berkec4i Ketika Teruja Nak Unboxing Duit Hangus Harumannya Tinggal Kenangan

Pertama Kali Beli Perfume Mahal Tapi Berkec4i Ketika Teruja Nak Unboxing Duit Hangus Harumannya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 329 hits
BAGAI kaca yang berkec4i begitulah hati wanita ini yang sedih mengenangkan wang miliknya melayang begitu sahaja Menurut Elyshia Abegail atau Abby minyak wangi jenama Yves Saint Laurent yang dibelinya pada harga RM625 pec4h selepas terjatuh ...
Katanya Susu Kambing Bagus Untuk Ibu Hamil Tapi Uyaina Arshad Kongsi Nasihat Doktor

Katanya Susu Kambing Bagus Untuk Ibu Hamil Tapi Uyaina Arshad Kongsi Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 246 hits
Selebriti Uyaina Arshad yang kini hamil anak pertama baru baru ini memuatnaik pertanyaan mengenai susu kambing di laman instagramnya Menurutnya dia teringin untuk mencuba memandangkan khasiat dalam susu kambing bagus untuk kesihatan Namun p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba