Day 4 Does Cat Understand Human Language
Assalamualaikum and hello guys!
Nak ulang intro sama pun rasa macam nanti korang muak pulak so kita proceed kepada content je la uhuk.
Waktu tu around pukul 11 ke 12 pagi macam tu, tengah duduk kat ruang tamu sambil tengok tv. Tiba tiba kakak first suggestkan nak mandikan kucing yang sedang bergolek golek depan aku. Walaupun aku sebenarnya malas, tapi sebabkan dia bersemangat sangat, siap naik bilik atas nak ambil towel, maka kita pun layakan aje la dia.
Kesian pulak dia dah bersungguh kan.
Punyalah buat perbincangan macam mana nak mandikan our kucing, as he really dont like water. Geram betul tengok kucing kucing dekat twitter elok je dimandikan but why our kucing ni susah sangat nak mandi.
Macam mana nak sabunkan dia la, macam mana jirus dia la. Macam macam idea keluar. Mula nak mandikan dalam toilet rumah, tapi sebab kang satgi berperang dengan dia la, and dia akan keluar la apa la, so ingat mandikan dekat luar rumah je la selepas kakak aku yang kedua bagi cadangan.
"Kawan kita dia letak kucing dalam sangkar lepas tu mandikan dia dalam tu. Tangan je masuk," -- kakak second
But, we dont have a cage!
So terlebih bijak punya idea, gantikan sangkar tu dengan raga baju. LOL.
Mungkin bunyinya agak extreme, sehinggakan bila barang barang dah ready, aku dah naik bilik tukar baju lengan panjang and siap bertudung, bila turun bawah balik kucing merengek nak keluar. Haaa nak mengelat la tu.
Faham pulak bahasa manusia. Selama ni duk membebel suruh buang air elok elok tak dengar cakap pulak. Isk. Geramm.
Maka aku pun terdetik la nak search, kucing ni betul betul tak faham bahasa manusia ke atau saje buat buat tak faham? And banyaklah new facts yang aku dapat belajar from the answers so if you guys want to read it too, go check it out here
>HOW WELL DO CATS UNDERSTAND HUMAN LANGUAGE<
Actually title dia panjang lagi tapi aku malas nak taip full ahaha.
Inilah si gemuk yang takut nak mandi. Ceh.
Si gemuk ni jugak la waktu tengah terawih dekat ruang tamu, asal dah angkat takbir je, dia pun duk meow dari luar. Seolah olah dia macam tengah duk "Allahu Akbar" jugak dekat luar tu. Hahaha. Mungkin lepas ni kena sediakan sejadah khas untuk si comel ni.
P/s; if you guys have any tips macam mana nak jinakkan si kucing untuk mandi, boleh la share share. Uhuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://from-letters-to-words.blogspot.com/2020/04/day-4-does-cat-understand-human-language.html