Tragedi Kepala Air Titi Hayun Batu Hampar Seri Perigi Di Yan Belum Selamat Dikunjungi


 
Suraya Yaacob berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan sesiapa pun memasuki kawasan berkenaan kerana keadaan masih membimbangkan dengan banyak struktur masih tidak selamat. (Gambar Bernama)YAN: Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi di sini yang terjejas akibat tragedi kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Suraya Yaacob berkata ini kerana, beberapa struktur binaan dan tanah di sekitar kawasan itu didapati turut runtuh sekali gus berubah landskap kawasan menyebabkan aliran air deras dan tidak terkawal.
“Dalam keadaan sekarang ini kita tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk kawasan ini lagi, ini agak membimbangkan dan banyak struktur yang tidak selamat,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian banjir kilat di Titi Hayun di sini hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan sebanyak 160 rumah di beberapa kampung dalam daerah Yan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak petang Rabu itu.
Pada Khamis, Bernama melaporkan penduduk kampung di sekitar daerah ini menjadi trauma dengan keadaan banjir kilat yang berlaku itu setelah berhadapan situasi berkenaan sebanyak tiga kali selepas tragedi kepala air pada 18 Ogos itu.
Sehubungan itu, Suraya meminta kerajaan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempercepatkan pembinaan Empangan Sabo bernilai RM20 juta di kawasan Gunung Jerai, bagi menggantikan pokok dan batu yang bertindak sebagai penampan sebelum ini.
Beliau berkata empangan itu akan bertindak melambatkan pergerakan air seterusnya membantu mengurangkan kemusnahan di bahagian bawah dan kampung di sekitar situ.
Untuk rekod, pada 23 Ogos lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan bagi kerja menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu, yang turut membabitkan pembinaan empangan itu fasa satu bernilai RM20 juta.
Dalam pada itu, Suraya menafikan dakwaan masyarakat setempat berhubung kelewatan kerja membersihkan dan mendalamkan sungai terlibat, sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat pada Rabu lepas di kawasan tragedi itu.
Katanya kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik kepada penduduk dan berharap mereka bersabar kerana tragedi yang berlaku itu disebabkan bencana alam.
“Siapa kata lambat, kita dah buat benteng batu di sepanjang sungai, tetapi semua batu dihanyutkan dengan air yang laju deras membawa batu dari atas ke bawah dan ke tepi, bukan pasal kita lambat, kita faham masalah mereka, tetapi perlu faham dengan alam,” katanya.
Suraya berkata kerja membaik pulih dan membersihkan sungai sudah bermula pada pertengahan September lalu dan sehingga kini mencapai 65 peratus kemajuan dan dijangkakan siap pada awal November depan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/tragedi-kepala-air-titi-hayun-batu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titi Hayun Batu Hampar Seri Perigi Areas In Kedah Currently Unsafe For Visitors Says State Exco

Titi Hayun Batu Hampar Seri Perigi Areas In Kedah Currently Unsafe For Visitors Says State Exco

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 312 hits
Kedah Works Water Supply and Water Resources and Energy Committee chairman Datuk Suraya Yaacob visits the location of a flash flood in Titi Hayun October 24 2021 Bernama picYAN Oct 24 The Titi Hayun Batu Hampar and Seri Perigi resort areas ...
Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air Video

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air Video

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 242 hits
Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air VIDEO RAKAMAN video memaparkan detik cemas beberapa orang lelaki cuba menyelamatkan seorang wanita dan anak kecilnya yang terperangkap dalam insiden kepala air di seb...
Jokowi Situasi Covid 19 Di Tanah Air Kian Membaik Tapi Pandemi Belum Berakhir

Jokowi Situasi Covid 19 Di Tanah Air Kian Membaik Tapi Pandemi Belum Berakhir

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 264 hits
Jokowi menyarakan ada dua hal untuk untuk membantu pemerintah menangani pandemi Covid
Jika Mahu Kualiti Air Jernih Dan Selamat Penyelengaraan Perlu Selalu Di Lakukan

Jika Mahu Kualiti Air Jernih Dan Selamat Penyelengaraan Perlu Selalu Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 146 hits
JAMZURI ARDANIDia gini kalau kita mahu bekalkan air yang berkualiti maka kenalah selalu buat kerja kerja penyelengaraan Paip kena ganti pam kena tukar baru sistem kena uji dan seumpamanya Bila buat kerja kerja penyelenggaraan maka berlakula...
3 Jam Hujan Lebat Jalan Pulau Mampat Seberang Batu Hampar Terbelah

3 Jam Hujan Lebat Jalan Pulau Mampat Seberang Batu Hampar Terbelah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 323 hits
3 jam hujan lebat Jalan Pulau Mampat Seberang Batu Hampar terbelah Hujan lebat berterusan lebih tiga jam selain limpahan air sungai mengakibatkan Jalan Pulau Mampat Seberang Batu Hampar Rembau runtuh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencan...
Pasangan Duriankimchi Selamat Timang Bayi Perempuan Bayi Keluar Dari Rahim Maryam Terus Air Mata Saya Jatuh Ryzal

Pasangan Duriankimchi Selamat Timang Bayi Perempuan Bayi Keluar Dari Rahim Maryam Terus Air Mata Saya Jatuh Ryzal

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 291 hits
Pasangan DurianKimchi Selamat Timang Bayi Perempuan Bayi Keluar Dari Rahim Maryam Terus Air Mata Saya Jatuh Ryzal SETELAH dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya pasangan Instafamous suami isteri dari Malaysia dan Korea Selatan menyambut...
Pekan Yan Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat

Pekan Yan Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 238 hits
Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat YAN Penduduk di pekan Yan di sini terjejas dalam kejadian banjir selepas hujan lebat pada pukul 4 30 petang tadi Kawasan pekan Yan mula dinaiki air pada pukul 6 petang selepas air di Sungai Yan m...
Ph Belum Putus Nasib Bekas Tiga Adun Tumbangkan Kerajaan Pn

Ph Belum Putus Nasib Bekas Tiga Adun Tumbangkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 234 hits
Pakatan Harapan masih belum memutuskan nasib tiga bekas ADUN Umno dan Bersatu yang menumbangkan pentadbiran Ketua Menteri Sulaiman Md Ali biarpun Datuk Norhizam Hassan Baktee telah ditolak bertanding menggunakan tiket PH Menurut Pengerusi P...
Prn Melaka Perikatan Nasional Masih Belum Muktamadkan Lagi Penggunaan Logo

Prn Melaka Perikatan Nasional Masih Belum Muktamadkan Lagi Penggunaan Logo

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 311 hits
KULIM Perikatan Nasional belum membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan logo bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November depan Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata maklumat berkaitan penggunaa...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord