Trump Terima Rawatan Antibodi Eksperimen
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima  rawatan antibodi eksperimen bagi jangkitan COVID-19 dan keadaannya  'lemah tetapi baik' kata doktor pada Jumaat.
Trump menerima satu dos antibodi Regeneron, berdasarkan surat yang dikeluarkan doktor di Rumah Putih, Sean Conley.
Rawatan itu sedang menjalani ujian klinikal tetapi belum mendapat sebarang bentuk kelulusan.
"Dia (Trump) sedang dinilai oleh sekumpulan pakar, dan kita akan  membuat cadangan kepada Presiden dan isteri mengenai langkah-langkah  terbaik," kata Conley.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengatakan  bahawa beliau dan isterinya, Melania positif COVID-19 dan akan menjalani  kuarantin.
"Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif  COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan  dapat mengharungi bersama," kata Trump dalam ciapannya di Twitter.
Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19.
Hicks, 31, mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk  ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen  pemilihan presiden pada Rabu.
Awal minggu ini, Regeneron mengumumkan hasil satu daripada kajian  tahap awalnya yang menunjukkan ubatnya, yang disuntik secara intravena,  mengurangkan virus dan masa pemulihan pada pesakit COVID-19 yang tidak  dimasukkan ke hospital.
"Kita sudah mula membincangkan penemuan dengan pihak berkuasa dan  akan meneruskan kajian yang sedang dilakukan," kata Presiden yang juga  Ketua Saintis, George Yancopoulos..
Firma bioteknologi AS secara serentak menjalankan ujian peringkat  akhir untuk pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan untuk  potensi penggunaan ubat sebagai profilaksis.
Antibodi adalah protein pencegah jangkitan yang dibuat oleh sistem  kekebalan tubuh yang dapat mengikat struktur tertentu di permukaan  patogen dan menghalangnya menyerang sel.
Ubat eksperimen yang dihasilkan Regeneron bagi jangkitan COVID-19,  yang disebut REGN-COV2, adalah gabungan dua antibodi, yang disebut  sebagai 'koktail'.
MR :  Hebat penipuan Amerika nak jual antibodi guna Trump sebagai bahan kempen iklan.. Ubat covid-19 boleh buat kaya dunia semuanya memerlukan  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/trump-terima-rawatan-antibodi-eksperimen.html