Tragedi Rumah Di Masuki Air Banjir
Assalamualaikum 💕
Khamis lalu, sewaktu pulang dari tempat kerja memang hujan tengah lebat. Sesampainya Shailla di trafik light dekat rumah, Shailla tengok air membuak-buak turun dari kem longkang area kem askar melempah ke jalan raya. Memang ketika itu jalan raya pun telah ditenggelami air.
Sebaik sahaja sampai ke penurun bukit area rumah Shailla, terus kereta berderet berhenti dan patah balik. Memandang jalan satu hala, Shailla terpaksa buka lampu kecemasan untuk memberitahu kereta belakang agar mengundur kereta ke belakang. Sikit demi sikit Shailla undur kereta ke balakang sehingga sampai ke persimpangan ke masjid terus pusing dan parking kereta di masjid. Beberapa minit kemudian, abah Shailla datang ambil Shailla di masjid dengan membawa payung.
Ketika turun ke bawah jalan raya lorong rumah Sha, air dalam juga lebih sikit dari paras buku lali Sha. Tetapi ketika itu air masih lagi jernih.
Ini merupakan keadaan rumah Shailla ketika itu. Kedua-dua kereta abah Shailla masih di garaj kereta. Sebelum ini pun memang air akan naik tapi hanyalah air jernih seperti lopak dan kemudian surut. Jadi kami semua sekeluarga masih tenang sambil pantau keadaan sekeliling.
Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Tiba-tiba air berwarna kuning datang dari arah depan. Terus kami sekeluarga cemas.
Abah Shailla kalang kabut alihkan kedua-dua keretanya ke kawasan lebih tinggi dengan harapan keretanya akan selamat.
Manakala mama Shailla sibuk dalam misi menyelamatkan ayam dan juga arnab. Tidak lupa bunga orkid kesayangannya.. Hihihi.
Air naik terlalu pantas, kami sempat selamatkan barang-barang mana yang sempat sahaja. Sedang sibuk menyelematkan barang yang berada di lantai, tiba-tiba Shailla terperasan beg laptop Shailla atas lantai! Ketika itu belah bawah beg sudah basah. Sepantas kilat angkat keluarkan laptop dari cover laptop yang sedikit basah di bahagian bawah dan camera juga cover dia sedikit basah. Terus keringkan di atas almari. Dalam hati ketika itu berdoa agar kedua-duanya selamat
Abah Shailla hampir jatuh tangga luar pintu dapur akibat tergelincir. Nasib dia sempat berpaut pada pintu. Namun bergerak juga pintu itu ke tepi kena air kuat. Anak buah nak tarik pun tidak sempat.
Setelah air surut, kami pun menjalankan operasi membersihkan rumah. Dari depan rumah hinggalah ke dapur. Sedang leka membersihkan rumah di bahagian dapur, suami Shailla pula tergelincir di tempat yang sama abah Shailla tergelincir tadi. Terduduk suami Sha di lantai luar rumah. Pinggang dia terandas tangga rumah. Memang mengah juga dia ketika itu. Badan pula ada kesan tergeser sikit. Sehingga kini pinggang dia masih terasa sakit. Memang penat mengemas satu rumah. Habis sakit-sakit satu badan. Keting kaki memang terasa tegang dan sakit
Kemudian abah Shailla pergi melihat keadaan kedua-dua keretanya. Teksi dapat di hidupkan manakala naza citra sehingga sekarang gagal di hidupkan. Bukan sahaja kereta abah Shailla jadi mangsa, lorong rumah Shailla ada 5 biji kereta lagi yang tenggelam air dan tidak boleh di hidupkan.
Keesokkan harinya, kolam ikan sudah tukar jadi kolam ikan keli. Penuh dengan air lumpur.
Kereta abah Shailla masih tersadai tidak boleh di hidupkan. Dengan keadaan sekeliling rumah yang berlecak. Dengan segala sampah sarap dan barang-barang yang hanyut merata tempat.
Anak arnab Shailla juga tidak dapat dikesan mungkin tertimbus di dalam lubang ketika air masuk ke dalam reban. Yang tinggal hanya arnab yang besar sahaja
Ketika Shailla berada di dalam kesulitan akibat rumah dinaiki air banjir , ada lagi yang teruk dilanda musibah ini. Jiran belakang rumah habis peti ais terbalik. Jiran tepi rumah, habis almari baju semua tumbang terendam air banjir. Jiran hujung sana tu, beberapa barang katering hanyut, kena beli baru. Semoga ada hikmah disebalik kejadian ini. Amin
Terima Kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Shailla sangat menghargainya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shazillahsani.com/2018/11/tragedi-rumah-di-masuki-air-banjir.html