Trend Guna Straw Besi Tapi Benarkah Ia Selamat


Trend penggunaan straw besi atau ‘stainless steel’ sudah mula menarik perhatian ramai pengguna. Ini berikutan banyak kedai makan atau restoran yang sudah mula untuk tidak menyediakan penyedut minuman atau straw bagi pelanggan mereka.
Apabila straw sudah tidak disediakan, masing-masing dilihat mula menggunakan straw yang dibeli sendiri iaitu penyedut minuman besi. Ia boleh digunakan secara berulang kali, dengan syarat ia dibasuh sebelum digunakan kembali.
Namun timbul persoalan, adakah penggunaan straw besi ini pula benar-benar selamat untuk anda? Ikuti penjelasan oleh Hello Doktor di bawah.
Adakah straw besi selamat? Straw besi biasanya diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat dengan kualiti gred makanan. Ini bermakna, ia selamat untuk digunakan sebagai salah satu peralatan makanan.
Ia adalah 100% selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik berbanding straw plastik pakai buang yang biasa kita gunakan. Ia juga pilihan yang lebih berbaloi berbanding straw jenis lain seperti buluh yang mudah patah dan jangka masa penggunaan yang pendek.
Walau bagaimanapun, memandangkan sifatnya yang tidak fleksibel atau tidak boleh dilentur sepertimana straw plastik, ia perlu digunakan secara berhati-hati. Jika tidak, ia akan menyebabkan kecederaan kecil pada bahagian gusi atau lelangit mulut.
Jika anda masih tidak tahu, pernah berlaku kejadian yang agak mengerikan akibat penggunaan straw besi yang disebabkan oleh sedikit kemalangan di dapur rumah.
Tercucuk mata, otak Di England, seorang wanita yang berusia 60 tahun telah mengalami kecederaan pada mata kirinya apabila penyedut minuman besi yang dibawanya di dalam gelas telah tercucuk pada matanya setelah dia terjatuh.
Straw yang berukuran 10 inci tersebut juga telah tertusuk terus ke bahagian otaknya, yang menyebabkannya mengalami kecederaan otak yang agak teruk. Dia kemudiannya meninggal dunia keesokan harinya disebabkan oleh kecederaan yang berlaku.
Straw besi itu sendiri tidaklah berbahaya, tetapi pengendalian yang kurang cermat dan tidak berhati-hati boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.
Kebaikan penggunaan straw besi Walaupun harga straw besi ini agak mahal, ia agak berbaloi untuk penggunaan jangka panjang. Pertama, ia mudah untuk dicuci memandangkan setiap pembelian akan disertakan bersama dengan berus pencuci khas.
Ia juga boleh dikitar semula apabila anda tidak lagi ingin menggunakannya. Selain itu, straw besi juga tidak mudah rosak dan berkarat memandangkan ia diperbuat daripada jenis keluli tahan karat.
Memandangkan penyedut minuman besi ini dihasilkan daripada logam, ia tidak sesuai untuk digunakan bagi hidangan minuman panas memandangkan logam merupakan pengalir haba yang baik. Tapi, siapa yang minum air panas menggunakan straw kan?
Bagi ibu bapa pula, jangan sesekali biarkan anak kecil anda menggunakan straw besi tanpa pemerhatian anda. Mereka tidak boleh secara sewenang-wenangnya menjadikan penyedut minuman besi sebagai alat permainan agar mereka tidak tercedera.
Sumber : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/31/trend-guna-straw-besi-tapi-benarkah-ia-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Mewah Tapi Guna Pinggan Besen Plastik Kualiti Pasar Malam

Majlis Mewah Tapi Guna Pinggan Besen Plastik Kualiti Pasar Malam

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 407 hits
Tindakan Majlis Asean Award menghidangkan makanan menggunakan pinggan plastik mengundang pelbagai reaksi termasuk pengasas produk kosmetik terkenal Rozita Ibrahim dan chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail Rozita yang merupakan ibu ...
Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 487 hits
Bosan dengan resipi finger food yang selalu dicuba pada anak apa kata kali ini mama cuba pula resipi yang seakan nugget ayam ini pada anak kecil kita Bukan nugget ayam tetapi Jejari Keledek yang dihasilkan mengikut bentuk jari dan comel Ben...
Benarkah Kata Tpm Basikal Lajak Menjadi Trend Remaja Masa Kini

Benarkah Kata Tpm Basikal Lajak Menjadi Trend Remaja Masa Kini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 421 hits
Kuala Lumpur Basikal Lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya sememangnya haram berada di atas jalan raya tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Basikal Lajak ni memang tiada brek...
Vape Bahaya Tapi Ramai Tak Tahu Jika Guna Perisa Ini Rupanya Lagi Mengundang Padah Kajian

Vape Bahaya Tapi Ramai Tak Tahu Jika Guna Perisa Ini Rupanya Lagi Mengundang Padah Kajian

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 321 hits
Bila sebut sahaja rokok elektronik atau vape pastinya umum mengetahui ianya telah mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan perokok tanpa mengira usia dan jantina Ini kerana ia kononnya lebih selamat dan tidak mempunyai kandungan ...
Anak Suka Pancake Tapi Tak Makan Sayur Gabungkan Sekali Je Tak Sedar Anak Makan Sampai Habis

Anak Suka Pancake Tapi Tak Makan Sayur Gabungkan Sekali Je Tak Sedar Anak Makan Sampai Habis

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 445 hits
Sayur dalam kudapan itu biasa namun sayur dalam pancake sememangnya cukup unik Sayur yang dikisar dalam adunan pancake sememangnya satu trik buat anak yang tidak makan sayur Resipi perkongsian ini nampak sedap Lagi lagi dengan gabungan loba...
Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 412 hits
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran namun jauh di sudut hati ibu ayah anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati Anak sulung biasanya mempunyai karektor yang tenang tetapi tegas Di sebalik ketenangan dan ke...
Komik Tiada Kaitan Dap Tapi Guan Eng Tulis Prakatanya

Komik Tiada Kaitan Dap Tapi Guan Eng Tulis Prakatanya

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 427 hits
Komik tiada kaitan DAP Guan Eng tulis prakatanya kata Najib Najib Razak terus membuat hantaran di Facebook mempersoalkan DAP selepas ketua menteri Pulau Pinang dan ketua pemuda DAP menafikan parti itu mempunyai apa apa kaitan dengan sebuah ...
Bukan Komplot Tapi Wajib Bentuk K Jaan Baru Tanpa Dap 7 Sebab

Bukan Komplot Tapi Wajib Bentuk K Jaan Baru Tanpa Dap 7 Sebab

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 217 hits
Komplot bentuk kerajaan baru tanpa DAP Amanah akan gagal KUALA LUMPUR Komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah adalah tidak bermaruah dan akan gagal kata Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata beliau yakin semua p...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tips Mudah Jadi Miskin

Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli