Transformasi Pengubahsuaian Tempat Kerja
Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya, pengubahsuaian tempat kerja saya dah lama berlalu, tapi baru sekarang saya dapat bercerita sebab sebelum nie, tak cukup lagi nak hias-hias... hihihi so kali nie saya dapat berkongsi dengan awak semua macamana suasana tempat kerja saya sebelum, semasa dan selepas pengubahsuaian..
Jom.
SEBELUM PENGUBAHSUAIANKeadaan dalam perpustakaan yang disusun atur sejak mula-mula kami berpindah ke bangunan kompleks bomba iaitu sekitar pertengahan tahun 2013.. Kaunter pinjaman buku terletak di sebelah kiri pintu masuk perpustakaan, ianya sama keadaan seperti pengawal keselamatan jaga pintu utama😂😂.. Untuk sudut santai pula, kami hanya hamparkan tikar dan bantal yang kecil saja, dan selalunya anak-anak staf suka duduk situ sambil berbaring..hihihi😁😁.. Bilik yang menempatkan ketua unit pula itu sebenarnya itulah bilik kerja kami berdua, di mana bila ada buat pembelian buku, kami akan punggahkan dan buat kerja-kerja seperti mengecop hakmilik, mengeceop nombor perolehan dan membuat semakan buku sama ada ianya berkeadaan elok atau sebaliknya.. Papan tanda pada rak buku ini kami buat secara DIY jea, sebab ketiadaan bajet untuk buat papan tanda, so inisiatif nya kami hanya buat secara DIY... Jadi, pada bulan Mac 2019, bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran memaklumkan bahawa ada bajet untuk buat renovation library, dan pada bulan Mei 2019 bajet itu telah diluluskan.. So, bila kami dapat tahu bajet telah diluluskan kami mula merangka pelan kedudukan keseluruhan library dan memunggah barang² dalam library supaya senang untuk membuat renovate..
SEMASA PENGUBAHSUAIANMemang tak banyak gambar saya ambik semasa pengubahsuaian kerana kami berdua terpaksa pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain... Renovation ini telah dimulakan pada 23 Ogos 2019 dengan kekuatan 4 orang pekerja dan seorang penyelia. Pada mulanya mereka memindahkan rak-rak buku yang boleh dikatakan agak berat jugak itupun setelah buku² yang disusun pada rak telah dialihkan.. Kemudian pada hari berikutnya, mereka mula mengecat dinding yang pada asalnya hanyalah berwarna putih, kemudian dicat dengan penggunaan corak geometri.. Mereka mengambil masa 3 hari untuk siapkan dinding ini... Setelah itu, barulah mereka pecahkan kepada dua kumpulan, kumpulan 1 membuat ukuran pada panel tepi rak buku manakala kumpulan 2 pulak membuat ukuran untuk renovate kaunter pinjaman. Oleh kerana masa untuk renovate hanyalah 2 minggu saja, saya terpaksa tunggu mereka habiskan kerja² renovate sehingga lewat malam.. Sementara panel tepi rak buku dan papan permukaan kaunter siap dibuat dekat kilang, mereka mula melakukan kerja-kerja untuk menambah suis plug untuk kaunter pinjaman dan sudut santai.. Bila semua bahagian elektrikal dah siap dibuat, mereka mula menyambung kerja² memasang panel tepi rak buku dan kaunter pinjaman.. Siap bahagian pemasangan panel, mereka mula memasang tinted untuk bilik kerja kami dan mula menyusun atur semula kedudukan perabot dalam library secara keseluruhan sebagaimana pelan kedudukan yang baru kami buat sebelum renovate dilakukan..
SELEPAS PENGUBAHSUAIANSo, inilah hasilnya setelah renovate ini dilakukan dan siap sepenuhnya pada bulan September 2019 tapi setelah ditambah aksesori yang lain, library ini siap sepenuhnya pada bulan Mac 2020..hihi😁😁😁
👇Pintu Utama Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi - Konsep library JBPM adalah konsep berada di rumah, iaitu pengguna perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke library dan itulah konsep kami sejak pindah ke kompleks bomba nie...
👇Ruangan Kaunter - ruangan ini ada diletakkan troli buku pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).. Untuk pengetahuan awak semua, PNM ada menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok kepada semua perpustakaan gunasama di seluruh Malaysia dengan jumlah pinjaman sebanyak 400 buah untuk tempoh tiga bulan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada perpustakaan gunasama yang tidak mempunyai koleksi bacaan yang banyak di dalam perpustakaan agensi masing-masing. Sebagai contoh, library saya ini adalah perpustakaan khusus dalam bidang kebombaan, jadi hampir 80 peratus koleksi bahan bacaan di dalam library saya adalah berkisahkan kebombaan dan lain-lain genre tak banyak koleksi. Jadi inilah inisiatif kami untuk meminjam buku genre selain daripada kebombaan daripada PNM, contohnya buku kanak-kanak, novel dan genre am yang lain. Untuk kaunter pulak telah ditukar panel secara keseluruhan, ruangan depan kaunter panel warna hitam menjadi pilihan dan ruangan dalam pulak panel warna kayu menjadi pilihan kami.. Kenapa pilih warna hitam..? Warna asal kaunter nie adalah warna grey dan putih, oleh kerana unit kami nie bertanggungjawab untuk mengedarkan surat khabar semua bahagian di ibu pejabat, jadi karbon surat khabar tue melekat pada papan permukaan kaunter... Jenuh jugak nak bersih tapi lama kelamaan ianya tak hilang, so warna hitam adalah pilihan paling tepat untuk papan permukaan kaunter nie...
👇Ruangan Sudut Santai - Ruangan ini adalah berkonsepkan santai di rumah, di mana pengguna perpustakaan boleh menggunakan ruangan ini untuk berehat sama ada duduk di atas sofa ataupun bean bag yang lembut. Pada asalnya warna pada bean beg ini adalah warna dark grey tapi kata penyelia kontraktor inilah warnanya,hurmmm😶.. Takpelah, next time ada bajet kami akan beli sarung bean bag yang lebih ceria warnanya.. Nampak tak corak dinding kat belakang tue, itulah hasilnya yang pada asal hanyalah warna putih semata-mata.. Dan nampak tak gambar laptop tue, masa nie saya rasa nak santai² jea buat kerja, kat opis saya memang menggunakan laptop kepunyaan opis, so saya snap la gambar kat situ, untuk menunjukkan yang pengguna boleh menggunakan ruangan ini untuk buat kerja² sambil santai-santai... Kalau awak perasan pada dinding partition bilik kerja tue, kami ada membuat suis plug untuk kegunaan pengguna, tak kisahlah awak nak charge phone ke ataupun charge bateri laptop..Dan pada ruangan sofa tue, kami ada letakkan rak suratkhabar untuk bacaan pengguna (terlupa ambik gambar)
👇Ruangan Bacaan - Bagi pengguna yang tak selesa untuk duduk bersila di ruang santai, pengguna boleh gunakan meja bacaan ini untuk menelaah ilmu.. Selain daripada menjadi ruangan membaca, ruangan ini juga boleh dijadikan ruangan mesyuarat kecil yang tak melibatkan kerahsiaan kerajaan, jadi meja ini boleh diubah padan untuk dijadikan mesyuarat kecil..
👇Ruangan Rak Buku Dan Rak Majalah - Ruangan rak buku ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rak pinjaman terbuka (rak 1), rak koleksi tesis, koleksi rujukan, koleksi ensiklopedia, koleksi kamus (rak 2) dan rak simpanan koleksi majalah / surat khabar lama-terpakai (rak 3)
Rak 1
Rak 1
Rak Koleksi Buku Baru
Rak Koleksi Buku Baru
Rak Majalah, Buletin JBPM dan Buletin Agensi Lain
Rak 3
Rak 2
👇Ruangan Bilik Kerja - Ruangan inilah kami buat-buat kerja library, seperti mengecop hakmilik perpustakaan untuk koleksi buku-buku baru dan seumpama dengannya.. Dalam bilik ini juga menempatkan mesin fotostat, tujuan diletakkan di sini adalah untuk menyenangkan dalam pengawalan penggunaan mesin fotostat.. Dan di bilik ini jugaklah kami berehat sambil makan tengahari, disebabkan pada hari Isnin sampai Khamis, waktu rehat pukul 1 tengahari sehingga pukul 2 petang, kami tak tutup perkhidmatan.. Jadi, waktu lunch kami bergilir-gilir demi kelancaran perkhidmatan... Kami hanya tutup untuk lunch pada hari Jumaat saja..
👇Ruangan Komputer Untuk Pengguna Perpustakaan - Ruangan ini kami sediakan untuk pengguna yang ingin menggunakan komputer, untuk pencarian buku secara dalam talian dan pengunaan internet secara percuma.. Oooo, awak perasan tak telefon yang berada di sebelah meja komputer nie..? Memandangkan dalam library kami hanya ada 1 line extension telefon dan cable telefon pun berada pada tiang ini, so kami terpaksa letakkan di ruangan situ, jadi kami berdua terpaksa berkejar² untuk angkat telefon yang berdering... hihihi, sama macam konsep rumah, kan... Tapi letih sikit la nak berkejar² angkat telefon😂
Semoga dengan renovation yang baru nie, library nie akan terus meriah dengan kehadiran pengunjung untuk masuk ke library.. Library JBPM nie, walaupun pinjaman buku hanyalah terhad untuk staf JBPM saja, tapi kami mengalu-alukan kehadiran orang awam untuk masuk ke library JBPM sama ada untuk buat rujukan dalam bidang kebombaan atau bangunan atau seumpama dengannya, ataupun sementara nak tunggu rakan² yang mempunyai urusan dengan JBPM ataupun semasa rehat sementara awak ada buat kursus fire drill dengan JBPM...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2020/06/transformasi-pengubahsuaian-tempat-kerja.html