Trip Penang For Food Hunting Naik Ets Train
TRIP PENANG FOOD HUNTING NAIK ETS TRAIN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Rindu.. rindu serindu-rindunya untuk menulis.. Lama tak jenguk blog disebabkan keadaan tak mengizinkan. Salah satu sebab baru tukar department so jadual belum teratur dan masih dalam proses menyesuaikan diri. A lot has happened lately, banyak juga yang ingin dikongsi dan diabadikan dalam blog ini.. tapi tunggulah saya kongsi satu persatu okay.
Untuk cerita #throwback pertama, Trip Penang for food hunting menaiki ETS Train bersama office mate pada 7 Oktober 2023 lalu. Ini pertama kali pengalaman saya naik ETS ke Penang, dan pertama kali juga travel long distance bersama office mate.
KL Sentral
Sebenarnya plan asal bulan Ogos 2023 lalu tapi terpaksa ditangguhkan sebab clash dengan PRU ke-15 so postponed ke Oktober 2023. Perasaan memanglah excited tapi agak nervous, risau apa yang dirancang tak ikut seperti yang diharapkan
Ruang menunggu KTM
Seawal 6.15 pagi jumpa di meeting point, kemudian menaiki kereta dari Seremban ke KL Sentral. Perjalanan pergi kami berlima naik ETS Gold class dari KL Sentral ke Butterworth. Pergi awal sebab kena standby 30 minit sebelum berlepas.
Tiba di KL Sentral terus ke Tingkat 1 bahagian perlepasan KTM. Lebih kurang 30 minit masa menunggu, kakitangan KTM akan bawa semua penumpang ke bahagian perlepasan keretapi ETS
APA BEZA ETS PLATINUM & ETS GOLD
Dua jenis keretapi ETS dari KL ke Butterworth:
ETS Platinum - 7 hingga 8 hentian- Dapat snek percuma
ETS Gold - 10 hentian- Tiada makanan ringan percuma
ETS GOLD DARI KL KE BUTTERWORTH
ETS Gold Train
ETS Gold Train
Bila dapat masuk ke perut train, lega yang amat sebab boleh duduk dengan selesa.
MENAIKI FERI KE GEORGETOWN
Tiba di Butterworth kami berjalan menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Kami sengaja ambil trip menaiki feri untuk merasai pengalaman baru
To Ferry Terminal
Manusia agak ramai ketika ini but I got no choice terpaksa redah juga untuk memastikan tak terlepas trip feri
Terminal Feri Sultan Abdul Halim
Pemandangan dari dalam feri
Sesekali naik feri seronok juga. Tapi tak seronok waktu menunggu dan berebut dengan penumpang lain.. Pemandangan dalam feri juga menarik
Keluar dari feri menuju ke Georgetown
Tempoh masa perjalanan dengan feri mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Georgetown
Tunggu Grab
Tiba di perhentian terus booked Grab car. Sepanjang berada di sana kami ambil Grab. Mudah dan waktu menunggu juga tak lama.
Dalam kereta
Kereta Grab pertama yang dinaiki untuk makan tengah hari di Restoran Hameediyah, selesa untuk kami berlima
MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN HAMEEDIAH
Tak ke Penanglah kalau tak merasa Nasi Kandar di restoran famous ni. Terbayang-bayang kuah banjir, sotong goreng dan lauk-pauk lain sejak berada dalam kereta tadi. Al-maklum perjalanan jauh bertolak awal pagi, tentu perut pun lapar berteriak minta tolong.
Beratur di Hameediyah Restaurant
Seperti yang dijangka, ramai orang beratur di luar restoran. Cuaca ketika itu agak panas.. Namun kerana sepinggan Nasi Kandar sanggup bertahan, beratur di tepi kedai sehingga sampai giliran kami
Hameediyah Restaurant Penang
Lega bila bilangan orang beratur semakin susut
Restoran Hameediyah Penang
Teruja bila giliran kami hampir tiba.. Oleh kerana ruang kedai yang sempit, tuan kedai hanya membenarkan 2 orang sahaja masuk untuk membuat pesanan
Sotong goreng Restoran Hameediyah
Semasa beratur tadi, sempat kumpul menu so tak susah bila buat pesanan. Agak hiruk-pikuk sebab orang ramai beratur dan waktu membuat pesanan juga agak tergesa-gesa. Itu belum lagi 'pujukan' untuk menambah lauk yang agak pricey..
Prawn - RM50.00 eachSotong Goreng : RM48.00Nasi lauk ayam kampung + sayur bendi Nasi lauk ayam kampung + sayur kobis
Nasi semua 5 pinggan, lauk ayam kampung semua sama kecuali sayur sahaja yang berbeza. Overall puas hati sebab akhirnya dapat juga makan tengah hari di Hameediyah Restaurant.
MENGINAP DI FAT MONA
Next lepas makan ambil Grab menuju ke tempat penginapan. Tempat penginapan booking via Airbnb lokasi di Jalan Macalister
Fat Mona
Tempat penginapan selesa dilengkapi 2 bilik fully furnish. Setiap bilik ada bilik air.
Ruang tamuNo smokingSofa di ruang tamuBilik pertamaBilik keduaDapur
Swimming poolCafe
Rumah ini menjadi tempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam.
MAKAN MALAM DI MORE BY ARANG COFFEE
Selesai solat, berehat dan bersihkan diri, kami terus pesan Grab car ke More by Arang Coffee yang terletak di Menara Livingston, Jalan Argyll.
MORE by Arang Coffee
Siang tadi kenyang dengan nasi kandar jadi malam kami decided untuk minum coffee dan had a light dinner. Cafe ni berkonsepkan western.
MORE by Arang CoffeeMango smoothie for me Fabulous beef saladSalted Egg French FriesNachos
Puas bersembang, habis makan kami ke Padang Kota Lama untuk mengambil angin malam
AMBIL ANGIN MALAM DI PADANG KOTA LAMA
Padang Kota Lama
Unfortunately, tiada apa-apa yang menarik di Padang Kota Lama melainkan tempat orang memancing ikan dan tempat keluarga membawa anak-anak kecil bersiar-siar
SINGGAH ZUS COFFEE
Kami pun called Grab car untuk pulang ke tempat penginapan. Dalam kereta semasa perjalanan ke tempat penginapan, terasa ingin minuman sejuk. End-up kami suruh uncle Grab berhenti di ZUS Coffee yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan, just walking distance.
ZUS Coffee Jalan Macalister
Balik ke tempat penginapan berjalan kaki.. Eloklah sebab masing-masing menapau air sejuk kannn.. Penat berjalan ada sesi mengopi pula sebelum tidur
SARAPAN DI RESTORAN KAPITAN
Seawal 7.00 pagi terus bersiap dan panggil Grab car untuk breakfast di Restoran Kapitan, Chulia Street.
Restoran Kapitan Penang
Saya pesan roti canai kosong dan teh tarik.
Roti canai dan teh tarik
Masjid Kapitan Keling
Cantik masjid yang terletak di hadapan Restoran Kapitan ini. Warna bangunan restoran ini juga tak kurang menarik, warna merah.
PENANG STREET ART DI ARMENIAN STREET
Lepas puas lepak di Restoran Kapitan, kami berjalan kaki ke Armenian Street.. Ianya seperti exercise membakar lemak selepas makan sambil ambil gambar kenangan sampai puas.
Boy on the bikeMural dari besiMuralBonsaiCoffee Pastries CakesTamanWorld Heritage Building PenangArmenian Street Heritage Hotel
Berjalan dari Armenian Street menuju ke Pasar Chowrasta
BELI BUAH TANGAN DI PASAR CHOWRASTA & JERUK MADU PAK ALI
Sebelum check-out hari kedua, kami membeli buah tangan di Pasar Chowrasta. Memandangkan kami menaiki ETS maka tak perlulah beriya membeli
Pasar ChowrastaPenang jute bagsJute bags
Membeli beg baru untuk bawa buah tangan..
Jeruk Madu Pak Ali
Jeruk madu Pak Ali jangan lupa.. Itu untuk saya.
MAKAN DI KESUM ART RESTAURANT
Sebelum pulang ke tempat penginapan, kami singgah di Kesum Art Restaurant terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling
Kesum Art Restaurant
Suka dengan deco Kesum Art Restaurant ini sebab unik dan cozy
Kesum Art Restaurant interior
Sesuailah dengan konsep Art Restaurant
MenuAbout Kesum Art RestaurantInteriorBihun soto + air chrysanthemum Serabai
Makanan lain selain dalam gambar : sambal sotong, air sirap selasih, sambal paru
Lepas makan di Kesum Art Restaurant kami pulang ke tempat penginapan untuk kemas beg dan check-out.
PERJALANAN BALIK NAIK ETS PLATINUM
Perjalanan balik agak berbeza dari KL ke Butterworth. Dari tempat penginapan kami ambil Grab car terus ke KTM Penang Sentral. Perjalanan balik kami dari Butterworth ke KL kami ambil ETS Platinum
KTM Penang Sentral
Kami sampai awal, so masa menungu agak lama
ETS Platinum Train
Satu kelegaan bila dapat masuk train, rasa sejuk aircond..
ETS Platinum meal
Train mula bergerak, tak lama kami disajikan dengan snek dan nasi
ETS Meal
Sepanjang perjalanan mendung dan hujan sekali-sekala, masa tu teringatlah moment yang dilalui semalam.. Memang it's (just) not me macam tak percaya saya ada stamina jalan jauh dan menghadapi orang yang ramai. Bila dapat duduk dengan tenang barulah rasa penat badan dan kaki.. Perjalanan balik tak terasa lama.. Tiba di KL Sentral, ambil kereta di ruang tempat letak kereta NuSentral dan pulang ke Seremban. Sampai di Seremban, suami masing-masing setia menanti isteri mereka yang sudah hampir 2 hari tak berjumpa hehehe.
Begitulah cerita Trip Penang For Food Hunting Naik ETS Train. Disebabkan masa yang terhad jadi tempat makan pun terhad juga.. Kepada pembaca mungkin boleh kongsi tempat-tempat makan lain yang menarik so boleh dijadikan rujukan untuk pengalaman akan datang.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2023/11/trip-penang-for-food-hunting-naik-ets-train.html