Tragedi Pantai Sungai Ular Kakak Sempat Pegang Tangan Adik Sebelum Dipukul Ombak


 
Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi, 13, yang hampir tenggelam dalam kejadian petang semalam itu berkata dia hanya mampu melihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot. (Gambar Bernama)KUANTAN: Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular semalam Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa’, 9, sebelum terlepas akibat dipukul ombak.
Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian petang semalam itu berkata dia hanya mampu melihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.
“Sebelum itu, adik berlari ke laut bersama rakan lain tanpa menunggu saya…tiba-tiba saya lihat adik terkapai-kapai dan semakin tenggelam menyebabkan saya terus berlari masuk ke laut untuk menyelamatkan dia,” katanya di lokasi kejadian.
Fitriah Dhia Zulaikha sebelum itu berjanji dengan jirannya Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, untuk mandi di pantai dan mereka berjalan kaki ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah sekitar 5.30 petang.
Dalam kejadian itu, Nor Najuwa turut ditemukan lemas manakala adiknya Mohd Fazrul Hakimi, 11, dilaporkan masih hilang. Mayat kedua-dua mangsa ditemukan sekitar 6 petang semalam.
Sementara itu, bapa kepada Fitrah Dhia Zahraa’, Zaidi Mukhtar, 38, yang juga anggota tentera laut berkata mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik kerap meminta izin untuk mandi di pantai itu sejak beberapa hari lepas.
Zaidi tidak membenarkan anak-anaknya ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa dan biasanya gemar membawa mereka ke kolam renang di sebuah chalet berhampiran kerana lebih selamat.
“Bagaimanapun, disebabkan anak asyik meminta, saya telah membawa mereka mandi di pantai semalam. Namun, anak masih bertanya jika boleh ke pantai sekali lagi hari ini… mungkin dia tidak puas kerana semalam kami turun agak lewat iaitu sudah 6.30 petang.
“Saya masih berada di pejabat semasa menerima panggilan telefon daripada isteri yang hanya menangis sekitar 6 petang. Saya tahu ada benda tidak baik berlaku dan terus pulang tanpa bertanya lanjut dan melihat orang sudah ramai di pantai,” katanya.
Zaidi berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1 pada esok.
Bapa kepada Nor Najuwa dan Mohd Fazrul Hakimi, Mohd Ariffin Ismail, 55, berkata walaupun tinggal berhampiran pantai, anak keempat dan kelimanya jarang berpeluang mandi kerana tidak mengizinkan mereka ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa.
“Mereka minta izin untuk mandi hari ini, tapi tidak sangka mereka terlalu seronok dapat ke pantai sehingga tiba terlebih dahulu daripada orang lain. Saya cuma berharap Mohd Fazrul Hakimi ditemukan segera,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/tragedi-pantai-sungai-ular-kakak-sempat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Mandi Di Pantai Sungai Ular Mayat Mangsa Hilang Di Temukan Tengahari Tadi

Tragedi Mandi Di Pantai Sungai Ular Mayat Mangsa Hilang Di Temukan Tengahari Tadi

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 192 hits
nbsp KUANTAN Mayat kanak kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular semalam ditemukan kira kira 12 45 tengah hari tadi Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Rosdan Zakaria berkata mayat Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ar...
Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 374 hits
KUANTAN Tiga kanak kanak dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular dekat sini petang semalam Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah Agensi Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuantan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian...
Kakak Pregnant Adik Pun Pregnant Mungkin Pkp Lama Sangat Syima Kongsi Pengalaman Sebelum Bersalin

Kakak Pregnant Adik Pun Pregnant Mungkin Pkp Lama Sangat Syima Kongsi Pengalaman Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 649 hits
Insta famous dan juga pengasas produk kecantikan Puan Syima Eima atau mesra dipanggil Syima berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum bersalin dalam tempoh PKP Dia juga sempat berseloroh mengenai kehamilan keempatnya dengan caption Apa ni k...
Sayu Adik Bertafakur Di Sisi Jenazah Bapa Sebelum Jawab Spm Sempat Bergegas Pulang Untuk Solat Jenazah

Sayu Adik Bertafakur Di Sisi Jenazah Bapa Sebelum Jawab Spm Sempat Bergegas Pulang Untuk Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 330 hits
Sayu Adik bertafakur di sisi jenazah bapa sebelum jawab SPM sempat bergegas pulang untuk solat jenazah Saat lihat saya solat arwah menangis kesyukuran Adik Aminur Ammar Rahimi sedang bertafakur menatap wajah arwah bapa mereka ketika sebelum...
Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik Ayah Ditahan Polis Ibu Pula Tak Mahu Jaga

Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik Ayah Ditahan Polis Ibu Pula Tak Mahu Jaga

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 449 hits
Besarnya dugaan mu dik Sepatutnya dalam usia ini tengah seronok belajar dan menimba ilmu di sekolah namun atas kekangan dan masalah keluarga niat itu terpaksa dipendam oleh seorang kakak demi menjaga adik adik yang masih kecil Tanpa kasih s...
Kakak Conteng Muka Adik Buat Ibu Bertempik Habeh Adik Hgg Jadii Lanunn

Kakak Conteng Muka Adik Buat Ibu Bertempik Habeh Adik Hgg Jadii Lanunn

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 314 hits
Meninggalkan anak kecil berseorangan dengan adiknya sering sahaja berakhir dengan tragedi yang membuat ibu naik darah Bila dibiarkan sendirian pasti ada sahaja idea idea licik dan nakal yang muncul dalam kepala otak anak anak untuk melakuka...
Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 297 hits
458 total views 239 views today Hakan Aysal 40 ditangkap kerana membunuh isterinya Semra Aysal 32 dan bayi mereka yang belum lahir ketika mereka sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla Turki Foto Daily Mail Seorang lelaki dari Tu...
Perkhemahan Lima Sahabat Bertukar Tragedi Apabila 2 Lemas Di Sungai Dungun

Perkhemahan Lima Sahabat Bertukar Tragedi Apabila 2 Lemas Di Sungai Dungun

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 408 hits
Nur Fazlizai AliJenazah dua sahabat yang lemas ketika mandi di Sungai Dungun dibawa ke hospital Astro AWANI DUNGUN Dua sahabat meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda Talong di sini pada Jumaat ...
Bermain Di Pantai Padang Bocah 11 Tahun Tewas Diseret Ombak

Bermain Di Pantai Padang Bocah 11 Tahun Tewas Diseret Ombak

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 194 hits
Sebelumnya korban dilaporkan terseret ombak dan dinyatakan hilang saat bermain di Pantai Padang kawasan Lolong pada Jumat sekitar pukul 17 00 WIB
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi