Transrasial Yang Menolak Identiti Kaum Sendiri Treasure Richard


Adakah anda pernah mengalami fasa atau perasaan di mana anda membenci diri dan kaum sendiri? Atau lebih khusus lagi, adakah anda pernah melalui keadaan di mana anda benci menjadi seorang Melayu dan tidak sukakan kaum Melayu itu sendiri? Atau anda ingin memangkah kotak identiti kaum lain dan bukan kaum kelahiran anda yang sepatutnya dalam dokumen rasmi? Anda tidak keseorangan dalam hal ini. Terdapat beberapa kes terkenal mengenai individu yang mengalami krisis identiti, enggan dianggap sebagai kaum asal kelahiran, sebaliknya mengaitkan diri dengan kaum berbeza yang dipanggil sebagai transrasial. Kes pertama melibatkan seorang remaja kulit hitam keturunan Afrika-Amerika bernama Treasure Richards. Gadis berumur 16 tahun itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar dan topik perbincangan hangat di media sosial selepas muncul dalam satu rancangan temubual tabloid.
Rancangan tersebut membicarakan kes-kes kontroversi dan sensasi dengan menampilkan tetamu jemputan yang terlibat dalam masalah yang dihadapi. Ia dikendalikan oleh ahli psikologi selebriti Dr. Phil yang menamakan rancangan wawancara tersebut dengan namanya sendiri. Dalam episod bertarikh 24 Oktober 2018, Treasure muncul bersama ibu, Monique dan abangnya Kendal, yang mendakwa Treasure bersikap rasis terhadap kaum kulit hitam sejak berusia 5 tahun. Menurut Monique, anak gadisnya itu tidak mahu bermain dengan anak patung kulit hitam atau kanak-kanak kulit hitam. Treasure juga mengeluarkan kata-kata kesat menghina kaumnya secara terbuka tanpa sebab munasabah. Antara hinaan yang dikeluarkan Treasure ialah mengejek wajah bayi kulit hitam sebagai hodoh seperti gorila. Berdasarkan rakaman video Youtube yang dibuat di kediamannya, Treasure memberikan beberapa alasan mengapa dia merasakan dirinya seorang kulit putih Kaukasia. “Saya tahu ramai orang tak setuju dengan pendapat saya. Saya adalah orang kulit putih. Saya seorang Kaukasia kerana semua tentang diri saya berlainan daripada kaum Afrika-Amerika. Rambut saya semulajadi lurus. Saya tak perlukan krim pelurus sebab rambut saya tak kerinting. Hidung saya tak besar seperti hidung orang Afrika-Amerika. Bibir saya sempurna, tak terlalu nipis, tak terlalu tebal, sedang-sedang elok saja.” 
Treasure tidak segan silu mengakui Presiden Donald Trump adalah idolanya selain memuja selebriti wanita berkulit putih seperti Jennifer Aniston dan Kim Kardashian. Ku Klux Klan, pertubuhan pelampau fahaman kanan dianggap Treasure sebagai organisasi yang bijak dan berada pada landasan yang betul. Treasure juga menganggap Obama seorang Presiden US yang tidak membawa apa-apa kemajuan kepada negara itu, sebaliknya memuji kepimpinan Trump. Kenyataan Treasure dalam rakaman video di rumah yang begitu prejudis terhadap kaum Afrika-Amerika sangat mengejutkan Dr. Phil dan semua hadirin. Di studio, sekali lagi Dr Phil menyoal Treasure, apakah yang membuatkan Treasure percaya bahawa dia adalah seorang kulit putih Kaukasia? Treasure menjawab dengan penuh yakin, “Saya tahu saya seorang Kaukasia kerana bila saya bangun pagi, saya ada kehidupan yang bagus. Rambut saya sangat sempurna, kulit saya tak hodoh. Dan saya juga tak gemuk, iaitu salah satu ciri orang Afrika-Amerika. Mereka bercakap bahasa ghetto yang kasar. Lagipun mereka tak bertamadun, berfikir seperti penjenayah dan saya tak faham pemikiran mereka. Jadi saya tak sama langsung dengan mereka. Saya berbeza daripada orang Afrika-Amerika kerana saya orang kulit putih.”
Treasure berkata dia gemar menghina kaum kulit hitam Afrika-Amerika dengan pelbagai cercaan kerana ia membantu kaum itu untuk terus merasa rendah diri dan kekal di kedudukan yang lemah.  Dr. Phil membalas Treasure dengan berkata, sebagai seorang kulit putih Kaukasia, dia sendiri tidak dapat menerima ucapan Treasure yang penuh dengan kebencian itu. Malah abangnya Kendal menyifatkan Treasure mempunyai masalah mental kronik yang perlu dirawat dengan segera. Video wawancara rancangan Dr. Phil tular di semua media cetak serta elektronik dan mendapat pelbagai tindakbalas dan ulasan daripada masyarakat. Rupa-rupanya, sikap wasangka Treasure terhadap kaumnya berpunca daripada pembohongan ibunya sendiri. Monique telah menipu Treasure dan Kendal bahawa mendiang suaminya yang berketurunan Kaukasia merupakan bapa kandung mereka dan mereka berdua berdarah kacukan Afrika-Kaukasia. Dalam rancangan itu, Monique mendedahkan yang dia terpaksa membuat pembohongan itu kerana mendiang suaminya adalah satu-satu persona bapa (father figure) kepada dua beradik itu. Monique memutuskan sepenuhnya hubungan dengan bapa kandung Treasure dan Kendal yang menyebabkan mereka tidak pernah bertemu dengan bapa kandung.
Semasa mendiang suaminya masih hidup, mereka sekeluarga mempunyai kehidupan selesa sebagai warga kelas menengah dan tinggal di kawasan perumahan dikelilingi masyarakat kulit putih. Keadaan berubah apabila selepas kematian suaminya, Monique terpaksa berpindah ke kawasan perumahan yang lebih murah untuk didiami kerana tiada punca pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan kebajikan. Mereka tiga beranak berpindah ke kawasan kejiranan masyarakat Afrika-Amerika yang padat, bising, kotor dan dipenuhi masalah sosial serta jenayah. Pada masa yang sama Monique menceritakan perkara sebenar iaitu mereka dua beradik bukan kacukan Afrika-Kaukasia sebaliknya berketurunan kulit hitam Afrika-Amerika. Bermula dari situlah Monique menunjukkan kebenciannya yang mendalam terhadap orang kulit hitam. Spirit, ahli terapi yang dijemput ke studio untuk mengulas masalah keluarga ini, menjelaskan punca sikap perkauman Treasure terhadap masyarakat Afrika-Amerika. Treasure tidak membenci orang kulit hitam, tetapi hakikatnya dia membenci dirinya sendiri. Apa yang dia benci adalah keadaan hidupnya yang berubah 360 darjah selepas kematian bapanya. Apa yang Treasure mahukan adalah kehidupan lama yang lebih selesa terutama dari segi ekonomi yang memberikan keyakinan diri dari aspek sosial.
Selepas Treasure tampil dalam rancangan Dr. Phil, muncul pula satu video lain yang mendakwa dirinya adalah anak Monique dengan mendiang suami berkulit putih. Nina Richards berkata ibu dan adik-adiknya telah dipergunakan oleh Dr. Phil dan isu Treasure membenci orang kulit hitam adalah cerita yang direka. Menurut Nina, Dr. Phil mengambil kesempatan ke atas ibu dan adik-adiknya dengan menawarkan mereka bertiga percutian percuma ke Los Angeles dengan semua perbelanjaan ditanggung untuk merakamkan episod tersebut. Kata Nina, Treasure yang menjadi perancang isu tersebut turut berharap untuk menjadi tular dan dikenali umum. Treasure mahu menjadi seperti Danielle Bregoli, yang tular selepas menyertai rancangan Dr. Phil pada tahun 2016. Danielle berjaya mencipta kerjaya sebagai selebriti Instagram dan menerima pencalonan dalam kategori artis rap wanita terbaik untuk Anugerah Billboard Music.
Namun tuduhan Nina disangkal semula oleh Dr. Phil yang mempertahankan bahawa episod rancangan itu bukan satu penipuan tetapi perkara yang benar-benar terjadi. Dr. Phil memberitahu ia merupakan tanda-tanda penyakit mental yang berpunca daripada trauma kematian ahli keluarga dan kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apa pendapat anda? Adakah Treasure mengalami masalah kesihatan mental atau sekadar remaja yang sedang melalui fasa perangai menjengkelkan? Adakah anda sanggup menjadi seperti Treasure yang menghina kaum sendiri semata-mata untuk meraih habuan kewangan dan kemasyhuran?
Rujukan:

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/transrasial-yang-menolak-identiti-kaum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragis 7 Selebriti Popular Ini Maut Kerana Dibunuh Peminat Sendiri

Tragis 7 Selebriti Popular Ini Maut Kerana Dibunuh Peminat Sendiri

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 372 hits
Tatkala melihat artis popular sering dipuja dan disanjung peminat tidak boleh dinafikan jauh disudut hati kita nak jadi popular seperti mereka Dengan adanya ramai peminat sudah tentu penting bagi artis untuk mendapat sokongan dalam karierny...
Rafizi Terdesak Naikkan Nama Sendiri

Rafizi Terdesak Naikkan Nama Sendiri

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 294 hits
DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALIRAFIZI menyedari namanya semakin membusuk Angan angannya untuk melihat Presiden kesayangan beliau memanjat naik kerusi PM masih berliku Lawannya iaitu Azmin semakin mencanak naik nama Disebut sebut pula se...
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Keliru Antara Perasaan Sekadar Kawan Atau Timbul Rasa Cinta Baca Ni

Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Keliru Antara Perasaan Sekadar Kawan Atau Timbul Rasa Cinta Baca Ni

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 780 hits
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkard Mengenal cinta platonik kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah ada masa c...
Printcious Com Design Sendiri Hadiah Secara Online

Printcious Com Design Sendiri Hadiah Secara Online

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 543 hits
PRINTCIOUS COM DESIGN SENDIRI HADIAH SECARA ONLINE Saya sememangnya pening untuk hadiah apa yang diberikan kepada orang yang saya sayangi Sesungguhnya ia selalu menjadi kader kerana ia adalah yang paling bahagia Tapi asyik bagi kad pun bosa...
Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai

Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 383 hits
El Sisi bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam pertemuan pada 2018Mesir Israel bekerjasama perangi kumpulan bersenjata di SinaiKAHERAH 29 Rabiulakhir 1440H Ahad Presiden Mesir Abdel Fattah el Sisi mengakui Kaherah bekerjasa...
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Dengan Dons Builder

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Dengan Dons Builder

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1420 hits
CN percaya pasti ramai yang mempunyai tanah sendiri tapi masih mencari cari kontraktor terbaik untuk bina rumah atas tanah sendiri Bukan mudah mencari kontraktor dipercayai lagi lagi mempunyai lesen CIDB Ayah mertua CN sendiri terpaksa menu...
Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1949 hits
Sebenarnya tak susah kalau tahu cara buat nasi impit sendiri Kami tertarik dengan perkongsian super jimat daripada melalui salah satu post Facebook beliau Saja nak share cara saya buat nasi impit super jimat 2 3hari lepas Terjadinya nasi im...
Kejati Jatim Ultimatum Wisnu Wardhana Datang Sendiri Atau Dijemput Paksa

Kejati Jatim Ultimatum Wisnu Wardhana Datang Sendiri Atau Dijemput Paksa

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 345 hits
Meski belum menetapkan status buron kepada terpidana mantan Ketua DPRD Surabaya periode 2009 2014 Wisnu Wardhana yang tersandung kasus korupsi aset BUMD Jatim PT Panca Wira Usaha namun Kejaksaan minta agar dia menyerahkan diri
6 Sebab Tidak Digalakkan Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri

6 Sebab Tidak Digalakkan Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 447 hits
Berikut adalah pendapat daripada seorang perunding serta seorang jurulatih kewangan yang hebat jom kita baca pendapat beliau mengapa pembelian rumah untuk kegunaan sendiri akan menjadi satu bebanan jika tersalah Tak salah untuk beli rumah a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching