Trend Pemasangan Dashcam Satu Perkembangan Yang Positif


     Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Trend pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan yang positif.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak berkata ia kerana dashcam yang mampu merekodkan pelbagai kejadian di atas jalan raya boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca sesuatu kemalangan.

Loading...
“Contohnya, apabila berlakunya satu kemalangan, pada mulanya ia dikatakan terjadi kerana kecuaian pemandu. Namun selepas siasatan dibuat melalui rakaman dashcam, kita mendapati kemalangan berlaku kerana faktor lain seperti tayar meletup sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Pemasangan dashcam juga selari dengan usaha MIROS dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya, katanya.

Pada 20 Jan lepas, satu kemalangan ngeri di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dipandunya dilanggar sebuah kereta lain jenis Toyota Vios, yang mana video rakaman dashcam kejadian itu tular dalam laman sosial.

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun menyedari akan kebaikannya, namun kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewajibkan pemasangan kamera itu pada setiap kenderaan di Malaysia kerana tidak mahu membebankan rakyat.

Namun, Anthony memuji usaha pemilik kenderaan yang mengambil inisiatif sendiri memasang dashcam pada kenderaan mereka.


Dalam pada itu, Siti Zaharah berkata dashcam juga wajar dipasang pada kenderaan keselamatan seperti ambulans, kereta peronda polis dan jentera bomba kerana ia dapat membantu melancarkan operasi pasukan penyelamat dan keselamatan.

“Ada kalanya ambulans memerlukan ruang untuk lalu di jalan raya dengan pantas bagi menyelamatkan nyawa pesakit tetapi ia dihadang oleh kenderaan lain, melalui rakaman dashcam kita akan dapat kenal pasti pemandu-pemandu yang tidak bertoleransi itu dan seterusnya membantu pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

Oleh itu, katanya, walaupun tidak diwajibkan namun pemilik kenderaan digalak memasang dashcam, apatah lagi pemasangan alat itu tidak melibatkan proses yang sukar dan harganya berpatutan iaitu serendah RM40 bergantung kepada spesifikasi dashcam.

“Ianya boleh dipasang dengan mudah iaitu hanya ‘plug and play’. Tidak mengganggu sistem kenderaan pun. Fungsi asasnya adalah untuk merakam dan merekod sahaja tetapi ada juga versi dashcam terkini yang mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti boleh merakam kemalangan yang berlaku pada waktu malam dengan jelas dan paparan yang luas. Ada juga dashcam yang mempunyai sistem amaran pelanggaran hadapan,” katanya.

Seorang penjawat awam Syed Iylia Hariz Syed Izman, 31, berkata beliau telah memasang dashcam pada keretanya sejak dua tahun lepas ekoran pelbagai kejadian penipuan kemalangan dan langgar lari yang sering tular dalam media sosial.

“Dashcam bagi saya amat penting terutama apabila isteri saya yang memandu kereta saya bersendirian supaya dia dapat mempertahankan diri dan tidak menjadi mangsa buli sekiranya berlaku sesuatu pelanggaran,” katanya.

Seorang pekerja swasta Rizuwan Zaini, 30 menasihati mereka yang ingin memasang dashcam supaya ‘jangan berkira’ untuk membeli dashcam yang mempunyai kualiti rakaman yang tinggi.

Beliau berkata dashcam yang dipasangnya sejak 2016 dengan harga RM400 itu mempunyai kamera hadapan dan belakang serta boleh merakam pada waktu malam dengan jelas.

“Pemasangannya pun sekejap sahaja. Tidak sampai dua jam. Jadi tidak salah kita peruntukan sedikit duit dan masa untuk memasang dashcam kerana alat itu mungkin akan sangat membantu kita satu hari nanti,” katanya.

- Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/trend-pemasangan-dashcam-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Quot Tunjuk Perkembangan Positif Tapi Masih Di Icu Quot Lana Nodin Bersyukur Walaupun Anaknya Masih Perlu Dipantau

Quot Tunjuk Perkembangan Positif Tapi Masih Di Icu Quot Lana Nodin Bersyukur Walaupun Anaknya Masih Perlu Dipantau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 273 hits
Hiburan Seminggu juga keluarga Lana Nodin dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya Muhd Daud bergelut dalam mimpi ngeri Segalanya bermula apabila mendapat tahu anak keduanya William Daud Mckienzie atau panggilan manjanya billy mengala...
Tanggal Hijab Bukan Satu Trend Suka Suka Untuk Raih Populariti

Tanggal Hijab Bukan Satu Trend Suka Suka Untuk Raih Populariti

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 291 hits
Isu selebriti Emma Maembong tanggalkan hijab masih lagi menjadi bualan ramai meskipun selebriti ini tampil memohon maaf kepada netizen Namun perbuatan ini The post appeared first on
Anak Korang Macam Ni Tak Beli Baju Banyak Tapi Yang Pakai Cuma Satu Ds Aliff Syukri

Anak Korang Macam Ni Tak Beli Baju Banyak Tapi Yang Pakai Cuma Satu Ds Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 357 hits
Dato Seri Aliff Syukri telah memuatnaik gambar anak ketiganya Ibraheem Adham memakai baju kesukaan Baem Menerusi posting tersebut beliau tertanya tanya adakah anak anak yang lain juga mempunyai perangai yang sama dengan anaknya Anak korang ...
Empat Pencuri Motor Bersenpi Digulung Polisi Satu Tewas Ditembak

Empat Pencuri Motor Bersenpi Digulung Polisi Satu Tewas Ditembak

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 240 hits
Subdit 3 Resmob Dit Reskrimum Polda Metro Jaya menangkap empat pelaku pencurian dengan kekerasan Keempatnya merupakan penjahat sadis yang setiap beraksi menggunakan senjata api
Pemerintah Jokowi Naikkan Target Program Satu Juta Rumah Jadi 1 25 Juta Unit

Pemerintah Jokowi Naikkan Target Program Satu Juta Rumah Jadi 1 25 Juta Unit

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 273 hits
Target tersebut naik mengingat realisasi program satu juta rumah pada 2018 berhasil tembus mencapai mencapai 1 132 621 unit
Kasi Belasah Satu Kali Ditahan Reman Pengasuh Adam Rayqal Teruk Dikecam

Kasi Belasah Satu Kali Ditahan Reman Pengasuh Adam Rayqal Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 338 hits
Berikutan kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhnya Jalan Nahkoda Kiri Tiga Kampung Nakhoda Batu Caves malam tadi nampaknya dua suspek telah direman untuk membantu siasatanMenerusi seorang pengguna Face...
Pengacara Siapkan Satu Rumah Jika Permohonan Vanessa Sebagai Tahanan Kota Disetujui

Pengacara Siapkan Satu Rumah Jika Permohonan Vanessa Sebagai Tahanan Kota Disetujui

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 198 hits
Pengacara sudah mempersiapkan dengan matang upaya pengalihan status artis Vanessa Angel dari tahanan Rutan Polda Jatim menjadi tahanan kota Untuk menunjang pengalihan status tahanan tersebut pengacara menyiapkan satu rumah khusus untuk Vane...
Satu Hakim Nilai Perantara Suap Amin Santono Harusnya Bebas Dakwaan Korupsi

Satu Hakim Nilai Perantara Suap Amin Santono Harusnya Bebas Dakwaan Korupsi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 229 hits
Hakim Sofialdi menilai Eka sedianya dibebaskan dari dakwaan menerima suap karena bukan pegawai negeri Dasarnya undang undang tindak pidana korupsi di mana unsur penerima suap haruslah memiliki latar belakang penyelenggara negara
Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil Alih Salah Satu Penerbit Podcast Popular

Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil Alih Salah Satu Penerbit Podcast Popular

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 354 hits
Spotify pada hari ini sedia popular dengan penawaran audio mereka terutamanya muzik dan lagu Dalam mevariasikan kandungan yang disediakan pihak Spotify telah sedia menambah beberapa kandungan berbentuk podcast sebelum ini sekaligus menawark...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya