Trip Ke Jepun Osaka Day 3 1


Disebabkan hari ke 2 ada tempat kena skip maka hari ke 3 kita mula awal sikit. Ada 2 tempat kena cover sekali untuk hari ni iaitu Shinsekai dengan Umeda Building. Kalau ikut plan asal hari ketiga ni kita akan ke Kuromon Ichiba Market, Osaka Castle dan Dotonbori/Namba/Shinsaibashi suji (area sama). Tapi mengenangkan ramai budak ni dan terkenang kan suasana pasar barang basah tu terus tak jadi pergi ke Ichiba Market. Tak berapa sesuai dengan budak ramai-ramai ni. Maka semua sepakat skip Ichiba Market tu.

Shinsekai - Tsutenkaku Tower
Maka tempat pertama yang kami lawat adalah area Shinsekai. Masuk je sini terasa macam masuk kawasan ultraman. Sumpah nampak je Tsutenkaku Tower korang mesti terbayang ultraman menyerang. Sebelum bergerak memang kena check juga weather forecast sebab musim kami pergi tu musim peralihan. Hari tu dijangka akan hujan so standby la payung dan baju hujan siap-siap. Kebetulan sampai dekat Shinsekai tu memang hujan gerimis sikit tapi ku gagah juga la sebab nak bergambar dekat area situ.




Kawasan tu cantik untuk bergambar dan kena pergi awal pagi supaya gambar korang tak diganggu orang ramai. Sebab tu tour guide pun suggest pergi sini dulu pagi-pagi. Aku dah siap google spot untuk bergambar semua. hahhaha Tu yang sampai situ laju je aku cari tempat bergambar tu. Kawasan sini memang sibuk sebab terkenal sebagai tempat hiburan dan banyak kedai makan tapi kebanyakkan non-halal la.


Lorong ni nampak macam kawasan ultraman kan? hahah


Lepas siap bergambar sini dah mula nampak ramai orang tunggu turn untuk bergambar juga. Terus lega sebab berjaya juga bergambar sini tanpa kelibat orang ramai. heheheh Kami tak naik pun menara tu sebab hurmmm entah tak rasa pun nak naik. Round area situ je bergambar then teruskan ke destinasi seterusnya.

Osaka Castle
Disebabkan kami ni private tour dengan minibus je so tak penat sangat. Agak santai je dari satu destinasi ke satu destinasi. Bagus untuk yang ada org tua dan budak-budak. Lebih selesa macam ni. Masa nak ke Osaka Castle ni memang kena jalan jauh sikit dari tempat bos berhenti. Maklum la castle kan luas so nak masuk pun jauh la. Ada je buggy kalau nak naik tapi memasing nak jalan je so jalan je la.




Dari luar pun boleh nampak tembok besar ni. Atau kalau takut sesat boleh je tanya orang dekat sini. Map pun ada je tunjuk tepi jalan tu. Kalau ikutkan boleh je masuk castle tu dan naik observation deck tu tapi semua tak rajin nak pergi dekat. Lepak dekat bawah ni je. Burung banyak dekat sini, budak-budak seronok bagi makan burung lagi dari pergi tempat lain. hahahaha. Biasa la budak-budak ni bagi main dekat tempat lapang macam ni pun dah seronok lagi pun masa dekat sini pun hujan kejap. Nasib la bawa payung. Tapi lega sebab hujan on off gerimis sekejap je. Kalau lebat aku tak tahu la mana nak lari sebab tempat ni memang kawasan lapang tak ada tempat berteduh pun.


Mungkin juga aku dah tak sanggup nak jalan dah so memang dapat bergambar depan ni pun dah cukup. Lepas tu baru perasan dekat dengan castle tu ada construction.


Kami pergi kan awal musim luruh so daun pun baru belajar nak kuning. Nampak pokok macam ni pun dah excited kejap. hahahah tapi yang bagus tak payah susah nak pakai baju berlapis-lapis.Cukup pakai tshirt lengan panjang. Tapi kalau angin lalu tu boleh tahan sejuk. hahah

Ini kalau betul tengah musim luruh mesti cantik gila. hehhehe
Macam-macam la dua beranak ni


Kalau pergi masa peak season masa musim bunga atau luruh memang akan nampak ramai orang berkelah atau banyak festival dekat sini. Tapi masa aku pergi ni tak ada apa yang special pun lagi. So seronok berjalan je la. Bergambar pun tak nampak musim luruh sebab pokok masih hijau.


Dekat Jepun ni kan banyak kedai serbaneka (konbini) so memang asyik la ulang masuk beli air la makanan la. aiskrim la. Keluar je dari castle ni lepak dulu dekat konbini Lawson. haha

Makan tengahari di restoran Matsuri
Lepas tu ke Matsuri untuk makan tengahari. Finally dapat makan makanan jepun halal. Nak makan makanan jepun ni masa kena jaga sebab restoran jepun memang limit masa operasi kalau tidak kena bungkus je. Tak boleh makan dekat dalam. Lagi satu kebanyakkan restoran jepun ni sempit so tempat sangat limited. Rezeki kami masa pergi ada tempat tapi itu pun kena tunggu kejap sebelum dapat semua masuk. Maklum la kami ni ramai juga.

Ni depan kedai tu. Kalau dah lepas waktu lunch boleh take away je dekat tingkap tu. Tak boleh makan dalam ni.
Separuh duduk dekat meja kerusi area depan ni. Memang ini rupa kedai makan dekat Jepun. Sempit dan memang muat-muat lalu dan duduk je

Ada jual macam-macam juga tu makanan halal tapi aku pun tak sempat nak tengok apa barang yang dijual belakang aku tu. Sibuk melayan budak aktif sorang ni. Sambil tunggu yang lain siap bawa dia jalan depan kedai tu dulu. Nak lepas dalam kedai mana boleh sebab sempit. 


Dekat sini memang macam-macam la kami order. Dapat merasa ramen original, okonomiyaki, japanese curry, takoyaki dan apa entah lagi adik ipar aku order. Kongsi rasa la apa ada. Tapi takoyaki tu sumpah sedap. Ramen pun sedap gila. hahahha Mungkin sebab kami lapar juga. Cuma sushi je aku tak order sebab semua macam tak masak. hahahha terus tak reti nak makan sushi dekat jepun ni. Semua nampak raw gila so memang tak la aku makan. hahaha Masa makan ni elok anak aku tidur so senang la nak melantak.

Okonomiyaki - 638yen
Takoyaki - 748yen
Ramen - 825yen

Separuh duduk dekat area sebelah dalam ni. Ni masa mula masuk memang berlaga la dengan orang meja belakang sebab tu orang jepun duduk pun ada gaya kan tapi orang kita nak bersila la berlunjur la. hahahahha Masa ambil gambar ni orang meja sebelah baru keluar. Laki aku tu kerja dimana jua.

Disebabkan cerita panjang kita sambung post lain la ye. Ni baru cerita sampai lunch je belum sampai ke malam lagi. hahhahaah Seterusnya kami singgah solat dekat Masjid Osaka, Umeda Building dan juga merayau mencari glico man. Icon osaka itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2020/04/trip-ke-jepun-osaka-day-31-shinsekai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day 3 3 Hari 2 Malam Berjaya Tioman Resort Trip

Day 3 3 Hari 2 Malam Berjaya Tioman Resort Trip

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 412 hits
DAY 3 BERJAYA TIOMAN RESORT TRIP Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Alhamdulillah dah ke bahagian terakhir trip kami di BERJAYA TIOMAN RESORT Sambung kembali story entri blog part 3 Percutian terindah bersama keluarga kecil kami Ba...
Palm Oil Prices Fall After Top Buyer India Imposes 21 Day Lockdown

Palm Oil Prices Fall After Top Buyer India Imposes 21 Day Lockdown

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 206 hits
Malaysian palm oil futures fell on Wednesday on demand worries after top buyer India imposed a three week lockdown to stem the spread of the coronavirus but supply concerns after Malaysia suspended some palm operations capped losses The ben...
Bursa Malaysia Slips Into Red After Two Day Rally

Bursa Malaysia Slips Into Red After Two Day Rally

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 232 hits
Bursa Malaysia slipped into the red due to a decline in interest after two days of rally in line with other Asian stocks on the back of declining oil prices as well as US treasury rise At 9 10am the key index FTSE Bursa Malaysia KLCI slippe...
Mco Day 1 2 Bye Office See You On 15 April

Mco Day 1 2 Bye Office See You On 15 April

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 272 hits
Bye Office See You on 15 April Assalamu alaikum Sepertimana yang kita semua tahu Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31
Air Max Day Meraikan Sniker Ikonik Nike

Air Max Day Meraikan Sniker Ikonik Nike

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 192 hits
Air Max 2090 Saya mungkin sedikit berat sebelah bila menulis tentang sniker ini Air Max antara sniker paling saya suka Malah dalam simpanan saya punya beberapa pasang Air Max dalam pelbagai warna Paling saya suka ialah Air Max 90 warna puti...
Work From Home Day 7

Work From Home Day 7

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum Baru masuk Day 2 Work From Home As for now I OK la lagi Memang occupied je all the time sebab nak settle house chores and kerja office and at the same time nak tengok Shein punya online kerja sekolah as well Dah la ada deadl...
5 Day Stay At Klia2 Transit Comes To An End For Russian Woman Son

5 Day Stay At Klia2 Transit Comes To An End For Russian Woman Son

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 282 hits
Russian national Val Azure s son Kyri sleeping at the klia2 transit area on March 25 PETALING JAYA A stressful five day stay at klia2 is finally over for Russian national Val Azure and her son after she was given permission to enter the cou...
Full Day On Apps

Full Day On Apps

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 244 hits
Full day on apps Juga posting lama baharu nak up 12 Mac Hari ni hari untuk servis abam livina Booking awal menggunakan apps Drive oleh Nissan Singgah jap di Petronas Bukit Indah Isi full guna Setel Selesai hantar terus on Grab untuk bergera...
Kit Siang Calls For 2 Day Parliament Meeting To Approve Rm250 Bil Stimulus Package

Kit Siang Calls For 2 Day Parliament Meeting To Approve Rm250 Bil Stimulus Package

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 249 hits
DAP veteran Lim Kit Siang has called for a two day emergency meeting of Parliament to approve the government s RM250 billion economic stimulus package and debate the earliest possible re start of the Malaysian economic engine The Iskandar P...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025