Trend Golongan Muda Jadi Wakil Rakyat Jadi Perhatian Pengundi


    Foto oleh Bernama

SEMENYIH - Kemunculan dua calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, menjadi perhatian penduduk di sini khususnya golongan belia, yang jelas begitu teruja dengan trend meletakkan golongan muda untuk menjadi wakil rakyat.

Kehadiran Muhammad Aiman Zainali, 30, yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjadi tumpuan pada PRK kali ini.

Loading...
Pemerhatian Bernama mendapati sehingga semalam, walaupun baru memasuki hari kelima tempoh berkempen, kedua-dua calon dilihat tidak kekok malah begitu mesra apabila bertemu dengan pengundi dan orang ramai.

Bagi generasi muda di sini, rata-rata teruja melihat kelibat calon muda yang dianggap sebagai pembaharuan dalam politik tempatan dan bukti kepada peranan anak muda yang semakin diberi perhatian.

Amin Nizam, 25, yang baharu sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, berkata selain menilai tawaran yang dijanjikan calon, keperibadian dan pendekatan calon berkempen turut menjadi kayu ukur untuk menjadi wakil rakyat.

“Walaupun mereka (semua calon) ada cara tersendiri untuk mendekati kami, namun pada saya calon muda dilihat lebih terbuka dan bijak menyesuaikan diri ketika bertemu pengundi.

Apabila mereka (calon muda) bertemu dengan pengundi yang lebih muda atau sebaya, cara mereka lebih santai dan tak rasa jurang usia,” kata Amin kepada Bernama.

Tambahnya, kehadiran pemimpin muda mampu menggarap corak kepimpinan yang lebih segar, berdaya saing dan memperjuangkan suara serta sosio-ekonomi golongan belia.

Bagi pekerja swasta Hamizi Mamat, 30, beliau tertarik dengan ketokohan yang ditonjolkan oleh calon-calon muda pada PRK Semenyih ini.

“Kedua-duanya saya dah jumpa dan daya kepimpinan mereka amat menyerlah, malah mereka bijak mendekati masyarakat,” katanya.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 23,976 atau 43.99 peratus daripada 54,503 pengundi berdaftar di Semenyih berusia 21 hingga 39 tahun.

Walaupun masih muda, pengalaman Muhammad Aiman dan Nik Aziz Afiq yang masing-masing aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, memudahkan mereka apabila berdepan dengan masyarakat selain menjadi nilai tambah untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

Dalam keseriusan dan kesibukan masing-masing berkempen, mereka tetap ‘sempoi’ dengan melayan permintaan orang ramai untuk berswafoto.

Muhammad Aiman yang juga Bendahari Bersatu Hulu Langat, berkata berdasarkan sokongan yang diterima daripada belia tempatan beliau optimis untuk memenangi hati rakyat di DUN Semenyih.

“Apabila jumpa dengan anak-anak muda Semenyih, mereka menyatakan sokongan yang padu kepada saya dan Pakatan Harapan,” katanya.

Bagi Nik Aziz Afiq, beliau yakin calon muda mampu menarik sokongan dan undi di kalangan golongan muda.

Saingan empat penjuru pada PRK ini, menyaksikan Muhammad Aiman dan Nik Aziz menentang calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi, 58, dan calon Bebas, Kuan Chee Heng, 56, atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang'.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

SPR menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi, sementara pengundian awal 26 Februari ini.

 - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/trend-golongan-muda-jadi-wakil-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Bekas Wakil Rakyat Umno Sudah Bertaubat

Azmin Bekas Wakil Rakyat Umno Sudah Bertaubat

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 652 hits
February 14 2019 1 00 AMAzmin Ali timbalan presiden PKRHULU LANGAT Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini menepis kritikan terhadap penyertaan 7 bekas ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM mengatakan wakil wakil rakyat itu sudah men...
Wakil Rakyat Ph Mati Satu Persatu Petanda Dari Allah Kepada Rakyat Mohamed Satim

Wakil Rakyat Ph Mati Satu Persatu Petanda Dari Allah Kepada Rakyat Mohamed Satim

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 349 hits
The ReporterKetua UMNO Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman menyifatkan kematian wakil wakil rakyat Pakatan Harapan sejak PRU14 yang lalu adalah petanda amaran daripada Allah agar rakyat Malaysia memilih parti yang tepat Mohamed yang member...
1 Juta Padanan Kerja Untuk Golongan Muda Menjelang Penghujung Tahun 2019

1 Juta Padanan Kerja Untuk Golongan Muda Menjelang Penghujung Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 459 hits
SlingApp Bekerjasama Dengan eRezeki Untuk Menggalakkan Penyertaan Golongan Belia Dalam Ekonomi DigitalAplikasi mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia SlingApp mensasarkan lebih daripada satu juta padanan kerja ...
Ph S Confusing Answer On Tolls Well Lets Hope More Wakil Rakyat Will Drop Dead Anyway

Ph S Confusing Answer On Tolls Well Lets Hope More Wakil Rakyat Will Drop Dead Anyway

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 265 hits
Here is some really confusing news from Pakatan Harapan on the toll reduction government to abolish toll gradually in phasesstudy will only be finished by JuneBaru Bian final decision after study looking at short term medium term long term ...
Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 506 hits
The ReporterBaru baru ini Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bantuan Bantuan Sara Hidup RM100 bagi golongan bujang yang memberi manfaat kepada tiga juga individu dengan peruntukan RM300 juta Pengumuman bantuan itu mendapat banyak rea...
Projek Minyak Hitam Free Jika Berjemaah Subuh Di Masjid Inisiatif Kindness Malaysia Untuk Tarik Golongan Muda

Projek Minyak Hitam Free Jika Berjemaah Subuh Di Masjid Inisiatif Kindness Malaysia Untuk Tarik Golongan Muda

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 294 hits
Minyak hitam Free Jika Berjemaah Subuh Di Masjid Inisiatif Kindness Malaysia untuk tarik golongan muda Membuat kebaikan sebenarnya adalah sangat mudah Tidak hanya dengan melakukan ibadah memberi bantuan dan menyenangkan hati ramai pihak tur...
Wakil Rakyat Umno Yang Keluar Parti Akan Disaman Annuar Musa

Wakil Rakyat Umno Yang Keluar Parti Akan Disaman Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 298 hits
KOTA KINABALU 8 Feb 8211 Bekas anggota UMNO Sabah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam PRU Ke 14 lepas dan keluar parti itu bakal menerima saman daripada UMNO kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata tindak...
Bantuan Rm100 Bsh Mampu Tarik 60 Peratus Pengundi Muda Di Prk Semenyih

Bantuan Rm100 Bsh Mampu Tarik 60 Peratus Pengundi Muda Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 313 hits
Prestasi cemerlang kerajaan PKR di Selangor serta bantuan RM100 melalui pemberian Bantuan Sara Hidup kepada golongan bujang dianggap sebagai punca sokongan 60 peratus pengundi muda di Prk Semenyih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Pengarah Pi...
Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 393 hits
15 Februari 2019 9 43 PM KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberikan kerjasama ba
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya