Tragedi Dua Beranak Ditemui Mati Di Rumah Sewa Di Juru


SEBERANG PERAI – Penduduk Kampung Sekolah, Juru gempar apabila seorang wanita dan anak perempuannya ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sewa mereka malam tadi.
Mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun dan anaknya berumur 11 tahun, ditemui oleh suami wanita itu sekitar jam 7.30 malam dalam keadaan menyayat hati.
Mayat Ibu Di Dapur, Anak Di Tingkat Atas
Menurut sumber, mayat si ibu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah dengan kesan kecederaan parah di leher sehingga hampir putus.
Anak perempuannya pula ditemukan di tingkat atas dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah.
Baru Pindah Menyewa
Seorang jiran yang enggan dikenali memaklumkan, pasangan tersebut baru sahaja menyewa rumah berkenaan tidak lama sebelum kejadian. Kanak-kanak terbabit difahamkan merupakan anak tiri kepada lelaki berkenaan.
“Kami hanya tahu tentang kejadian selepas lelaki itu memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp penduduk,” katanya.
Polis Masih Siasat Motif Kejadian
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
“Insiden melibatkan dua mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun dan anak perempuannya berumur 11 tahun. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lapor Harian Metro.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca atau motif kejadian. Kes disiasat bagi mengenal pasti sama ada melibatkan unsur jenayah atau sebaliknya.
Rakaman yang tersebar di WhatsApp itu pula dipercayai menunjukkan suami mangsa memaklumkan dirinya tidak dapat hadir bekerja.
Suami Mangsa Direman Tujuh Hari
Sementara memetik laporan terkini Malaysia Gazette, suami kepada dua beranak yang mati dibunuh di Kampung Sekolah Juru, di sini semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.
Tempoh reman bermula hari ini sehingga 25 Oktober depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren dan bergari tangan tiba di mahkamah sebelum dibawa keluar sekitar jam 11.05 pagi selepas perintah reman dikeluarkan.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang ditahan untuk membantu siasatan, namun polis belum mengesahkan sama ada dia suspek utama dalam kes tersebut.
Setakat ini, pihak polis juga belum mendedahkan sebarang butiran lanjut berkaitan motif pembunuhan berkenaan. – The Malaysian Update
The post Tragedi Dua Beranak Ditemui Mati Di Rumah Sewa Di Juru appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/19/tragedi-dua-beranak-ditemui-mati-di-rumah-sewa-di-juru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Dua Beranak Ditemukan Dalam Rumah Dipercayai Dibunuh

Mayat Dua Beranak Ditemukan Dalam Rumah Dipercayai Dibunuh

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 213 hits
Mayat Dua Beranak Ditemukan Dalam Rumah Dipercayai Dibunuh BUKIT MERTAJAM 18 Okt Mayat dua beranak masing masing seorang wanita dan anak perempuannya dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Juru di sini malam ini Ketua Polis Pulau P...
Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 211 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAALOR GAJAH Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat ditetak manakala seorang lagi dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Cempaka 2 Durian Tunggal di sini malam tadi Menurut sumber mayat kedua dua ma...
Kes Bunuh 2 Beranak Dua Lelaki Termasuk Warga Bangladesh Direman 7 Hari

Kes Bunuh 2 Beranak Dua Lelaki Termasuk Warga Bangladesh Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 224 hits
Nur Izzati MohamadBUKIT MERTAJAM Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru di sini direman tujuh hari Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee I...
Misteri Cecair Busuk Bongkar Penemuan Mayat Dua Beranak

Misteri Cecair Busuk Bongkar Penemuan Mayat Dua Beranak

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 270 hits
Misteri Cecair Busuk Bongkar Penemuan Mayat Dua Beranak Misteri cecair berbau busuk yang menitis dari siling membawa kepada penemuan mayat dua beranak milik bapa dan anak perempuannya di dalam sebuah unit kediaman flat di Sengkang Singapura...
Dua Mayat Rentung Ditemui Dalam Dan Luar Kereta

Dua Mayat Rentung Ditemui Dalam Dan Luar Kereta

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 328 hits
Malinda Abdul MalikSUNGAI DUA Dua mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan di sini hari ini disahkan lelaki berdasarkan pemeriksaan fizikal Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mal...
Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 206 hits
Polis menahan reman suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru Pulau Pinang malam tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismai...
Kes Dua Beranak Dibunuh 3 Lelaki Ditahan Suami Dibebas Esok

Kes Dua Beranak Dibunuh 3 Lelaki Ditahan Suami Dibebas Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 202 hits
Audrey Dermawanaudremd nst com myGeorge Town Tiga lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini pada Sabtu Manakala lela...
Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 313 hits
PURWAKARTA Nasib tragis menimpa seorang pekerja kedai serbaneka Dina Oktaviani apabila dia ditemukan mati di dalam Sungai Citarum Karawang pada Selasa Lebih memilukan mangsa disahkan dibunuh oleh penyelianya sendiri Heryanto 27 tahun dalam ...
Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 349 hits
Personaliti media sosial Chazynash menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri Fatin Morat masih kekal baik walaupun mereka sudah memilih untuk membawa haluan masing masing Ketika ditemui OhBulan pada majlis pelancaran koleksi Christy...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia