Tragedi Kepala Air Sembilan Mayat Kini Sudah Di Temui Seorang Masih Hilang


 

KEMAMAN: Tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditemui pada Isnin.
Penemuan itu menjadikan sembilan daripada 10 mangsa tragedi berkenaan telah ditemui, termasuk dua beranak yang ditemui pada Ahad.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mayat terbabit ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian.
Katanya, mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dikesan terapung oleh pasukan pencarian kira-kira jam 11.05 pagi.
Manakala pada jam 11.25 pagi, satu lagi mayat kanak-kanak perempuan dikesan di sektor B kawasan pencarian.
Beliau berkata bagaimanapun identiti mangsa yang lain masih belum disahkan.
"Kita mendapat maklumat telah menemui tujuh lagi mangsa tetapi kita belum kenal pasti... (sebahagian) belum dibawa ke pangkalan manakala satu lagi belum jumpa.
"Pasukan SAR (mencari dan menyelamat) sedang mengesan satu lagi mangsa yang belum dijumpai," katanya di sini, pada Isnin.
Sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah bapa, Karim Abdullah, 39, ibu, Azizah Eiyi, 40; selain Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Tengah hari semalam, mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (KM) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.
Turut ditemui adalah adalah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.
Susulan penemuan dua mangsa itu, polis melancarkan operasi SAR untuk mengesan semua mangsa yang terlibat.
Polis difahamkan, semua mangsa datang ke kawasan hulu sungai untuk berkelah sebelum dilanda kepala air. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/07/tragedi-kepala-air-jeram-air-putih_86.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Kepala Air Jenazah Tujuh Dari Sembilan Sekeluarga Telah Selamat Di Kebumi Satu Liang Lahad Malam Tadi

Tragedi Kepala Air Jenazah Tujuh Dari Sembilan Sekeluarga Telah Selamat Di Kebumi Satu Liang Lahad Malam Tadi

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih Chukai Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan lewat malam ...
Tragedi Kepala Air Keluarga Harap Keajaiban Mangsa Hilang Selamat

Tragedi Kepala Air Keluarga Harap Keajaiban Mangsa Hilang Selamat

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 663 hits
BernamaBATU PAHAT Keluarga seorang mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Chukai Terengganu masih berharap Muhammad Fikri Saliman 24 dapat pulang dengan selamat Abang mangsa Shahrizal Saliman 40 berkata walaupun adik bongsunya itu ...
2 Maut 8 Hilang Dalam Tragedi Kepala Air

2 Maut 8 Hilang Dalam Tragedi Kepala Air

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 294 hits
Semua mangsa dikatakan daripada sebuah keluarga berusia di antara 4 hingga 40 tahun berkelah di kawasan itu sejak semalam PETALING JAYA 10 sekeluarga dipercayai lemas dalam dalam tragedi kepala air di Kampung Air Puteh di Kemaman Terengganu...
Tragedi Kepala Air Satu Lagi Mangsa Dijumpai

Tragedi Kepala Air Satu Lagi Mangsa Dijumpai

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 305 hits
Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air Jeram Awam Air Putih dijumpai hari ini Mayat perempuan tersebut ditemui di kawasan sungai berhampiran belakang Masjid Dadong di sini pada pukul 8 15 pagi Walau bagaimanapun identiti mangs...
Mb Ahmad Shamsuri Tragedi Kepala Air Bukanlah Berpunca Akibat Pembalakan

Mb Ahmad Shamsuri Tragedi Kepala Air Bukanlah Berpunca Akibat Pembalakan

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 370 hits
KEMAMAN Tragedi kepala air di Jeram Air Putih Kampung Air Putih di sini dipercayai bukan berpunca akibat penerokaan pembalakan baharu di kawasan itu kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Beliau mendakwa pembalaka...
Tragedi Jeram Mawar Lapan Mangsa Masih Belum Ditemui Seorang Lagi Mangsa Rupanya Bakal Menantu

Tragedi Jeram Mawar Lapan Mangsa Masih Belum Ditemui Seorang Lagi Mangsa Rupanya Bakal Menantu

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 443 hits
Polis sudah mengenal pasti lapan lagi mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar Air Puteh di sini semalam Menurut laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata tujuh daripadan...
Tragedi Kepala Air Penduduk Siap Siaga Gali Liang Lahad Lebih Besar Untuk Mangsa Sekeluarga

Tragedi Kepala Air Penduduk Siap Siaga Gali Liang Lahad Lebih Besar Untuk Mangsa Sekeluarga

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 336 hits
8220 SAYA tahu mereka hendak berkhemah di situ dan kali ini adalah yang kedua bagi mereka ke sana 8220 Mereka juga beriya iya mengajak saya bersama tapi terpaksa menolaknya kerana ada urusan lain 8221 kata adik kepada mangsa tragedi kepala ...
Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 384 hits
FMT ReportersBomba masih mencari seorang lagi mangsa PETALING JAYA Seorang wanita ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak dekat Kuala Kubu Bharu Dalam kejadian 5 30 petang itu mangsa belum dikenal pas...
Polis Dedah Bagaimana Satu Keluarga Boleh Berkelah Di Kawasan Banyak Berlaku Kejadian Kepala Air Ramai Nak Tahu

Polis Dedah Bagaimana Satu Keluarga Boleh Berkelah Di Kawasan Banyak Berlaku Kejadian Kepala Air Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 565 hits
Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu Aktiviti perkelahan yang dibuat di Jeram Mawar Air Putih Kemaman Terengganu akhirnya bertukar menjadi peristiwa sedih buat 9 sek...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak