Travelogue Thailand Part 6 Hatyai Day 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pasti ada yang pelik macam mana boleh pulak artikel travel ke Thailand boleh ada diwaktu sedang pandemik bukan? Sebenarnya artikel ini adalah sambungan untuk siri travelogue Thailand yang aku pergi sebelum MCO 0.1 dahulu

Kepada anda yang belum sempat baca siri yang lalu, anda boleh baca di Phatthalung - Instagrammable Place . Siri travelogue ke 6 ini aku akan ceritakan lokasi seterusnya iaitu Hatyai. Terlebih dahulu, travel aku ke Thailand ini adalah pada awal bulan Mac 2020 dikelolakan oleh Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur



 6.00 PETANG 
Perjalanan dari lokasi terakhir untuk ke Hatyai mengambil masa beberapa jam jugak. Sempatlah aku dan rakan-rakan tertidur. Yalah, pelbagai aktiviti dari pagi sudah dilakukan sampailah ke petang. Alhamdulillah, sekitar jam 6 petang, kami sampai ke Hatyai. Lokasi pertama yang kami singgah adalah di Klong Hae Floating Market


Waktu kami sampai, memang agak meriah. Ramai pengunjung, aku ada nampak juga ramai pengunjung dari Malaysia yang melancong ke sini. Membeli barang mungkin. Ada juga persembahan dan lagu-lagu yang berkumandang


Muka baru bangun tidur, tak pasti kenapa mata nampak kecil

Bergambar bersama blogger terkenal, DboyStudio

Meriah memang meriah. Ketika itu di dunia Covid-19 baru bermula, pemakaian pelitup muka masih belum diwartakan. Orang ramai bebas bergerak ke sana sini, membeli juadah dan barangan. Walaubagaimanapun, peniaga disitu mula merasakan jumlah pengunjung semakin berkurangan

Kak Noor & Kak Maria bergambar mesra.
Antara juadah yang dibeli. Aku tidak membeli apa-apa barangan sebab masih kenyang. Tambahan pula lepas ini ada agenda lain pula. Waktu itu aku hanya menantikan bilik hotel sahaja, untuk berehat.

 7.00  MALAM  
Agenda berikutnya adalah menuju ke hotel tempat penginapan untuk malam terakhir di Thailand. Tak lama pun sebenarnya dekat Khlong Hae Floating Market tu. Penginapan kami di Hatyai adalah di New Season Square Hotel


Hotel New Season Square ini terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai.  Bila terletak di tengah-tengah ni, memang akses nak ke mana-mana lokasi adalah mudah

Gambar kenangan bersama rombongan sebelum naik ke bilik hotel.
Alhamdulillah, tibalah masa untuk membersihkan diri, segarkan balik badan dan kumpulkan tenaga untuk aktiviti malamnya


Suasana dalam bilik hotelnya cukup selesa. Tambah selesa lagi bila dapat bilik seorang diri. Kelengkapannya semua cukup dan terbaik. Setelah selesai membersihkan diri dan membuat apa yang patut, kami pun berkumpul di kawasan lobi hotel untuk ke tempat makan malam

 7.30 MALAM 

Bila selalu makan makanan laut, rindu pula nak makan ayam goreng. Alhamdulillah, lokasi makan malam kami pada malam tersebut adalah di sebuah restoran Halal iaitu Kai Tod Decha Halal Restaurant

Katanya memang ramai pengunjung dari Malaysia yang selalu makan disini. Nasib baik aku baru sahaja membuang isi-isi perut aku dihotel, jadi bolehlah aku makan sepuas-puasnya untuk malam terakhir di sini

Antara juadah pada malam tersebut
Memang teruja bila melihat semua juadah dan menu di atas meja. Kalau blogger, seperti biasa sebelum makan pastinya perlu beberapa minit untuk mengambil gambar terlebih dahulu. Ayam gorengnya memang betul-betul sedap. Memang benar apa yang aku lihat pada komen-komen orang pada restoran ini, memang sedap dan rangup


Suasana restoran juga tidaklah sesibuk mana pada malam itu. Kalau dilihat di Hatyai sendiri, pelancong dari luar negara sudah mula berkurangan. Apa-apapun memang aku berpuas hati dapat makan makanan sedap di restoran Kai Tod Decha ini.

 8.45 MALAM 
Selepas makan, pasti perut dah penuh. Aku rasa sepanjang berada di Thailand ni, memang tak habis-habis ayik makan sahaja. Balik Malaysia memang kena diet semula. Okaylah, bila perut dah penuh, kenalah berjalan-jalan. Lokasi berikutnya sebelum pulang bermalam di bilik hotel adalah ke Makinta Night Market.

Makinta Night Market ini adalah salah satu lokasi tarikan terbaru (pada waktu tersebut) di Hatyai. Sebuah pasar dan tempat membeli barangan. Anda juga boleh melepak di kawasan ini. Ada juga kawasan yang menjual makanan dan sebagainya


Disebabkan masih baru, jadi masih tak ramai orang sangat. Apa yang aku nampak ramai rakyat tempatan Thailand ke sini. Untuk pengunjung dari luar, memang agak kurang. Mungkin ada beberapa faktor mengapa kurang pengunjung. Pertama market ini masih baru, jadi orang tak berapa kenal, keduanya Covid-19 yang baru sahaja bermula menyebabkan ramai pengunjung luar mula risau dan takut untuk travel. 
Setelah selesai membeli belah (aku sempat grab beberapa barang), kami pun pulang ke bilik hotel dan diwaktu perjalanan pulanglah aku mendapat berita buruk daripada keluarga aku di Malaysia. Aku ada ceritakan kisah ini di dalam satu artikel iaitu kisah mengenai Baby Daniel Jantung Berlubang. Alhamdulillah, sekarang Baby Daniel sudah sihat walafiat dan baru sahaja boleh berjalan

Sekian sahaja untuk cerita bahagian ke 6 ini. In shaa Allah bahagian berikutnya aku akan cerita tentang hari terakhir di Hatyai dan juga di Thailand. Harapnya aku dapat siapkan artikel travelogue ini secepat mungkin

Anda boleh membaca artikel travelogue yang terdahulu :-
Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To Satun Travelogue Thailand : [Part 2] Satun - Prasad Hin Punyod Tour Travelogue Thailand : [Part 3] Phatthalung - Sri Parkpra Resort & Thale Noi Travelogue Thailand : [Part 4] Phatthalung - Nhanmoddang ResortTravelogue Thailand : [Part 5] Phatthalung - Instagrammable Place
#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand
Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/02/travelogue-thailand-part-6-hatyai-day-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day 7 Overthinking

Day 7 Overthinking

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum dan hi semua Maaf entry kali ni pun mungkin tidak dikategorikan sebagai positive vibes post tapi tak apa aku cuma mahu meluahkan perasaan Kalau tak mahu teruskan tak mengapa Ada satu tweet yang aku pernah baca In this curren...
Day 6 That One Time

Day 6 That One Time

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum and hello everything lolSebenarnya benda ni dah beberapa hari jugak la berlaku pada aku dan aku rasa mungkin sesetengah orang pun pernah mengalami benda yang hampir sama macam aku Which is orang yang kita rapat suddenly kita...
Day 5 New Goals

Day 5 New Goals

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum and hello everything Waktu tu sedang asyik scroll twitter reading facts and jokes sampailah terjumpa tweet yang mengubah aku Ceh ayat dramatis sangat Lagi lagi tengah MCO ni kan rasa macam lifeless sangat hidup Online class ...
Day 4 Does Cat Understand Human Language

Day 4 Does Cat Understand Human Language

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum and hello guys Nak ulang intro sama pun rasa macam nanti korang muak pulak so kita proceed kepada content je la uhuk Waktu tu around pukul 11 ke 12 pagi macam tu tengah duduk kat ruang tamu sambil tengok tv Tiba tiba kakak f...
Day 8 Taha

Day 8 Taha

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum dan hi everything Okay kali ni terjamin insya Allah entry ni mengandungi positive vibes Haha Jadi macam hari hari sebelum ni aku akan membaca al Quran setiap kali selepas solat Dan kali ni aku sudah sampai ke Surah Taha Dan ...
Day 9 Your Opinion Matters

Day 9 Your Opinion Matters

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum dan hi semua Cakap pasal pendapat semua orang ada pendapat masing masing Ada waktu kita akan sependapat dengan orang lain ada waktunya kita akan bertentangan dengan pendapat orang lain Tak mengapa Kita raikan semua pandangan...
Day 12 Communication Is The Key

Day 12 Communication Is The Key

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 160 hits
Assalamualaikum and hi everything found this picture and sometimes it hit me right in the feels Walaupun baru mencecah usia 20 an tapi banyak kali dah melalui episod episod macam tu From lack of communication ego nak tegur overthinking mema...
Day 11 Redha Ibubapa

Day 11 Redha Ibubapa

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum dan hi semua Hari ni kebanyakan orang dah mula bekerja begitu juga ayah dan abang aku Waktu tu awal pagi lepas subuh aku tengah print beberapa helai dokumen nak mintak tolong abang poskan Cerita ni ada kaitan dengan entry Ne...
Day 10 Typical Mindset

Day 10 Typical Mindset

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum and hi everything So today scroll twitter and came across satu tweet ni Perempuan yang tak tolong mak kat dapur bulan puasa ni sumpah takyah kahwin la kau Mungkin ada sesetengah orang setuju dengan pendapat yang ditweet dan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu