Jalan Lama Bentong


Ahad, 11.10.2020Dari Bentong untuk pulang ke rumah di Pulau Pinang, saya dan suami tak terus masuk lebuh raya. Tetapi kami memilih untuk melalui jalan lama. Memandangkan hari masih siang dan kami tiada apa nak dikejarkan, bolehlah ambil pengalaman melalui Jalan Lama Bentong.
Menghampiri pukul 11 pagi, kami berada di Jalan Bentong - Genting Sempah. Laluan yang agak sunyi, cuma sesekali ada kenderaan lain. Jalannya berliku-liku, ada kalanya begitu sempit. Hampir di sepanjang laluan kami disajikan pemandangan hutan di kanan kiri jalan, juga sebatang sungai yang mengalir agak deras di sebelah kiri jalan

Saya menurunkan cermin tingkap kereta untuk menikmati udara nyaman. Terubat sedikit kerinduan saya pada suasana hutan. Melalui jalan lama begini memang kadang kala terasa sedikit seram dan risau, lagi pulak bila melalui kesan runtuhan tebing tinggi. Tapi perasaan seronok menikmati hijau alam sambil melayan jalan berliku lebih mempesona. Ia perasaan yang sama sewaktu saya melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands, seram bercampur seronok

Jalan Lama Bentong ini memang sunyi dari kenderaan bermotor, tetapi meriah dengan para penunggang basikal. Jadinya kadang-kala kereta perlu dipandu perlahan mengikut rentak roda basikal mereka. Hendak dipintas pada laluan seperti ini tentulah mengundang bahaya

Selain sungai yang dapat dilihat di sebelah kiri jalan, di laluan ini juga terdapat kolam air panas di sebelah kanan jalan. Kami sekadar melaluinya tanpa berhenti, jadinya tiada info berkenaan kolam air panas. Perjalanan ini juga akan melalui air terjun yang agak menarik di sebelah kanan jalan. Disebabkan agak sukar untuk berhenti di bahu jalan yang sempit, kami sekadar melihat sambil lalu

Sekitar 11.50 pagi, kami melalui Jalan Genting Highlands - Batang Kali. Hati-hati jangan terlanggar beruk yang berkeliaran di jalanan

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Tanjung Malim, Perak. Sebelum tu singgah sebentar makan tengahari di Batang Kali. Di Tanjung Malim, sempat saya ajak suami ‘melawat’ kedai kek Azlina Ina sebelum kereta kami memasuki lebuhraya PLUS sekitar pukul 1.45 petang untuk meneruskan perjalanan ke utara

Video perjalanan di Jalan Lama Bentong berdurasi 24 saat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/10/jalan-lama-bentong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembaharuan Lesen Kereta Motosikal Persendirian Boleh Dilakukan Secara Online Tak Lama Lagi

Pembaharuan Lesen Kereta Motosikal Persendirian Boleh Dilakukan Secara Online Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 436 hits
Mesti susahkan kalau nak pergi ke JPJ semata mata nak renew lesen memandu tambah lagi sekarang ni kita kena jaga penjarakkan sosial disebabkan pandemik yang berlaku Kalau korang nak tahu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia baru je mengumumk...
Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 905 hits
Kalau ada yang bertanya kat mana restoran yang best untuk dikunjungi kalau berada di sekitar Kota Bharu ni Saya sendiri dengan bangga hati mencadangkan Baloh Jembal Sebuah restoran yang sangat unik menghidangkan makanan yang sedap dalam sua...
Kpt Semua Ipt Disaran Tangguh Pendaftaran Fizikal Pelajar Ipt Baharu Lama

Kpt Semua Ipt Disaran Tangguh Pendaftaran Fizikal Pelajar Ipt Baharu Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 378 hits
Foto HiasanM Update 2 10 2020 Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini Kep...
Kampar Gempar Jumpa Bom Tangan Lama Ketika Mesin Rumput

Kampar Gempar Jumpa Bom Tangan Lama Ketika Mesin Rumput

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 380 hits
Seorang lelaki terkejut apabila menemukan sebutir bom tangan lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ketika sedang memotong rumput di kawasan dusun Jalan Kampung Dusun Seribu Sungai Itek Gopeng di sini pagi tadi Ketua Polis Daer...
Masuk Saja Bekerja Susu Makin Lama Makin Berkurang Pakar Kongsikan 5 Tip

Masuk Saja Bekerja Susu Makin Lama Makin Berkurang Pakar Kongsikan 5 Tip

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 411 hits
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah paling kerap yang mereka hadapi iaitu masalah susu drop apabila kembali bekerja Masalah ini menjadi satu ketakutan dan mimpi ngeri kepada mereka Oleh sebab inilah sejak awal berpantang lagi ibu...
Pendaftaran Penuntut Baharu Lama Ditangguh Noraini

Pendaftaran Penuntut Baharu Lama Ditangguh Noraini

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 315 hits
PENDAFTARAN PENUNTUT BAHARU LAMA DITANGGUH NORAINI Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta Cada...
Umno Masih Tak Boleh Keluar Kerangka Lama Abang Besar

Umno Masih Tak Boleh Keluar Kerangka Lama Abang Besar

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 490 hits
BANGI 15 Safar 1442H Sabtu Konflik antara UMNO Barisan Nasional dan Bersatu yang membibit lama sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah bermula dilihat semakin menghampiri tahap krisis Dinamika hubungan politik UMNO Bersatu memperlihatkan UMNO ma
Jangan Malu Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya

Jangan Malu Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 663 hits
Siapa sangka bahawa jika kita menahan kentut boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan Ya kerana kentut sebenarnya adalah perkara yang semulajadi kepada setiap manusia via blogspot com Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Per...
Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

How The Ai Barbie Trend Became A Defining 2025 Pop Culture Moment

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

2 Beranak Dibunuh Suspek Utama Warga Nepal Direman

Cara Gen Z Dapat Income Digital Dari Ai Freelance

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak Asean 1976