Tragedi Tembakan Di Masjid Lelaki Australia Mengaku Bersalah Semua Pertuduhan



WELLINGTON: Lelaki warga Australia yang didakwa melakukan serangan tembakan di dua masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 umat Islam terbunuh, tahun lalu, membuat perubahan fikiran mengejutkan apabila mengaku bersalah atas semua pertuduhan, hari ini.

Brenton Tarrant, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan terbabit tindakan pengganas.

Tertuduh bagaimanapun menukar pengakuannya dalam satu pendengaran mahkamah yang diaturkan secara tergesa-gesa.

“Ya, bersalah,” kata Tarrant kepada Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi pautan video dari Penjara Auckland sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya, sambil memandang tepat ke arah kamera ketika membuat pengakuan berkenaan.

Tiada alasan diberikan bagi perubahan pengakuan itu, yang bermakna Tarrant tidak lagi perlu menjalani perbicaraan, iaitu satu proses di mana pihak berkuasa bimbang akan digunakan Tarrant sebagai platform untuk mempromosikan ideologi perkaumannya.

Hakim Cameron Mander kemudian merekodkan sabitan atas semua pertuduhan dan memaklumkan bahawa Tarrant akan dijatuhkan hukuman pada satu tarikh yang belum ditentukan.

“Pengakuan bersalah mewakili satu langkah amat signifikan ke arah membawa kesudahan kepada prosiding jenayah ini,” katanya.

Pengakuan itu dilakukan pada hari pertama New Zealand menjalani perintah berkurung selama empat minggu susulan penularan wabak COVID-19.

Mander berkata, hukuman hanya akan dijatuhkan selepas sistem mahkamah kembali normal nanti.

“Pada masa yang mangsa dan keluarga mereka sudah boleh hadir sendiri ke mahkamah,” katanya.

Serangan oleh Tarrant sebagai pelampau kulit putih pada Mac tahun lalu itu menyasarkan jemaah solat Jumaat di masjid terbabit, dan merupakan tragedi tembakan beramai-ramai yang paling buruk dalam sejarah moden New Zealand. - AFP



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/tragedi-tembakan-di-masjid-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tertuduh Akhirnya Mengaku Bersalah Serang 2 Masjid Di Christchurch

Tertuduh Akhirnya Mengaku Bersalah Serang 2 Masjid Di Christchurch

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 296 hits
Ohmedia yakin yang mesti ramai yang masih ingat dengan seorang lelaki warga Australia yang telah didakwa melakukan serangan tembakan rambang di dua buah masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 kematian jemaah tahun lalu Terkini dia yan...
Semua Aktiviti Di Masjid Dan Surau Termasuk Solat Jumaat Ditangguhkan

Semua Aktiviti Di Masjid Dan Surau Termasuk Solat Jumaat Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 625 hits
Gambar HiasanSEMUA aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguhkan bermula esok sehingga 26 Mac ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata penangguhan semua aktivi...
Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 410 hits
Sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut telah mengeluarkan arahan dan pengumuman penting untuk menghentikan segala aktiviti di masjid dan surau untuk solat Jumaat dan solat berjemaah selama ...
Majlis Ugama Islam Singapura Gunakan Akal Semua Masjid Batal Sembahyang Jemaah Hingga 17hb Mac

Majlis Ugama Islam Singapura Gunakan Akal Semua Masjid Batal Sembahyang Jemaah Hingga 17hb Mac

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 565 hits
MUIS announced total closure of all mosques in Singapore to contain Covid 19Fatwa Committee fatwa to close mosques and suspend Friday prayer on March 13Mosques to closeFour mosques have already been closed as of 1pm on Monday March 12 Masji...
Covid 19 Semua Aktiviti Masjid Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari Mulai Esok

Covid 19 Semua Aktiviti Masjid Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari Mulai Esok

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 552 hits
Solat Jumaat solat berjemaah serta semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh negara ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac berikutan situasi terkini penularan COVID 19 di Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli M...
Abang Kenduri Kari Kepala Kambing Mengaku Bersalah

Abang Kenduri Kari Kepala Kambing Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 431 hits
LELAKI yang merakam video kenduri kepala kambing sambil mempersendakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam kejadian di Langgar Mukim Telaga Mas Pokok Sena Kedah pada minggu lalu telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini Su...
Terkini Solat Jumaat Solat Berjemaah Semua Aktiviti Di Masjid Surau Ditangguh Sehingga 26 Mac

Terkini Solat Jumaat Solat Berjemaah Semua Aktiviti Di Masjid Surau Ditangguh Sehingga 26 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 594 hits
SOLAT Jumaat solat berjemaah serta segala aktiviti di surau akan ditangguhkan berkuatkuasa sepanjang 17 Mac sehingga 26 Mac Kenyataan tersebut diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hari menerusi...
Kuala Krai 6 Mengaku Bersalah Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Kuala Krai 6 Mengaku Bersalah Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 387 hits
Seramai 6 remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertud...
Penangguhan Semua Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa Covid 19

Penangguhan Semua Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 510 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahma...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kanser Prostat Bahaya Senyap Dalam Kalangan Lelaki

Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai