Tragedi Pulau Bidong Jangan Mengulangi Kesilapan Lalu



Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dengan satu tragedi yang digelar tragedi Pulau Bidong??

Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai, Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara kita.

Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap Malaysia.

Namun jasa baik Malaysia selama 12 tahun menempatkan pelarian Vietnam atau di Pulau Bidong, Terengganu bermula tahun 1978, jasa baik kerajaan membenarkan mereka menumpang di situ dibalas dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an.



Tunjuk perasaan itu bermula apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka dari situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat di mana melalui proses saringan di mana hanya yang layak sahaja akan dihantar ke negara ketiga manakala yang selebihnya akan dihantar pulang ke negara asal.

Pada ketika itu, Penguasa Penjara, Saidun Othman, adalah antara pegawai dan anggota keselamatan, yang berdepan detik getir bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua anggota tentera. Pasukan khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri itu turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia (RELA), namun jumlah itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saki-baki penghuni Pulau Bidong yang menyerbu pejabat menyerbu pejabat pasukan kita. Mereka marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu membuat saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya layak dan tidak mahu dihantar pulang.

Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan petugas Palang Merah Antarabangsa. Pada masa sama, banyak poster protes mula dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis 'hidup atau mati', 'Kami mahu keadilan,'; 'Bebaskan kami' dan 'Kami tidak mahu pulang'. Sepanjang tempoh itu juga, petugas keselamatan terus berdiplomasi memujuk mereka supaya bertenang.



Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan kerana ramai yang mencederakan diri sendiri. Menikam badan dengan senjata tajam. Mereka mahu menunjukkan tanda protes kepada PBB. Walaupun mereka tidak menyerang pihak kita, namun kita terpaksa hadap kerana bertugas di bahagian keselamatan.

Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni di Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke negara ketiga. Di sini penghuni diasingkan mengikut kategori keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak serta ibu tunggal.

Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni lain. Jika ada yang melakukan kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Jika bersalah, mereka akan dikurung di dalam bilik tahanan khas seperti 'monkey house'.

'Monkey house' adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh berdiri. Ini bermakna, sepanjang tempoh tahanan itu, mereka cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung tidak dibenarkan balik ke blok penempatan.

Kita ingat dengan penutupan Pulau Bidong dengan menempatkan semua pelarian di Kem sungai Besi dapatlah menangani masalah pelarian ini namun tidak sama sekali kerana kehadiran mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan. Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas rakan sepelarian mereka sendiri. Mereka juga mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.

Disebabkan hal ini pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka. Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.



Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.

Yang menyayat hati, rusuhan ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PPH). Tidak cukup dengan rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar turut menggemparkan warga kota khususnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil.

Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer. Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.

Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kumpulan perusuh. Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berhubung insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka pulang ke negara asal.

Menurut beliau dalam kenyataan itu, pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR). Mereka juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.

Pilihan kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola oleh UNHCR.

Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian yang mempunyai kelayakan profesional.

Tersepit dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian yang bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang rasa.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan hardcore daripada menghasut kumpulan pelarian yang lain. Dalam rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan kerana mereka takut pulang ke negara asal.

Mereka tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan. Selepas tewas dalam 'pertempuran' dengan pihak berkuasa, beratus-ratus 'kepala samseng' ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.

Betapa susah dan mencabarnya Pasukan Khas di bawah MKN serta semua agensi keselamatan kita bagi menangani isu pelarian ini. Buat baik dibalas baik namun tidak sangka sebaliknya pula yang kita dapat.

Tahniah kepada MKN dan juga semua agensi keselamatan kita pada ketika itu yang akhirnya berjaya menyelesaikan dan meleraikan masalah isu pelarian Vietnam ini.




 



Credit Majlis Keselamatan Negara

MR : Kami yang tingga di Dungun semasa itu tak makan ikan besar kerana khabar bawa ikan besar makan mayat pelarian Vietnam



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/tragedi-pulau-bidong-jangan-mengulangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Malaysia Pernah Diancam Kedaulatannya Dengan Satu Tragedi Yang Digelar Tragedi Pulau Bidong

Tahukah Anda Malaysia Pernah Diancam Kedaulatannya Dengan Satu Tragedi Yang Digelar Tragedi Pulau Bidong

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 325 hits
Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ...
Selepas Covid19 Muhyiddin Jangan Pula Bawa Masuk Satu Lagi Penyakit

Selepas Covid19 Muhyiddin Jangan Pula Bawa Masuk Satu Lagi Penyakit

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 334 hits
Jangan tiada batu beban pula nak digalas Kalau bukan niat politik Anwar takkan merangkak jumpa Muhyiddin Usaha itu tidak mungkin berjaya selagi Azmin ada di situ Anwar hanya maklumkan pada PH selepas sudah kecoh dan viral di media
Jangan Semberono Presiden Umno Ada Hak Kemuka Cadangan Pelantikan Glc

Jangan Semberono Presiden Umno Ada Hak Kemuka Cadangan Pelantikan Glc

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 302 hits
Hak pelantikan jawatan kabinet dan pengerusi pengerusi GLC merupakan kuasa preogratif Perdana Menteri tetapi sebagai Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk memohon pertimbangan dalam apa apa saja pelantikan kera...
Demi Keadilan Dan Kemanusiaan Jangan Hanya Ojol Yang Dimanjakan

Demi Keadilan Dan Kemanusiaan Jangan Hanya Ojol Yang Dimanjakan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 196 hits
Pemerintah semestinya lebih objektif dan menyeluruh dalam menyalurkan bantuan terhadap pekerja yang terdampak secara perekonomian akibat kebijakan penanganan pandemik Covid 19 Tidak hanya ojek online saja yang seharusnya diperhatikan sektor...
Ma Ruf Amin Jangan Lupa Untuk Amin Jadi Iman Imun Aman Amin

Ma Ruf Amin Jangan Lupa Untuk Amin Jadi Iman Imun Aman Amin

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 322 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin meminta seluruh rakyat Indonesia selalu menjaga kesehatan dan imunitas untuk mencegah penularan virus Corona Selain itu Ma ruf meminta rakyat senantiasa berdoa kepada Allah Lalu menjaga imun imunisasi diri supaya ...
Pkp Jangan Tangkap Rakyat Marhaen Saja Tangkap Juga Timbalan Menteri Dan Exco Perak Ni

Pkp Jangan Tangkap Rakyat Marhaen Saja Tangkap Juga Timbalan Menteri Dan Exco Perak Ni

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 663 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Exco Perak langgar PKP MALAYSIA DATELINE Aktivis Ridzwan Abu Bakar hari ini membuat laporan polis secara terbuka terhadap sekumpulan orang ramai yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan...
Jangan Hanyut Dengan Keselesaan

Jangan Hanyut Dengan Keselesaan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 273 hits
Yeay Lepas ini boleh balik kampung beraya Dalam tempoh beberapa hari ini kita mungkin dapat menarik nafas lega melihat statistik yang dibentang oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Kes sudah mula menunjukkan penurunan Kepatuhan orang awam...
Refleksi Minggu Jangan Membunuh

Refleksi Minggu Jangan Membunuh

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 242 hits
Refleksi Minggu TEMA JANGAN MEMBUNUH Oleh Gembala Dr Socratez S Yoman 1 Pendahuluan Saudara saudara orang orang kudus yang dikasihi Tuhan Yesus kita lihat dengan mata terbuka atau mata telanjang dalam konteks West Papua pemerintah Indonesia...
Tediaa Pkp Undang Undang Terpakai Kepada Semua Jangan Fikir Anda Istimewa Kata Tun M

Tediaa Pkp Undang Undang Terpakai Kepada Semua Jangan Fikir Anda Istimewa Kata Tun M

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 438 hits
PKP Undang undang terpakai kepada semua jangan fikir anda istimewa kata Tun M Tun Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Foto The Star JANGAN fikir anda istimewa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching