Ini dekat imigresen Malaysia. Turun bawa passport sahaja. Sampai imegresen Malaysia kena bawa white card dan juga passport. Malaysia punya boleh lagi kalau nak bergambar. Masuk Thailand tak dibenarkan mengambil gambar sama sekali. Ini kira masih awal lagilah, tak berapa ramai orang. Masuk Thailand punya penuh orang, ambil masa jugalah.
Kalau ikutkan melawat beberapa temple. DI Thailand ini, agak banyak juga temple korang boleh kunjungi. Memandangkan sini aku tak tahu nama apa, aku bagi nama temple gajah sahajalah. Memandangkan ia di bina dalam bentuk gajah yang sangat besar. Sangat unik. Kebesaran mereka memang gajah
Ini pun temple juga. Temple ini terletak dalam kebuh pokok getah. Tersembunyi sikit kawasannya. Tapi masih okay dan bersih tempatnya. Perhentian dekat temple ini tak lama mana pun, dah selesai bergambar terus ke Kai Tod Decha Halal Restaurant.
Ini salah 1 restoran halal yang agak famous jugalah dekat Thailand. Datang lambat sikit memang kena ambil Q la jawabnya. Masa kami sampai pun memang dah padat dengan orang. Terpaksalah duduk seperate. Datang Thailand ini jangan lepaskan peluang rasa kenikmatan air teh ais nya. Memang padu macam dekat Kelantan. Tapi Kelantan medu sangat, sini punya mampu control lagi dia punya gula. Tak berapa manis mahupun tawar
Group aku order nasi kunyit ayam sorang 1, ikan steam dengan sayur2 pinggan tu. Memang boleh repeat lagi datang sini. Makanan sedap-sedap belaka. Sebelum makan, masing-masing muka kelaparan, bila dah mencekik masing-masing tersandar. 


Sangat rekomen la kalau datang sini order air ini. Tapi tak berapa sesuai bila makan dengan nasi cepat kenyang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |