Tras Mutiara Hotel Bentong Pahang
Tras Mutiara Hotel, penginapan pilihan saya dan suami setiap kali ada urusan di Bentong. Walaupun terdapat pilihan hotel yang lain, setakat ni kami masih kekal memilih Tras Mutiara Hotel.
Kenapa? Sebab hotel ini menawarkan harga yang rendah untuk keluasan bilik yang selesa dan paling penting biliknya bersih. Hotel ni juga ada lif, tak perlu la kami susah payah manjat tangga angkut beg segala seperti kebanyakkan hotel bajet rendah yang lain.
Business Room menjadi pilihan kami setiap kali menginap di sini. Harganya RM85/malam. Pernah dapat sekitar RM77/malam tempahan melalui Agoda. Biasanya saya akan semak harga di Agoda sebelum buat tempahan secara terus dengan pihak hotel. Satu lagi yang bagus di sini, dalam bilik ada disediakan 2 botol air mineral. Kenapa bagus? Sebab selalu juga dapat hotel yang sediakan air minuman (rasa tak sedap bila diminum), bukan air mineral
Tandas yang bersih dan selesa
Menginap di hotel ni kita tak perlu risau masalah parkir kereta, sebab ada banyak ruangan parkir di sekitar dan tak perlu bayar. Tapi kalau parkir di hadapan bangunan, bersedialah kereta dihujani najis burung yang bermalam di sudut atas bangunan...huh
Nak makan pun mudah, Old Town White Coffee betul-betul di sebelah hotel. Ada juga sebuah kedai makan Melayu sederet dengan hotel, tapi kadang buka kadang tutup. Sesuai untuk saya pergi beli dengan berjalan kaki sewaktu suami pergi kerja. Nak makan di Lemang To’ki pun tak jauh mana kalau menaiki kereta
Kalau nak mendobi pakaian pun mudah, ada sebuah kedai dobi di situ. Sabun bawa sendiri atau boleh beli dengan harga RM1/pek. Pernah jugak kami mendobi di situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya
Staf di kaunter hotel ni pun bagus dan baik melayan. Pernah sekitar pukul 3-4 pagi kami minta tolong staf kaunter untuk ‘senyapkan’ bunyi bising di bilik berhampiran. Alhamdulillah selesai, dapatlah sambung tidur yang terganggu
TRAS MUTIARA HOTELOff. Jalan Tras, Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang,Bentong, Pahang
09-222 7788
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/10/tras-mutiara-hotel-bentong-pahang.html